Pages

Showing posts with label bazaar ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bazaar ramadhan. Show all posts

mengimbau kenangan berpuasa di sekolah

Thursday, August 9, 2012

Assalamualaikum and hello :)



Alhamdulillah , tahun ni full bulan Ramadhan aku menyambut puasa dengan family aku . kalau tak 3 tahun berturut-turut sebelum ni aku berpuasa di perantauan . ecehh :P so sekarang ni mood aku nak imbau balik berpuasa di asrama . kalau panjang sangat maybe aku jadikan part-part . haha aku pun bukan rajin tulis panjang *eceh nanti last2 tulis panjang nak mampuihh* haha

no problem lah nak makan apa time buka or sahur , undi je. haha



dulu aku bersekolah asrama di sains muar start form 4 . so bila tiba2 berpuasa tanpa family,hati aku sedikit terusik . mulalah feeling2 sedih datang tanpa diminta. ahaha so sahur and berbuka memanglah disediakan kan . tinggal kita je nak pergi atau tak . biase cikgu akan buat poll menu berbuka puasa and sahur untuk kitorang . so setiap kelas undi laa hari apa nak makan menu apa semua. hehe mulalah budak2 semua menu nak grand , nasi beriyani lah , nasi hujan panas laa .macam2 . so nanti cikgu akan pilih menu berbuka puasa and sahur tu dari satu kelas form 4 and satu kelas form 5 .




ok ni aku cerita part aku form 4 dulu. zaman juniors laa orang kata . mak aih bagi aku berpuasa kat sekolah asrama ni penat wei . jadual pun boleh tahan pack je kan .lepas tu perghh mengantuk tu jangan cakap laa . semua lemau je dalam kelas time mengajar . awal2 pagi bolelah tahan mata , da start masuk tengahari , PERGHH gua cakap macam zombi masing2. sedangkan tak puasa camtu,lau time puasa lagilah. haha balik tengahari je even ada 30 minit je waktu free , waktu tu digunakan sepenuh masa untuk tidur. ishh3 . patutnye gi lah baca Al-quran ke ape kan? ye dakk? haha




so bila waktu prep petang , siapa tak tidur tu bantai tidur dalam kelas . hoi apa teruk bebenor ni? *aku lah tu* hahah:P and riadah dibatalkan bila time bulan puasa. heaven nyee. haha and setiap petang ada bazar yang dibuka dalam kawasan sekolah. adalah dalam 4 or 5 gerai . yang jadi favourite khurasan kak ana and nasi kerabu ustaz amran . hahah tapi aku jarang beli sebab aku rasa makanan dalam DM pun dah cukup buat aku sendawa berulang kali. *tak senonoh betul =='* lagipun aku raknak membazir . hehh




so kami yang juniors ni buat jadual siapa yang nak cop meja untuk dorm and siapa yang akan amek giliran buat air .nanti ada yang bawak jug , bawak gula and bawak kordial. haha cop meja tu kena awal2 wehh , kalau tak mungkin meja tu dah diambil dorm laen . mimpi paling ngeri kalau kena duduk meja sebelah aspura . segan nak makan wei ! haha




pasal tarawih boleh tengok SINI>>>>




lepas tu kalau sahur, aku memang pergi aje selalu dengan budak dorm . even aku ni pesen liat nak bangun , tapi dengar gi sahur je terus bangun. hahah sayang wehh tinggalkan sahur. da la dapat pahala, pastu lagi satu menu sahur kat dewan makan ni menyelerakan bagi aku . hahah:P tapi kadang2 ada je satu dorm tak bangun pergi sahur sebab semua tak sedar . Y___Y





aku rasa panjang sangat post aku ni . kalau korang gigih baca sampai habis , terima kasih :) hehe saja nak berkongsi kenangan aku dengan korang .




p/s : macam tergantung citenye . haha =='



PEN-OFF

Salam Ramadhan

Friday, July 20, 2012

Assalamualaikum and hello :)




(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

[Surah al-Baqarah: Ayat 185]


Wahai  orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

  Surah Al-Baqarah .Ayat: 183. 



 Rasulullah saw bersabda: “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” 

(HR. Ahmad).


 so , selamat menjalani ibadah puasa untuk semua rakan-rakan saya tak kisah lah di realiti atau di alam maya ,kawan zaman sekolah , cikgu2 semua ,families :) may Allah bless all of us .



kawal nafsu , lagi2 nafsu makan . nanti pi bazaar mulalah nampak kebab nak sapu,nampak ayam golek nak beli , nampak roti john nak ambik jugak . hehh :P



pagi tadi tengoklah MHI kat tv3 . ustaz tu lupa plak nama dia apa, tapi dia kata even beli makanan kat bazaar Ramadhan pun hati2 sebab mana tahu peniaga nya tak berpuasa *tapi kalau peniaga perempuan tu maybe ada sebab lah kan tak puasa* . yelahh , kita kan nak makan makanan yang berkat , takkan nak beli dari peniaga yang tak berpuasa. takut2 kurang berkat pulak . Wallahua'lam .



sebenarnya banyak lagi kelebihan-kelebihan bulan ramadhan . nak kurus boleh , nak tambah ilmu boleh . ampa pergi google je. melambak post pasal kelebihan ramadhan ni . semoga bergembira melakukan ibadah di bulan ramadhan , insyaAllah :)


PEN-OFF



Made With Love By The Dutch Lady Designs