Pages

Showing posts with label asasi. Show all posts
Showing posts with label asasi. Show all posts

I am loving Asasi UiTM Puncak Alam :P

Thursday, May 10, 2012

Assalamualaikum and hello .



so,tahniah untuk adik2 lahir tahun 1994 yang bakal menyambung pengajian Amboii semua mesti happy gile kan nak sambung belajar? Hehe tak kira lah korang bakal belajar di asasi ke,diploma ke ,matriks ke ,form 6 ke or lain-lain ke, yang penting korang belajar dan jangan main2. kalau tak belajar sama jeeeee #sentap segalanya di tangan anda . hewhewhew =='



Okay-okay , ini bukan siri motivasi atau siri membakar telinga yang akak nak cerita kat sini. Haha membakar semangat mungkin ,boleh gitu? :P maaf sebab post super-panjang.



kenapa saya suka Asasi UiTM Puncak Alam ?
Haa ni bukanlah tujuan untuk mempromosi atau sebagainya,ini sekadar pendapat penulis yang tak matured sangat ni. Hewhewhew:P



Sekarang mempersembahkan *drumroll* sebab kenapa saya suka study di Asasi UiTM Puncak Alam :


  • Kawasan nya yang berbukit-bukau. Amboi bila pagi kau boleh feeling ala-ala oversea gitu. Ada kabus kan,so memang sejuk . Haha
  • kat sini rumah macam ala2 apartment gitu. cuma takde dapur. so satu rumah ada 4 / 5 bilik. 

  • Bilik yang luas dan satu bilik ada dua orang . siap boleh nak buat pyjama party lagi dalam bilik. LOL Yang penting privacy tu banyak sikit lah.tapi tolong jangan buat bising. huhu
  • Dewan kuliah yang banyak dan cool dan besar dan itu dan ini,haha. kau nak tidur kat belakang kerusi dalam dewan pun boleh *ni tak patut ! tolong jangan buat. kalau genius takpe lerrrrr. haha:P
  • Makmal yang luas . nak lari-lari pun boleh *okay ni tipu. Haha bahaya wehh nak lari dalam makmal,nanti terlanggar pape bahan chemical pastu makmal terbakar,habis ! #OverPulak

  • Mempunyai tangga yang tinggi dan mempunyai sebanyak 200++ anak tangga. Amboi,rajin pulak aku nak kira kan anak tangga tu. Haha mula2 macam nak menangis jugak tapi pastu chill-relax-cool je ,siap boleh lumba lari haha :P
  • Berat badan malu-malu nak naik. Haha sebab? Yelaa,kau kan naik tangga 200++ tu hari2. So kalau kau makan kat atas and then turun bawah,kalori kau terbakar and vice versa. Haa Nampak tak gaya hidup sihat kat situ? :P
  • Nak jogging pun best sebab ada jogging track ,sambil tu boleh camwhore. Haha:P
  • Kafe banyak makanan dan boleh kata murah jugak laa compare kat luar. Haha
  • Mcdonald hanya terletak di luar pintu pagar Universiti. *naik balik kalori . har har har
  • Secret recipe pun dekat ja. Naik motor pun sampai . ni sesuai laa untuk yang rajin buat birthday party untuk best friend forever. haha teringat aku and qila rempit malam2 nak gi beli secret recipe.
  • Lecturer and tutor pun sangat best dan sempoi. Selalu bagi latihan and ajar kitorang mana betul mana salah. Thanks lecturers and tutors ! :’)
  • Kat sini kalau tak ikut peraturan kena saman dengan pak guard yang amat responsible dengan tugasnya. Haha ingat tak pakai formal tak kena saman ke? ==' saman tu macam denda lahh . Alhamdulillah tak pernah kena lagi :P
  • Haa court futsal and basket ball pun dekat je dengan kolej kediaman. So kadang-kadang diorang ni buat game futsal and basketball. Cuma aku je tak rajin turun nak tengok . haha
  • Ada pusat gymnasium yang sejuk . haha aku rasa kadang2 peluh macam tak keluar je even aku lari kat atas mesin tu laju2. Haha:P kat belakang blok R2 pun ada mini gym . nak lepak-lepak bolehlaa :)
  • Kat minimart macam-macam ada . amboi,syurga untuk pengisi perut dengan makanan ringan memang wajib singgah laa.
  • Selalu ada JALAN TAR,LOWYAT kat sini. Haha maksudnya ada orang buat PC fair laa,jual2 baju,tudung semua lahh. Amboi,memang borong sakan kau. Mana duit aku tak habis cepat T____T
  • Mesin ATM banyak.  Duit memang cepat habis. haha
  • asasi ada elaun KPT . jadi orang kaya jugak,tapi sekejap. haha kalau boleh pandai2lah manage untuk berbelanja. sila lengkapkan borang2 elaun KPT tu eh baik2 :)
    • Nak sewa kereta pun banyak . haha ni siapa yang ada lesen and memang tahu jalan nak cilok semua bolehlahh sewa okay :) dulu akak pernah naik 11 orang dalam viva ! percaya tak? haha:D
    • Nak berkaraoke boleh pergi ke Giant Klang . haha kalau aku dulu asal tension belajar ja cabut pergi karaoke sampai 10 lagu. Ambil satu jam,nyanyi lah puas-puas sampai tercabut anak tekak kau. Haha sila ambil bas U90 dari uni :P *diyana n niza,jangan marah aku*
    • Bas sentiasa ada. Iaitu rapid KL U90 dan T600. Biasa lau naik U90 ni kalau nak pi klang sentral or nak menghala ke KL. Cuma yang nak ke KL tu nanti sampai PKNS kena tukar bas U80. T600 tu aku guna untuk gi pasar lambak and econsave je. Secret recipe pun boleh. Haha amboi ajar sekali naik bas,baik tak kiteww? haha
    • terdapat pelbagai kelab dan persatuan di sini. Ada kelab basikal yang super cool . pergi berbasikal di bukit cherakah and buat macam-macam aktiviti. Sumpah best ! hhaha *promote* keh3 :P
    • Boleh buat trip kelas dan minta UiTM tanggung sebahagian perbelanjaan dengan syarat buatlah kertas kerja yang superb best. Tapi tak tahulah time korang nanti ada lagi ke tak macam ni.time akak dlu kelas kitorang trip pergi port Dickson. haha
    • minggu haluan destini siswa uitm best jugak ,seminggu kalau tak silap. cuma tak best part dengar ceramah laa #confirmMestiTidoSekali. tak silap ada MDS ni seminggu. sila ready untuk bangun awal dan tidur lambat. biase nye kena pakai kasut sukan untuk elak melecet sebab jalan banyak sangat kan. haha senang2 ready physical and mental. jangan menangis nak balik pulak :P
    • kalau asasi sains ada 4 subjek iaitu mathematics,biology,chemistry and physics. kalau asasi kejuruteraan diorang ambil computer *kot .yang pasti memang bukan biology.lupa nak tambah , ada 2 tambahan matapelajaran iaitu BEL and CTU . kira macam agama and English laa. english ni tujuan dia untuk persediaan kita ambil test MUET :) tengok macam sikit , tapi tunggu da belajar nanti,sikit tak sikit . hehe :P pembelajaran ada di dewan kuliah (DK) dan bilik tutorial serta makmal. time tutorial tu selalu yang macam latihan-latihan yang akan diberi oleh tutor lah. kalau boleh time tutorial ni fokus penuh and rajin tanye eh :) kalau kat makmal tu nanti buatlah experiment.biase nanti lecturer tu dia bahagikan lah group. depends on lecturer nak buat macam mana untuk bahagikan group korang. kalau tak datang melebihi sekali akan diberi warning ye #KalauDitangkap :)
    •  kalau tak nak belajar pun takpe,takde orang nak paksa or marah . tapi ingat ye , kalau tak belajar awak lah yang akan menyesal di kemudian hari :)
    •  jauh dari kesibukan kota . yelaa PALAM ni memang macam terpencil sikit , tapi bagus lah. kalau nak keluar pi KL pun fikir 2 3 kali sebab malas nak duduk dalam bas tunggu jammed. haha:D and kalau nak belajar pun suasana best,tenang,damai :)
    • bangunan lawa-lawa. landskap cantik and cool :) again boleh buat photoshoot. haha:P
    • ada 2/3 mesin basuh untuk setiap bangunan blok. guna duit syiling okay :) basuh tangan pun boleh sebab kat rumah ada tempat nak basuh baju :)
    •  2 bilik air and 1 bilik mandi untuk setiap rumah. maka ,tiada lagi hari stress untuk menunggu orang habis mandi . haha:D cuma time MDS tu laa macam busy sikit.
    • isnin dengan selasa kena pakai pakaian formal okay . perempuan baju kurung laa. lelaki biasenye pakai kemeja dengan tie cuma hari jumaat tu lelaki boleh je pakai baju melayu :) hari lain bebas tapi MESTILAH SOPAN dan TAK MENCOLOK MATA. please =='
    • ada kolam ikan yang besar . haha kadang2 kitorang pi bagi makan ikan kat kolam ,ikan tu banyak sangat .
    • time bulan puasa nanti boleh iftar (buka puasa) ramai-ramai. dengan housemate,dengan schoolmate ,dengan classmate,dengan BFF. amboi,banyak siri iftar aku . haha:P solat tarawih berjemaah kat RSU (ruang solat utama)
    • sementara nak tunggu masuk lecture hall ke apa,ada bilik untuk mengulangkaji pelajaran . so , boleh laa dari membuang masa,gi revise sikit2 :) 
    • ada serangga ni famous dengan nama charlie. haha serangga ni bisa sikit so hati2 lah. kalau boleh malam tutup tingkap bilik :) *sebab ni pun loving kah? haha but u guys dont worry too much lahh sebab akak dah duduk setahun takde apapun. just be aware lah okay :) and jangan buat lawak antarabangsa taknak masuk palam sebab charlie. haha:D nak tahu apa charlie? tekan SINI>>
        • paling major KAWAN :) classmates,housemates,roommates semua tu menjadikan life kita enjoy di sana ! yelaa,kalau tak pandai kawan,susahlaa nak buat semua kerja and tugasan yang diberi.nak study pun tak tenang :)


          okaylahh , kalau ada lagi akan diupdate. ni yang terlintas kat kepala eden jaa buat masa ni . haha


          p/s : kredit pada nur izzati adli , athirah , google and diri sendiri untuk gambar . haha :)


          PEN-OFF

            sweet day :)

            Friday, April 27, 2012

            Assalamualaikum :)


            annyeong ! haha gif tu aku buat sendiri taw :)

            ni dok makan pisang goreng ke keropok lekor ke sedap jugak . lagi yang panas2 kan , takpun makan kue teow goreng ,lepas tu ada pulak air milo panas ke kopi , pehhh memang sweet day habis lahh . hewhewhew .



            okay , aku kalau cerita bab makanan macam gaya perut ular nak melantak semua . haha *over
            and bukan itu sebenarnya yang aku nak dok habaq. hehe aku nak share kegembiraan aku kat blog . pasai tu aku post ni.



            FYI,semua student UiTM tak kira lah asasi ke diploma ke dapat result depa harini.and Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab aku dapat unexpected result compare to last sem . then rasa macam kenapa last sem result aku tak macam sem kali ni. haha:D nak rasa dapat 4 rata tu belum lagilah . yang paling aku tak percaya sekali result chemistry. tak sangka aku boleh dapat A untuk subjek tu. rasa nak menangis sebab aku jarang dapat result okay untuk chemistry :') 

            so aku nak ucap terima kasih banyak2 pada :

            -madam aisyah salihah sebab ajar chemistry sampai faham,sampai ingat . bagi latihan selalu .and saya pun kena siapkan sebab takut kena panggil kat depan. haha sir Ho pun ajar chem untuk 2 sem :)

            -miss puteri and miss arda sebab ajar physic 2 sem,dua2 sem okay :) 

            -madam nora sebab ajar biology best sampai result bio meningkat . 

            -sir latif yang tak putus asa ajar students siap tulis kat depan lagi. hoho miss hafizah sebab selalu bincang tutorial.
            -kawan2 especially D1 and housemates and qila and sapa2 jelah yang ajar aku tu . thanks banyak2 sebab sudi kongsi idea pendapat semua. mana yang salah korang betulkan . alamak sweet lah korang ni. haha



            cuma aku confuse depa kata nak 3 subjek terbaik tapi aku tak tahu camna depa kira . ke ataupun kat permohonan upu fasa 2 automatik keluar result? anyone can help?



            so untuk semua yang dah dapat result tu , tahniah korang :) lagi2 D1 group even aku tak tahu result depa semua.
            Allah da bayar balik usaha kita selama ni . manisnya bila usaha kita tu terbayar kan ? hihi syukur . so kira sweet day lah harini . hehe :)
            may Allah SWT ease our next journey,insyaAllah :)



            and bertambah-tambah lagi sweet day sebab astro buka lebih 130 channel untuk semua pengguna astro start harini sehingga 6 may 2012 *if i'm not mistaken sempena dipilih sebagai Brand of The Year oleh Putra Brand Awards 2012. tahniah diucapkan :) ini macam boleh laa undi every year . hihi thanks astro for giving this chance to astro users !



            p/s : hamboiiiii, nampak gaya boleh gaduh dengan adik hari2 sampai 6 may . haha:P




            PEN-OFF

            Cuak habis!

            Thursday, April 26, 2012

            Assalamualaikum and hello XD


            ngehehehe apa khabar?
            den jarang update post,time idea datang,time tu jelaa macam tak kena je aku nak pi bukak laptop menaip.
            tapi sebab rasa membuak-buak nak taip then tak tahu nak tulis apa , maka ini akan menjadi random posts sajelahh . haha



            so , aku habis asasi lebih kurang sebulan lepas sebab aku lupa date dia yang sebenarnya. takpa2,kita assume jela ehh . maka , hari esok 27/4 akan terbayar lah segala hasil usaha aku time semester dua haritu. esok result nak mai kuar dahh. CUAK HABIS DERR! aku tak tahulah ape result yang aku bakal terima tapi aku harap result tu cemerlang . sedih wooo kalau tak cemerlang even orang kata exam tu macam sampingan je untuk dapat kerja apa yang kita nak. ehh sorrylah kalau aku salah cakap ke ape.



            but for me , exam penting sangat2. tadi aku ada tengok satu drama korea ni. anak orang tu balik rumah laa keluar dari U kan sebab dia kata ,"diploma tu sekeping kertas je mak", haaaaa tapi mak dia kejar dia satu rumah sebab mak dia kata "mak nak kertas kau tu je" . hahaha ==' so aku rasa kalau aku buat macam tu,ada possibility aku bakal dikejar satu rumah. hahah XD 



            so yang bakal nak dapat result esok especially student asasi sains UiTM ,good luck korang ! semoga usaha kita terbalas :) aku berharap juga tapi aku taknak lah terlalu yakin sebab takut kuciwa .hewhewhew maka kalau dapat result yang best ,aku bersyukur sangat2.



            okaylahh,nak pi isi perut comel,barulah comel macam chipmunks ni. hahaXD







            PEN-OFF

            kisah beg besar

            Sunday, April 1, 2012

            Assalamualaikum and hello brothers and sisters sekalian.


            pehh , rajin pulak aku nak menaip banyak harini kan .
            selalu bukan main liat gile nak menaip panjang . kasihan dengan kawan yang menunggu trip PD part 2 nak publish, tp tak jugak2 publish . naseb dah publish dahh. haha


            wehh aku memang fail gile lah nak buat introduction ni , dari sekola sampai laa ni , introduction memang failed takde kene mengena dengan tajuk . maafkan akuuuuuu . haha T_________T




            dulu masa awal2 nak masuk asasi , aku bawak beg silang tepi je,
            sebab aku fikir kat asasi tak perlu bawak buku banyak2 macam selalu kat tv tu kan bila pelajar2 kolej bawak beg , amboihh ringan je aku tengok wehh beg dorang . haha:DD


            sekali bila dah masuk ternyata aku silap. beg sandang adalah amat sangat sungguh penting sebab kalau orang2 macam aku ni ada potensi tercicir barang2 macam fail yang bajet nak bawak kat tangan.
            so aku minta tolong parents aku yang baik hati *kenyit2 mata* tolong belikan aku beg sandang dan pos ke tempat aku .


            sebaik sahaja aku terima beg tu, mak oihh,bukan main besar lagi. aku rasa sumbat baby pun boleh dalam tu *hiperbola sangat*. tapi takpe , demi mengelak aku tercicir barang,aku gagahkan jugak bawak beg besar tu. segan boleh tahan sebab gaya aku lagak budak darjah 1 bawak beg sampai nak tercicir. haha:D sampai kawan aku kenakan aku dengan seorang hamba Allah yang spesen dengan aku. ishh tak boleh jadi. ade jugak seorang hamba Allah ni suka tanya aku nak balik kampung ke bawak beg besar .


            ces , ini tak boleh dibiarkan. maka pada semester kedua , aku beli beg pilihan aku sendiri,padat ,ringkas dan bermutu.
            masih beg sandang tapi tidaklah sampai boleh buat aku jalan terkedek *hiperbola lagi* haha:D
            tapi yang buat aku gelak habis , ade sorang ni kata ,

            "wahh DJ , kau da pandai bergaya sekarang ehh"

            aku fikir punye fikir , ces ! disebabkan aku tukar beg kecik sikit , terus aku dikatakan sudah pandai bergaya . haha effect besar juga beg ni ye rupanya . takpe , sejak tu aku bertekad nak bagi lutut,siku sume kat dia, haha #JOKE aku akan jadikan beg besar tu sebagai beg balik kampung untuk mengelak dari dibahan . haha


            p/s : entry ni takde motif langsung . haha
            p/s : ehh , baran betul dengan blog ni . dengki nye lahai aku nak letak gambo . mencik3 ! :3


            PEN-OFF

            tamatlah sudah

            Thursday, March 29, 2012

            Assalamualaikum wbt.


            ehh , bila aku bukak blog aku ni ,
            aku terlupa something laaa.
            -
            -
            -
            -
            -
            -
            -
            -





            haha aku tak isytiharkan lagi tamat nya pengajian aku sebagai pelajar asasi sains di UiTM Puncak Alam,Selangor selama dua semester. hoorayyy!


            actually masa 23hb haritu dah tamat dah dengan berakhirnya kertas CTU .
            keluar je hall muka memang senyum habis lah , yelaa nak cuti 5 bulan kan .
            boys semua melepaskan emosi dengan menjerit2 . but somehow I admit that I'll miss everything they did. adoi2 , ni belum start part emotional lagi nih.


            ehh malam before tu memang aku penat2 jugak kemas barang semua. baca CTU pun sekali lalu je.
            tapi padan gak lah dengan muka aku,asyik tangguh2 je nak baca CTU. sekali baca semua memang sekadar baca je.pemahaman lebih kurang gitu je .
            ahh ni lah kan mentaliti kita , subjek yang macam agak senang nak score tu pandang sebelah mata je.
            cuba subject hardscore,mata memang nak lepas pandang pun rasa sayang je wehh. T___T


            malam 23hb tu dok ramai2 dalam bulatan,satu kelas D1.even tak semua ada , tapi takpelah , maybe diorang ada hal. anyway,imbau balik kenangan time mula2 masuk dulu , aku ingat lagi before tu nak kelas CTU . and at that time only the girls had already arrived. boys semua tak nampak batang hidung lagi.so awal2 je da bole masuk kepala .aku je yang macam cuak2 lagi . yelaa, makin lama makin banyak saingan and aku pun terfikir boleh ke aku adapt dengan new environment nihh. yelaa yang masuk asasi ni of course lahh the students who are really capable and smart gorgeous and everything sounds great lahh. tapi bila tengok awal2 semua macam chill relax cool semua , PHEWW ,satu kelehan lega dilepaskan !


            so berlalulah dua sem ni dengan pelbagai emosi yang kitorang satu kelas lalui.
            gembira , sedih , pahit,manis , suka , duka semuanya ada. and akan aku ingat setiap memori tu :)
            sorry and thanks sebab banyak menyusahkan korang , da la tu asyik kena dengar je aku bercerita. haha:D tapi aku tahu nanti korang akan rindu kan aku kan? *tak payah nak muntah sangatlah. haha


            and housemates R2605,thanks a lot untuk semua pertolongan yang diberi.
            sorrylah kalau ada terkasar bahasa ke terlupa apa2 ke. thanks banyak2 especially pada yang kerap membawa makanan balik rumah , huhu sedihlaa tak boleh makan ramai2 lagi . aimi,qila,puteri,aishah,lani,durrah and mars , they are really the best housemates, I'll miss all of you soo much :')


            aku sedih betul sebab imagine after this nak jumpa pun dah susah ,
            aku harap in future aku akan dapat teman2 sebaik korang , amin. and I pray for your healthy and success always in everything :) I hope we can meet someday, maybe on my happy day :) haha


            rindunya bilik aku yang kadang2 bersih,kadang2 sepah. haha:P

            rindunya nak dok tepi tingkap and feeling macam study kat overseas ada kabus semua ni :)

            rindunyaa pada classmates D1 yang sumpah havoc and fun giler! :)
            tambah pulak dengan lecturer2 yang sporting habes.

            rindunyee dengan housemates yang rajin,baik2, comel2 :) hihi

            rindunyee nak buat aktiviti dengan cycling club kat bukit cherakah :)


            okaylahh , rasanya frekuensi untuk aku update blog makin kerap selama 5 bulan ni. mungkinlahh.
            hehe :)


            see u

            PEN-OFF

            Semak kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan SPM,STPM,Asasi atau Matrikulasi

            Thursday, February 2, 2012

            Assalamualaikum and hello :)


            hi you , you and you !


            I just wanna share this thing in case if you still do not know about it yet .
            tapi kalau dah tahu tu , it's okay.nak teruskan pembacaan pun boleh ,tak nak pon takpe *wuwuuuu :P



            "ehh,nak ambil course apa nih?"
            "banyak gilaa course nih , nak pilih universiti mana lagi . adoi ==' "




            ni antara dialog2 *eceh yang selalu kita dengar bila nak pilih kursus pengajian .
            kita dah rasa dah experience tuh .ni after habis asasi rasa lagi lah T___T



            actually ,ada satu web yang korang boleh check syarat kelayakan result exam korang dengan kursus bersesuaian yang korang boleh ambil nanti .

            nak pilih apa ni? pening ! X_X


            so sesiapa yang lepasan SPM , STPM ,matrikulasi or asasi yang pening2 tu tak tahu nak ambil kursus apa yang sesuai dengan result exam korang ,
            korang boleh lah log into this website :




            at least korang dah dapat gambaran nak ambil kursus mana untuk sambung pelajaran korang nanti . takdelah nanti korang dah pilih2 kursus,sekali tak layak dengan result. thus,prevention is better than cure *tetibe



            yelah macam kita , kita pun tak tahu kursus apa yang sesuai dengan result kita . so,atleast kita dah tahu kursus apa yang kita boleh mohon atau tak .
            so , good luck okay :)


            anyway , for SPM leavers , mesti korang pun tak tahu nak sambung apa lepas nih .
            so , kita *eceh kita sehh haha bagi korang link ni >>



            http://nina-colourful.blogspot.com/2012/01/khas-untuk-calon-lepasan-spm.html


            link ni ada menceritakan tentang pengalaman ex-students SM Sains Muar sebelum ni yang dah menyambung pelajaran mengikut kursus2 pengajian mereka yang tertentu .
            so maybe korang boleh la dapat agak2 macam mana kursus yang korang idam2kan tu nanti berdasarkan pengalaman diorang tu .



            tapi yang penting solat istikharah mintak petunjuk daripada Allah SWT :)

            okay nak share tu je :)

            p/s : thanks a lot to nina sebab bagi kak DJ share :)

            PEN-OFF
            Made With Love By The Dutch Lady Designs