Pages

Showing posts with label aiman. Show all posts
Showing posts with label aiman. Show all posts

raya 2011 : kini tinggal kenangan

Sunday, August 26, 2012

Assalamualaikum and hello .


raya tahun ni kami sekeluarga 1st year beraya tanpa adik aku arwah Zahid Aiman bin Lukman yang telah pun kembali ke Rahmatullah pada 9 Oktober 2011disebabkan penyakit kanser lymphoma.


sekarang video-video arwah aiman jelah yang jadi pengubat rindu kami sekeluarga .

 suka tengok sebab 1st time dia buat gaya2 manja macam ni :'(



last raya tahun 2011 kami sekeluarga beraya bersama arwah . masa ni dah sakit teruk dah .



Semoga roh arwah adikku dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman . AL-FATIHAH ..




PEN-OFF

Ramadhan lalu

Thursday, August 2, 2012

Assalamualaikum and hello.



 masih ingat dengan jelas lagi saat ramadhan lalu dengan arwah aiman.


saat aku berborak rancak dengan teman-teman , tiba2 telefon ku berdering dan tertera nama ayah aku kat skrin telefon tu . dalam hati pelik jugak kenapa tiba2 ayah call malam2 buta ni . dalam hati mulalah rasa debar .



bila aku angkat , aku dengar suara ayah seakan-akan baru lepas menangis. aku dengar butir bicara ayah. ayah suruh aku pulang ke johor dengan kadar segera sebab doktor memaklumkan keadaan aiman semakin tenat. aiman penghidap kanser lymphoma. doktor pakar pun cakap tak pernah jumpa sakit kanser macam aiman. so,memandangkan hari dah lewat malam , aku bercadang untuk pulang ke johor keesokan harinya .




dalam hati aku rasa terharu sebab kawan-kawan aku sanggup hantar sampai ke klang sentral. padahal lagi baiklah dorang study kat kolej. huu thank korang sanggup buang masa hantar aku,tunggu sampai aku naik bas pastu balik kolej balik :'(




then aku sampai larkin , aku tunggu ayah aku amek bawak pi hospital sultan ismail. sampai2 je aku terus tanya khabar aiman . badan aiman semua bengkak2 kehitaman , tapi aiman ni sakit2 pun Alhamdulillah selera makan dia okay . mama pun da tak larang dah dia nak makan apa . semua makanan yang dia nak , semua mama bagi .





masa tu aiman buang air besar pun dah warna hitam . orang dulu2 kata , kalau najis warna hitam tu maknanya ajal nak dekat dah ,Wallahu'alam . mana lah aku tak sedih dengar macam tu kan. so aku cakap dengan mama try persuade nurse kat situ bagi aku stay kat hospital sekali memandangkan keesokan harinya aku dah kena balik puncak alam. terima kasih kat nurse tu sebab bagi permission aku duduk kat situ tapi kena senyap2 jela .



so malam tu aku dapat lah luangkan masa dengan aiman. cerita pasal aku belajar kat asasi, cerita pasal uitm puncak alam tu cantik. aiman kata dia nak pergi bila dia dah sihat . tapi keinginan dia tu tak sampai pun . lepas tu aku bacakan buku cerita untuk dia . then da tengah malam tidur la memandangkan esok nak bangun sahur .




time bangun sahur tu aiman pun bangun jugak . dia nak rasa sahur sama-sama even dia tak boleh nak puasa pun .kalau dia boleh puasa , dia dah puasa dah . aiman umur 6 tahun lagi dah puasa penuh. n kalau nak pegang aiman tu pun kena hati-hati sebab dia senang rasa sakit . before nak balik tu aku peluk dia slow2, aku cium dia . aku cakap aku sayang dia. 




sedihnya bila mengenangkan balik sekarang ni dia dah takde dah kat depan aku :'( kadang-kadang tengok video tu hanya Allah je tahu . macam tak sangka aiman yang aktif, petah bercakap , lepas tu sakit setahun teruk macam tu terus dah takde . duduk kat rumah ni terbayang dia sakit2 nak pergi tandas , lepas tu terbayang gelak ketawa dia bercerita , dia menari ikut girls generation, lepas tu sakit2 pun tetap usaha nak solat . Ya Allah....




dalam perjalanan ayah aku nak hantar aku balik larkin tu , ayah aku dah pesan awal2,kalau apa2 jadi kat aiman , ayah aku takkan panggil aku dah sebab jauh kan . and lagipun aku dah jumpa aiman semua . tapi Alhamdulillah Allah panjangkan umur aiman lebih 2 bulan lepas tu . sempat nak beraya dengan dia semua . sempat aku habis final , sempat aku jaga dia kejap kat hospital satu hari .



sekarang ni time berbuka ke bersahur ke , mesti satu keluarga teringat kat aiman .yela , 1st ramadhan tanpa arwah aiman kan, tu terasa kehilangan tu. lepas tu menangis . lepas tu okay balik , lepas tu menangis lagi ,pastu okay. lagi2 ayah and mama . aku menangis senyap2 jela . kadang2 je bila dengar mama cite sal aiman , aku menangis depan mama.



Al-Fatihah untuk adikku arwah Zahid Aiman Bin Lukman~



PEN-OFF

goodbye 2011 and hello 2012 :)

Friday, December 30, 2011

Assalamualaikum and hi guys :)


how's your day ? is it great ?
harini banyak dok update status kat fb and twitter hari jumaat yang last untuk 2011.
sedar tak sedar kita da nak sampai ke penghujung tahun dah . kurang 48 jam je lagi .


bila dibuka kembali lipatan kenangan sepanjang aku berada di tahun 2011 ,
aku rasa macam2 benda yang jadi dalam life aku .
ada suka , ada duka .
semua tu banyak ajar aku untuk bersabar even sometimes I'd lost my temper .
betul lah orang kata manusia ni belajar dari life experience .
kalau hidup bagai katak bawah tempurung , memang takde life lah kan .


sepanjang tahun 2011 ni , life agak berserabut sikit ,
yela sebab arwah adik aku sakit , kasihan parents aku ulang alik pergi hospital .
adik aku khalisya tu pun tak terjaga sangat,tapi nasib baik dia jenis tak kisah,independent gile . haha adik2 aku pulak kebetulan exam besar tahun ni .senang cerita memang tak terurus sangat lah ,
tapi , aku bersyukur sangat sebab kami berjaya harunginya dengan baik , Alhamdulillah .
Allah bagi kita kekuatan untuk menempuhi saat2 sukar tu :') thanks Ya Allah.
khaleeda pun berjaya dapat 5A even kurang pemantauan daripada mama,yan je tak tahu lagi .anyway , goodluck yan . doa banyak2 :)



somehow , aku rasa bersalah jugak , rasa sedih sebab aku tak dapat tolong diorang saat2 sukar macam tu.kalau lah aku tak study jauh sampai selangor , maybe aku balik every week .
even tak tolong sangat pun , tolong sikit jadilah .
and aku sedih sebab aku tak dapat luangkan lebih banyak masa dengan aiman .
tapi takpelah , benda da nak jadi , doakan arwah tenang di sana , Amin,insyaAllah :')


and aku pun dapat result spm aku jugak tahun ni .
pun agak sedih jugak sebab aku da kecewakan harapan parents aku nak dapat straight A's.
kalaulah aku serius , kalau lah aku tak main2 ,
kalaulah aku belajar betul2 , kalaulah aku stay up lebih sikit ,
dan akhirnya semua itu tinggal 'kalaulah' . yelaa,result pun dah dapat , sekurang2 nya aku masih lagi dapat sambung study . Alhamdulillah :') thanks ayah,mama and cikgu2 yang bagi supports ,salah satu nya masa aku terlampau tertekan ibarat nak membakar diri . haha;D

whoahhhh, aaron aziz! 
boboiyot comel ! *sekadar selingan, haha:P


haa , lagi aku dapat sambung belajar di uitm puncak alam,
ambil asasi sains . kebetulan aku dapat jugak offer matrikulasi . even masa tu ayah nak suruh aku ambil matriks , tapi aku cakap juga dengan ayah aku nak ambil PALAM .
aku explain apa yang patut , haha;D then ayah aku hantar jugak .
time hantar aku tu pun mama and aiman tak ikut . sedih jugak lahh sebab aiman tak sempat nak tengok tempat aku belajar . dia kata dia nak masuk universiti ,nak jadi macam aku.
tapi....takpelah .


aku ingat lagi ayah aku terpaksa sewa teksi untuk tunjukkan kitorang jalan ke uitm puncak alam . haha:D yelaa , salah map tu jugak , tak berapa nak hebakk kan .
buat confuse je , maka sewa teksi cara terbaik . pfft! *lepas ni dorang kena buat map yang betul2 tepat skala nya . kiki;P
so,aku pun dapat lah roommate aku yang baik orangnya , nama aimi diyana :)
thanks aimi sebab jadi roommate yang baik , kita ni je yang teruk kan? menyepah je keje . huhu T___T



kehidupan di kampus sememangnya awesome ,ada ramai kawan2 yang best ,
terutama nya budak kelas aku D1 , korang memang sempoi habis . best gile lah ! :D
kawasan kolej pun lawa , ko imagine lah pagi2 ko bukak tingkap bilik , ko nampak kabus , mana nak dapat weh feeling ala2 oversea tu ? haha:D
tapi bila time nak buat assignment ke kerja tu , amboi , liat bukan main !
kerja2 tu pun tengah menjerit2 minta aku manjakan diorang .
pfft! seram pulak kan kerja memanggil2 . haha:D




honestly ,tak sabar nak jenguk tahun 2012 sebab aku mengharapkan tahun 2012 ni beri aku seribu kegembiraan :) tapi aku takdelah terfikir nak buat azam ke apa .
mungkin jadi yang lebih baik ? *ya ya,tu memang azam aku every year pun -___-'



ohh , aku juga nak cakap thanks beribu2 lemon pada mereka yang sentiasa ada di sisi aku tak kira susah atau senang ,korang memang terbaik dalam life aku . hanya Allah je balas jasa korang :)


haa, lagi satu,penting nihhhh!
korang jangan masuk tandas pada 31/12/2011 pada jam 11.59malam . sebab bila korang keluar je tandas,korang akan masuk ke tahun 2012 . haha *lawak facebook -___-'



p/s : so apa azam korang ?
p/s ; yeahh,parents aku nak hantar aku balik kolej , even kena balik awal sikit,takpelah . dapatlah pergi jalan2 sekali esok . hihi;P
p/s : birthday aku awal tahun , tak dapek nak celebrate dengan family tersayang . wuuwwuuuu T__T

PEN-OFF



Akhirnya Aiman pergi menghadap Ilahi..

Tuesday, October 11, 2011

Assalamualaikum w.b.t ..


hari ini hari kedua selepas adik eyja Zahid Aiman pergi menghadap ilahi .
Arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 9 oktober 2011 pukul 6 lebih petang .
takde kata2 yang dapat eyja gambarkan saat itu selain terkejut dengan apa yang berlaku .
memang sukar untuk menerima apa yang terjadi ,
tapi apakan daya dari melihat arwah menanggung kesakitan ,
lebih baik arwah pergi dulu .
sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah .


mula2 mama kata aiman tiba2 tak nampak pagi tu.
terkejut tatkala ayah beritahu eyja lepas tu yang aiman dah sakit tenat .
according to what my mom said , arwah da nazak pagi tu . tapi,
tak berani untuk kita katakan nazak sebab masa tu kami belum lagi melihat keadaan dia yang sebenar
lepas ambil atuk dan nenek , terus kami menuju ke hospital sultan ismail,JB.


sampai sahaja disana , kami menuju ke wad 8C katil 27 di mana aiman di tempatkan.
bila eyja lihat je aiman terbaring kaku dengan bantuan alat pernafasan ,eyja menangis .
eyja dapat lihat dada nya naik turun,mungkin menanggung kesakitan .
cik pah pun semua dah sampai masa tu .
ramai yang datang ke hospital , bacakan yassin .


tiba2 setelah 3jam ,arwah tersedar dan mengadu badannya sakit , lenguh2 .
selama ni badan dia tak boleh tercuit sikit , alamat nye menangislah dia .
tapi lain pula dengan pada hari itu , tak semena-mena arwah suruh kami picit dan urut badan dia kuat2 .
pelik memang pelik , tapi bila memikirkan dia bole bercakap kembali and matanya juga boleh nampak .
masa tu semua bersyukur sebab dia boleh mintak minum semua and nak makan walaupun secubit rasa je .


then , orang ramai yang penuh pagi tu pun beransur pulang selepas pasti melihat keadaan aiman agak baik masa tu . kitorang yang family ni tunggu jela .
mula2 mama suruh ikut makcik balik , tapi eyja seboleh2 nak tinggal .
so dalam pada tu eyja urut2, usap2 badan dia .
berbual dengan dia walaupun dia diam je .masa tu dia kata nak tidur kejap .
then , dah lama2 usap badan dia tu , ada jugak dengar dia macam bercakap dalam tidur tapi tak dapat dengar apa yang dia cakapkan . so eyja anggap jela mungkin dia mimpi kot.


mama memang sentiasa pasangkan dvd player bacaan ayat2 suci Al-Quran and azan .
then tengah2 urut belakang badan aiman tu ,
masa laungan azan dari player tu,tiba2 aiman bangun and buka alat bantuan pernafasan dia tu .
lepas tu dia nak duduk and mintak mama tolong tepuk belakang badan dia kuat2.
eyja dah move ke tepi masa tu .
after that , aiman cakap yang pasti ada word 'mati',
terus dia terbaring tak bergerak , mata terpejam . ayah tepuk2 lembut muka dia ,
takde respons . mama da suruh ayah bergerak panggil doktor tapi ayah terdiam kejap,then baru dia gerak .
bila eyja tengok , eyja pun tergamam macam apa yang dah berlaku ni .


lepas tu seorang nurse masuk pasangkan ECG kat aiman. nak tahu kadar pernafasan dia .
eyja tengok kat mesin tuh dah satu garis lurus je , takde wave apa2 dah .
then tibe2 macam ada wave lagi lepas tu terus dah takde ..
serentak tu jugak eyja menangis semahunya .
macam tak percaya yang aiman dah pergi .padahal tengok macam dah oke .
makcik eyja yang baru masuk pun terkejut gila sebab dia baru je tinggalkan bilik aiman kejap .
semua orang kat situ terdiam je , tak tahu nak cakap apa . keadaan pun pilu je . 
agaknya tu lah ada orang cakap , biasa kalau nak dekat mati ni ,
orang tu akan tunjuk dia oke kejap depan orang ramai.


apa-apa pun eyja repect parents eyja sebab diorang sangat kuat ,
tak tunjuk sangat pun diorang sedih kat orang , cuma mama jela yang kadangkala air mata dia bercucuran juga bila orang tanya dia pasal aiman .
yan,khaleeda pun nangis cuma khalisya je la . bila eyja cakap aiman dah takde ,
boleh pulak dia suruh eyja diam sebab dia kata aiman tengah tidur . budak kecik , mana faham erti kehilangan tu macam mana .
eyja nak nangis sangat pun tak boleh sebab eyja anak sulung , mana boleh lemah.
apa pun eyja puas sebab dapat dekat dengan aiman sehingga saat akhir nyawa dia .


pukul 7 mlm,eyja and lain balik rumah dulu , sediakan apa yang patut kat rumah .
mama ,ayah,yan,nenek and dua orang pakcik eyja stay kat hospital untuk uruskan hal jenazah.
lepas isyak rumah atuk dah penuh orang datang ziarah .
jenazah arwah aiman sampai kat rumah atok pukul 11 malam setelah siap dimandikan and dikafankan .
so malam tu gilir2 berjaga tengokkan arwah .
cuma eyja tertidur sebab tak tahan pening kepala akibat nangis.


pagi semalam , isnin 10 oktober 2011 ,
arwah disembahyangkan di rumah atok kemudian di kebumikan pada pukul 9 pagi
di tanah perkuburan dekat rumah atok eyja .
before arwah aiman pergi tu ,
sedih memang sedih . eyja peluk and cium dia . 
yelaa , lepas nih da tak dapat tengok dia , gaya dia ,dengar dia petah bercakap .
takpela , apa yang berlaku ni ketentuan Allah ,
eyja redha je sebab eyja tahu aiman selamat kat sana . dia kecil lagi , takde dosa .
eyja sedih gila masa dengar makcik eyja cakap dia terdengar mama eyja ada cakap kat jenazah arwah ,

"lepas ni aiman dah tak sakit lagi nak ,tak tersiksa lagi, takde orang nak sakitkan aiman.aiman tidurlah puas2 ye , rehat puas2..tunggu mama kat pintu syurga nanti ye nak.."


mari kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah Zahid Aiman bin Lukman,
semoga roh dia dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman .
Al-Fatihah.

 sebelum dia sakit,tahun lepas. ni dia tangkap gambar sendiri.

masa ni dia dah start sakit, susah nak berjalan.cuma tak tahu kanser lagi

aiman beraya tahun 2011 . ceria je makan rendang.

7/10/2011,dua hari sebelum arwah pergi..berselera je makan mi goreng.

p/s ; arwah menghidap kanser lymphoma. tapi menurut doktor berkemungkinan juga bercampur dengan jenis kanser lain . arwah menghidap penyakit ini sejak bulan 8 tahun 2010 sehingga 9/10/2011 . arwah meninggal dunia ketika berusia 8 tahun .


p/s ; thanks kepada mereka yang datang ke rumah ziarah , beri kata2 semangat . terima kasih banyak2 . thanks juga pada kawan2 yang datang Qila,aervina,fatin , tak lupa jugak yang call hanif,ain nur,zafirah,nichi,izreen yg call and nazmi yang call dari jordan . kata2 semangat korang sangat aku hargai :')


PEN-OFF

continue

Wednesday, December 15, 2010

SALAM :)

 oke , macam aku pernah story before this , aku nak story pasal latest activity aku .
nampak tak gambar atas tu ?
haa , ni kat pantai mersing .
sejak aku datang selepas habis exam haritu ,
aku asyik tengok ramai je orang kat pantai .
so ,
aku , ayah , yan and eyda gi la tengok apa orang buat kan .
rupa2 nya , diorang tangkap kerang .
and tengok laut tu macam ala2 kering tapi berlumpur wehh .
tengok lah yan and eyda . da macam apa dah nak selamatkan kaki .
haha;D

 see , lumpur tak lumpur kaki aku dibuatnya .
haha ,
mula2 aku rasa macam geli je nak main wehh , nak join dorang tangkap kerang ni ,
tapi , da alang2 berlumpur, biar lumpur terus . ye tak ?
hehh;p

 haa , ni la kerang first aku tangkap .
wehh , agak susah laa nak tangkap sebab kaki kau penuh lumpur dengan ada possibility kaki kau nak
berdarah sebab pijak mende yang kita tak nampak dalam lumpur tu kan .
kaki aku memang da bergaris2 lawa laa akibat pijak lumpur ,
rasanya dalam lumpur tu ada banyak siput2 tajam tu kott .
tapi , rasa suatu kepuasan bila kau dpt tangkap kerang tu wehh .
pinggang sakit jugak laa terbongkok2 .
haha;DD
TETAPI ,

hasilnya lumayan jugak wehh .
tengok ayah aku ,
berseri2 muka dapat hasil lumayan masa hari 1st menangkap .
haha , satu plastik besar tu jugak wehh .
best laa even kaki kau or tangan kau terluka sikit2 ke .
tapi , hati gumbira wehh .
hmm , kita yang biasa ni pun dah gembira ,
just imagine kalau nelayan2 tu dapat hasil tangkapan banyak , lagi gembira kan ?
yela , sara anak bini .
cuba bayangkan juga bila diorang tak dapat hasil tangkapan sebegini banyak ?
hmm , mesti sedih .
kais pagi makan pagi , kais petang makan petang juga lah jawabnya .

renung2 kan lah ehh ;)


okay , tutup cerita tangkap kerang tu .
sekarang aku nak cerita pasal adik aku , aiman baru je dimasukkan 
hospital sultanah aminah semalam (selasa) .
da lama jugak adek aku sakit . hampir sebulan lebih kott .
macam ala2 nak lumpuh .
susah nak gerak gitu .
mula2 ingat macam kena terlanggar BENDA ke ,
tapi bila gi hospital , alih2 kena gi HSA terus .
harini , ayah aku cakap doktor suspect adik aku kena arthritis .
aku harap dia cepat sembuh .
arthritis tu macam sakit2 sendi .
doktor kata budak2 jarang kena .
tapi sekarang ni tunggu pengesahan dari doktor ,
kalau betul , adik aku akan dihantar ke hospital selayang .
aku terkejut bila ayah aku kata boleh jadi lumpuh .
aku taknak adik aku camtu . 
huhu;(
Ya Allah ,sembuhkan lah adik aku dari penyakitnya .
mudah-mudahan dia dapat jalani kehidupan biasa semula .
amin ...

memandangkan mama aku takde sebab jaga adik aku kat hospital,
so , aku jadilah kakak mithali kat rumah .
urus rumah semua .
pagi tadi , buat nasi goreng untuk adik2 aku .
even agak tawar jugak ,
tapi takpela .
tu je yang aku termampu buat .
esok improve lagi .
hujung minggu ni insyaAllah kitorang semua tengok aiman HSA .
okela , berleter panjang lak aku ni .
haha;D

PEN-OFF
Made With Love By The Dutch Lady Designs