Pages

Pendaftaran Program Vaksinasi COVID-19 melalui MySejahtera

Monday, March 1, 2021

 Assalamualaikum.


Hi semuaaa, salam vaksin covid nak sampaiii.


Seperti yang semua sedia maklum, kerajaan Malaysia akan membuat program vaksinasi covid 19 kepada rakyat Malaysia. so rakyat Malaysia please please please daftarkan diri korang, mak ayah korang, anak-anak korang untuk vaksin covid-19 ni. Hal ini penting untuk kita wujudkan Herd Immunity dalam kalangan komuniti kita okay.


Vaksin ni fungsi dia untuk kita merangsang sistem imun dalam badan jika terdedah pada covid-19, badan kita boleh bertindak balas terhadap jangkitan covid-19 tu. kalau covid datang, badan kita dah tahu apa nak buat untuk melawan.


soo kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi boleh layari website https://www.vaksincovid.gov.my/.


kat laman web ni ade 4 versi bahasa pdf (english, BM, Bahasa cina and bahasa tamil) untuk info berkenaan covid and cara pendaftaran untuk dapatkan suntikan vaksin. jangan malas membaca yaa semuaa!~ and please jangan jadi anti-vaksin okayyy.

Beli barang dapur basah online semudah ABC

Friday, February 19, 2021

 Assalamualaikum


Salam PKP bersambung lagi di selangor peeps *sigh*


Korang okay ke tu PKP sambung lagi? sobs. redha jelaa tak boleh rentas daerah rentas negeri. jomlah kita berdoa COVID ni makin reda, so kehidupan kita kembali seperti sediakala. 


Bila kes covid ni saban hari meningkat, kadang-kadang jadi rasa nak keluar rumah pun malas jugak. Lagi pula sekarang ni kerajaan dah bagi dine-in kat kedai makan kan. maka lagi ramai lah rakyat keluar untuk makan kat kedai. Of course lah setelah lama duduk rumah masak or tapau dari delivery food service, mesti nak dine-in pula lepas ni.


sebab eyja tengah pregnant, so seboleh mungkin cuba melimitkan pergerakan nak keluar rumah tu. and I found tempat yang boleh kita beli barang dapur secara delivery okayy. BENDA BEST HARUS SHARE yeee anak-anak.


so inilah dia *drumrolls*  OMMAFOODY!!!



Omg masa first jumpa OMMAFOODY ni rasa lifesaver sangat. Rasanya terjumpa kedai ni kat IG, tengah scroll2 nampak lalu kat timeline. so eyja check and walllaahhhh! Rasa macam heaven ye jumpa tempat nak beli barang dapur basah yang boleh deliver ke rumah kita, paling bessttt sekali siap siang and basuh lagi tauuuu!! Menjimatkan masa sangat perlu yee, kalau tak, nak siang tu jenuhnya lahai dengan sekarang ni tak boleh berdiri lama2, kaki mama sakit ye bawak bayi dalam perut hahaha



tapi..tapi servis delivery barang dapur basah ni available area Selangor, Kuala Lumpur, Cyberjaya and Putrajaya only. Negeri lain tak tahulahh, maybe in future kot2 OMMAFOODY melebarkan sayapnya ke negeri lain pulak. hihi


Cara-cara nak buat pembelian pun mudahh sangat:

1. Pilih produk yang korang nak.

Korang boleh lah pilih kategori and produk apa nak beli, nak minta bersihkan atau pun tak and takde cas dikenakan tauu untuk bersihkan. Best ke besttt? 


2. Isikan butiran penghantaran

Korang register, click cart and checkout lah barang-barang yang dah dipilih tadi tuu. Jangan lupa isi alamat and details korang semua tauu.


3. Buat bayaran Online

Korang boleh la buat payment either through FPX, kad kredit or debit. senangg kann? zaman covid ni bayar online semua senang, boleh limitkan contact dengan orang sehabis baik.


4. Tunggu ketibaan barang dapur korang

After payment dah selesai, korang akan terima whatsapp ataupun emel daripada pihak ommafoody. Everyday ada delivery, tapi tak silap eyja kalau korang beli hari ini, akan tiba esok barang dapur tu. Yelaa mesti ada waiting time untuk team ommafoody prepare and packing produk korang. So harap bersabar yaa. semua benda boleh plan baik2. hee


Good news is korang boleh dapat diskaun RM5 shipping minima pembelian RM100 keatas dengan guna code ni : eyja05


Eyja dah beli dah memang servis diorang baguss tapi lupa nak ambil gambar hahaha nanti next time beli lagi eyja share okayyy unboxing kat youtube channel *tiber* hahaha Dah, tu je nak share. Pergi laju2 tengok OMMAFOODY cepattt!


Byeeee :)

Bila covid-19 ni nak berakhir?

Thursday, February 11, 2021

 Assalamuaikum


hi semuaa, salam PKP yang kejap ketat kejap longgar ni *sigh*


honestly I miss my life before covid, you can go wherever you want, no SOPs, no mask, nak buat apa pun takde masalah, paling penting rindu nak balik kampungg oiiii. sedih rasa bila fikir balik. dapat rasakan tahun ni maybe tak beraya lagi sobs. kalau tak raya, maknanya masuk tahun ni da tiga tahun aku tak beraya tauuu. 2019 tak raya sebab aku kat germany, 2020 sebab pkp, 2021 adakah bakal berulang lagi sebab covid ni? rinduuu bazar ramadhan, korang rindu takkk? sobs


I can see many bad impacts happened to people due to covid. kalau tengok keadaan sekarang ni teramatlah susah nak puaskan hati semua pihak. Total lockdown will cause suffer to more people, tapi tak lockdown pun cases makin naik. tak tahulahh nak oii, ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau *betul ke peribahasa aku ni* hahaha


paling sedihhh sekali memikirkan aku nak bersalin tak lama lagi ni, suami tak boleh teman masuk labour room sobs. sedih pulak takde orang nak cheers untuk kita dalam labour room tu hahah aku nak suami aku tengok pengorbanan isteri dia bersalin keluarkan baby, biar ada keinsafan untuk dia walaupun tahu suami aku takut darah hahahah 



takpelah, kita doa yang baik2 je. semoga dapat nurse and doktor baik2, dapat orang sekeliling yang baik, bersalin dimudahkan. eh tiber cerita pasal bersalin pulak ehh hahaha


okay lahh byeee

Made With Love By The Dutch Lady Designs