Pages

Showing posts with label student's life. Show all posts
Showing posts with label student's life. Show all posts

BIG step

Friday, August 31, 2012

Assalamualaikum and hello everyone .




one day left before I'm going to take another BIG step in my life . ahhhhhh how time flies *sigh*
I dont really know what's kind of feeling in my heart.
sad to leave my family , happy to meet new friends , terrify to know what kind of things that I've to deal in the future , whether I can do well for it or not . feel worry whenever i think about it .



yeahh , when you used to stay at home for a veryyy long time , then tiba2 kena tinggalkan , benda tu amat menyedihkan hati . sedih kot nak tinggalkan family . I'm sorry for being not good enough daughter . hehe :P suddenly I feel regret for doing useless things when I was at home Y____Y




my dad advises me many times to do my best and keeping focus on studying because degree isn't like SPM,PMR or even foundation because all these things will determine my future undertaking .whether i want to do well or it's just like 'hangat-hangat tahi ayam' , it's my choice. I think every exams I've done until now are just based on the exam orientations . not because I DO really understand . and maybe most of the time i just study because I HAVE TO not because I WANT TO. well sometimes I understand , but well it's a typical student when right after finishing the exams , everything we've learnt just fly away . haha


hello new friends :)


so I hope this time everything will be going well and create another beautiful memories for me . aja-aja fighting ! future friends,classmates and roommates , please be nice to me and accept me as who I am . If I've done any mistakes,please forgive me :)



and and to my beloved friends , whether it's in a reality life or just on social networking , whenever and wherever you are, whatever you do , all the best for your future undertaking . believe in Allah and have faith in HIM . insyaAllah , He will ease everything :)


less : online , sleeping , do useless things.
more : ibadah , studying , focusing , learning.



PEN-OFF

Novel yang menarik untuk dibaca : 1

Friday, July 6, 2012

Assalamualaikum and hello readers :)



Salam Jumaat untuk semua . semoga kita semua mendapat limpahan rahmat dari-Nya.



hehe before ni aku pernah laa cerita pasal aku rasa nak jadikan membaca tu satu KEMESTIAN dalam hidup aku .even aku takdelah khatam baca dalam satu dua hari , tapi aku try jugak usaha sikit2 nak membaca tu . kecik2 dulu kemain membaca , bila dah besar tabiat membaca aku tu dah makin pupus dah. haha



so let's get back to the main topic . aku baru je habis baca novel denyut kasih medik . well siapa kaki novel maybe dah baca lah kot novel ni .aku dengar novel ni since sekolah lagi tapi sekarang nilah baru sempat membeli sebab dapat baucar pelajar 1 malaysia hritu. hehe:P



okay meh aku cite pasal novel ni. novel denyut kasih medik ni ditulis oleh Dr. Farhan Hadi Bin Mohd Talib . alaa , kalau ampa pernah dengar novelis islami Fatimah Syarha binti Mohd Noordin tu , haa ni lah suami dia . novel denyut kasih medik ni berkisarkan tentang kisah seorang doktor pelatih yang mengaplikasikan syariat ketika bertugas di hospital .



and novel ni juga berkisar tentang kisah masyarakat dan menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. seperti yang terdapat pada cover novel ni , "novel yang menggabungkan fiqh perubatan,fiqh wanita dan fiqh cinta". 




well , novel ni sesuai untuk semua , bukan untuk orang yang nak jadi doktor je taw. bagi yang nak jadi doktor tu , kerjaya doktor ni bukan mudah . kita dengar kerjaya nya memang glamour tapi hakikatnya jika kita niat nak mengejar glamour je semata memang payah. banyak lagi dugaan yang harus ditempuhi untuk jadi doktor ,nak layan patient , nak jalankan dakwah dalam perubatan , bukan suatu yang boleh dipandang remeh .novel ni sesuai untuk bakal doktor bersedia dari segi mental and fizikal.



percaya atau tidak , sebenarnya mostly patient especially muslims kat hospital ada di antara mereka tidak menunaikan solat . sepatutnya kita kenalah mendekatkan diri dengan Allah , tapi semakin menjauhkan diri pula. Selain itu , novel ni jugak bagi aku berguna untuk semua especially muslims sebab banyak info fiqh medik yang di berikan sebagai contoh info haid dan istihadhah sebab kita sendiri kaum hawa kadang2 tak tahu hal ni.



and pasal perkahwinan pun ada jugak dalam novel ni , sweet sebab bercinta selepas kahwin .hehe ;P and I'm strongly recommended you to read Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul . penulis nya novelis Fatimah Syarha lahh . sangat menarik :)



okaylah , got to go people .


PEN-OFF




I am loving Asasi UiTM Puncak Alam :P

Thursday, May 10, 2012

Assalamualaikum and hello .



so,tahniah untuk adik2 lahir tahun 1994 yang bakal menyambung pengajian Amboii semua mesti happy gile kan nak sambung belajar? Hehe tak kira lah korang bakal belajar di asasi ke,diploma ke ,matriks ke ,form 6 ke or lain-lain ke, yang penting korang belajar dan jangan main2. kalau tak belajar sama jeeeee #sentap segalanya di tangan anda . hewhewhew =='



Okay-okay , ini bukan siri motivasi atau siri membakar telinga yang akak nak cerita kat sini. Haha membakar semangat mungkin ,boleh gitu? :P maaf sebab post super-panjang.



kenapa saya suka Asasi UiTM Puncak Alam ?
Haa ni bukanlah tujuan untuk mempromosi atau sebagainya,ini sekadar pendapat penulis yang tak matured sangat ni. Hewhewhew:P



Sekarang mempersembahkan *drumroll* sebab kenapa saya suka study di Asasi UiTM Puncak Alam :


  • Kawasan nya yang berbukit-bukau. Amboi bila pagi kau boleh feeling ala-ala oversea gitu. Ada kabus kan,so memang sejuk . Haha
  • kat sini rumah macam ala2 apartment gitu. cuma takde dapur. so satu rumah ada 4 / 5 bilik. 

  • Bilik yang luas dan satu bilik ada dua orang . siap boleh nak buat pyjama party lagi dalam bilik. LOL Yang penting privacy tu banyak sikit lah.tapi tolong jangan buat bising. huhu
  • Dewan kuliah yang banyak dan cool dan besar dan itu dan ini,haha. kau nak tidur kat belakang kerusi dalam dewan pun boleh *ni tak patut ! tolong jangan buat. kalau genius takpe lerrrrr. haha:P
  • Makmal yang luas . nak lari-lari pun boleh *okay ni tipu. Haha bahaya wehh nak lari dalam makmal,nanti terlanggar pape bahan chemical pastu makmal terbakar,habis ! #OverPulak

  • Mempunyai tangga yang tinggi dan mempunyai sebanyak 200++ anak tangga. Amboi,rajin pulak aku nak kira kan anak tangga tu. Haha mula2 macam nak menangis jugak tapi pastu chill-relax-cool je ,siap boleh lumba lari haha :P
  • Berat badan malu-malu nak naik. Haha sebab? Yelaa,kau kan naik tangga 200++ tu hari2. So kalau kau makan kat atas and then turun bawah,kalori kau terbakar and vice versa. Haa Nampak tak gaya hidup sihat kat situ? :P
  • Nak jogging pun best sebab ada jogging track ,sambil tu boleh camwhore. Haha:P
  • Kafe banyak makanan dan boleh kata murah jugak laa compare kat luar. Haha
  • Mcdonald hanya terletak di luar pintu pagar Universiti. *naik balik kalori . har har har
  • Secret recipe pun dekat ja. Naik motor pun sampai . ni sesuai laa untuk yang rajin buat birthday party untuk best friend forever. haha teringat aku and qila rempit malam2 nak gi beli secret recipe.
  • Lecturer and tutor pun sangat best dan sempoi. Selalu bagi latihan and ajar kitorang mana betul mana salah. Thanks lecturers and tutors ! :’)
  • Kat sini kalau tak ikut peraturan kena saman dengan pak guard yang amat responsible dengan tugasnya. Haha ingat tak pakai formal tak kena saman ke? ==' saman tu macam denda lahh . Alhamdulillah tak pernah kena lagi :P
  • Haa court futsal and basket ball pun dekat je dengan kolej kediaman. So kadang-kadang diorang ni buat game futsal and basketball. Cuma aku je tak rajin turun nak tengok . haha
  • Ada pusat gymnasium yang sejuk . haha aku rasa kadang2 peluh macam tak keluar je even aku lari kat atas mesin tu laju2. Haha:P kat belakang blok R2 pun ada mini gym . nak lepak-lepak bolehlaa :)
  • Kat minimart macam-macam ada . amboi,syurga untuk pengisi perut dengan makanan ringan memang wajib singgah laa.
  • Selalu ada JALAN TAR,LOWYAT kat sini. Haha maksudnya ada orang buat PC fair laa,jual2 baju,tudung semua lahh. Amboi,memang borong sakan kau. Mana duit aku tak habis cepat T____T
  • Mesin ATM banyak.  Duit memang cepat habis. haha
  • asasi ada elaun KPT . jadi orang kaya jugak,tapi sekejap. haha kalau boleh pandai2lah manage untuk berbelanja. sila lengkapkan borang2 elaun KPT tu eh baik2 :)
    • Nak sewa kereta pun banyak . haha ni siapa yang ada lesen and memang tahu jalan nak cilok semua bolehlahh sewa okay :) dulu akak pernah naik 11 orang dalam viva ! percaya tak? haha:D
    • Nak berkaraoke boleh pergi ke Giant Klang . haha kalau aku dulu asal tension belajar ja cabut pergi karaoke sampai 10 lagu. Ambil satu jam,nyanyi lah puas-puas sampai tercabut anak tekak kau. Haha sila ambil bas U90 dari uni :P *diyana n niza,jangan marah aku*
    • Bas sentiasa ada. Iaitu rapid KL U90 dan T600. Biasa lau naik U90 ni kalau nak pi klang sentral or nak menghala ke KL. Cuma yang nak ke KL tu nanti sampai PKNS kena tukar bas U80. T600 tu aku guna untuk gi pasar lambak and econsave je. Secret recipe pun boleh. Haha amboi ajar sekali naik bas,baik tak kiteww? haha
    • terdapat pelbagai kelab dan persatuan di sini. Ada kelab basikal yang super cool . pergi berbasikal di bukit cherakah and buat macam-macam aktiviti. Sumpah best ! hhaha *promote* keh3 :P
    • Boleh buat trip kelas dan minta UiTM tanggung sebahagian perbelanjaan dengan syarat buatlah kertas kerja yang superb best. Tapi tak tahulah time korang nanti ada lagi ke tak macam ni.time akak dlu kelas kitorang trip pergi port Dickson. haha
    • minggu haluan destini siswa uitm best jugak ,seminggu kalau tak silap. cuma tak best part dengar ceramah laa #confirmMestiTidoSekali. tak silap ada MDS ni seminggu. sila ready untuk bangun awal dan tidur lambat. biase nye kena pakai kasut sukan untuk elak melecet sebab jalan banyak sangat kan. haha senang2 ready physical and mental. jangan menangis nak balik pulak :P
    • kalau asasi sains ada 4 subjek iaitu mathematics,biology,chemistry and physics. kalau asasi kejuruteraan diorang ambil computer *kot .yang pasti memang bukan biology.lupa nak tambah , ada 2 tambahan matapelajaran iaitu BEL and CTU . kira macam agama and English laa. english ni tujuan dia untuk persediaan kita ambil test MUET :) tengok macam sikit , tapi tunggu da belajar nanti,sikit tak sikit . hehe :P pembelajaran ada di dewan kuliah (DK) dan bilik tutorial serta makmal. time tutorial tu selalu yang macam latihan-latihan yang akan diberi oleh tutor lah. kalau boleh time tutorial ni fokus penuh and rajin tanye eh :) kalau kat makmal tu nanti buatlah experiment.biase nanti lecturer tu dia bahagikan lah group. depends on lecturer nak buat macam mana untuk bahagikan group korang. kalau tak datang melebihi sekali akan diberi warning ye #KalauDitangkap :)
    •  kalau tak nak belajar pun takpe,takde orang nak paksa or marah . tapi ingat ye , kalau tak belajar awak lah yang akan menyesal di kemudian hari :)
    •  jauh dari kesibukan kota . yelaa PALAM ni memang macam terpencil sikit , tapi bagus lah. kalau nak keluar pi KL pun fikir 2 3 kali sebab malas nak duduk dalam bas tunggu jammed. haha:D and kalau nak belajar pun suasana best,tenang,damai :)
    • bangunan lawa-lawa. landskap cantik and cool :) again boleh buat photoshoot. haha:P
    • ada 2/3 mesin basuh untuk setiap bangunan blok. guna duit syiling okay :) basuh tangan pun boleh sebab kat rumah ada tempat nak basuh baju :)
    •  2 bilik air and 1 bilik mandi untuk setiap rumah. maka ,tiada lagi hari stress untuk menunggu orang habis mandi . haha:D cuma time MDS tu laa macam busy sikit.
    • isnin dengan selasa kena pakai pakaian formal okay . perempuan baju kurung laa. lelaki biasenye pakai kemeja dengan tie cuma hari jumaat tu lelaki boleh je pakai baju melayu :) hari lain bebas tapi MESTILAH SOPAN dan TAK MENCOLOK MATA. please =='
    • ada kolam ikan yang besar . haha kadang2 kitorang pi bagi makan ikan kat kolam ,ikan tu banyak sangat .
    • time bulan puasa nanti boleh iftar (buka puasa) ramai-ramai. dengan housemate,dengan schoolmate ,dengan classmate,dengan BFF. amboi,banyak siri iftar aku . haha:P solat tarawih berjemaah kat RSU (ruang solat utama)
    • sementara nak tunggu masuk lecture hall ke apa,ada bilik untuk mengulangkaji pelajaran . so , boleh laa dari membuang masa,gi revise sikit2 :) 
    • ada serangga ni famous dengan nama charlie. haha serangga ni bisa sikit so hati2 lah. kalau boleh malam tutup tingkap bilik :) *sebab ni pun loving kah? haha but u guys dont worry too much lahh sebab akak dah duduk setahun takde apapun. just be aware lah okay :) and jangan buat lawak antarabangsa taknak masuk palam sebab charlie. haha:D nak tahu apa charlie? tekan SINI>>
        • paling major KAWAN :) classmates,housemates,roommates semua tu menjadikan life kita enjoy di sana ! yelaa,kalau tak pandai kawan,susahlaa nak buat semua kerja and tugasan yang diberi.nak study pun tak tenang :)


          okaylahh , kalau ada lagi akan diupdate. ni yang terlintas kat kepala eden jaa buat masa ni . haha


          p/s : kredit pada nur izzati adli , athirah , google and diri sendiri untuk gambar . haha :)


          PEN-OFF

            goodbye 2011 and hello 2012 :)

            Friday, December 30, 2011

            Assalamualaikum and hi guys :)


            how's your day ? is it great ?
            harini banyak dok update status kat fb and twitter hari jumaat yang last untuk 2011.
            sedar tak sedar kita da nak sampai ke penghujung tahun dah . kurang 48 jam je lagi .


            bila dibuka kembali lipatan kenangan sepanjang aku berada di tahun 2011 ,
            aku rasa macam2 benda yang jadi dalam life aku .
            ada suka , ada duka .
            semua tu banyak ajar aku untuk bersabar even sometimes I'd lost my temper .
            betul lah orang kata manusia ni belajar dari life experience .
            kalau hidup bagai katak bawah tempurung , memang takde life lah kan .


            sepanjang tahun 2011 ni , life agak berserabut sikit ,
            yela sebab arwah adik aku sakit , kasihan parents aku ulang alik pergi hospital .
            adik aku khalisya tu pun tak terjaga sangat,tapi nasib baik dia jenis tak kisah,independent gile . haha adik2 aku pulak kebetulan exam besar tahun ni .senang cerita memang tak terurus sangat lah ,
            tapi , aku bersyukur sangat sebab kami berjaya harunginya dengan baik , Alhamdulillah .
            Allah bagi kita kekuatan untuk menempuhi saat2 sukar tu :') thanks Ya Allah.
            khaleeda pun berjaya dapat 5A even kurang pemantauan daripada mama,yan je tak tahu lagi .anyway , goodluck yan . doa banyak2 :)



            somehow , aku rasa bersalah jugak , rasa sedih sebab aku tak dapat tolong diorang saat2 sukar macam tu.kalau lah aku tak study jauh sampai selangor , maybe aku balik every week .
            even tak tolong sangat pun , tolong sikit jadilah .
            and aku sedih sebab aku tak dapat luangkan lebih banyak masa dengan aiman .
            tapi takpelah , benda da nak jadi , doakan arwah tenang di sana , Amin,insyaAllah :')


            and aku pun dapat result spm aku jugak tahun ni .
            pun agak sedih jugak sebab aku da kecewakan harapan parents aku nak dapat straight A's.
            kalaulah aku serius , kalau lah aku tak main2 ,
            kalaulah aku belajar betul2 , kalaulah aku stay up lebih sikit ,
            dan akhirnya semua itu tinggal 'kalaulah' . yelaa,result pun dah dapat , sekurang2 nya aku masih lagi dapat sambung study . Alhamdulillah :') thanks ayah,mama and cikgu2 yang bagi supports ,salah satu nya masa aku terlampau tertekan ibarat nak membakar diri . haha;D

            whoahhhh, aaron aziz! 
            boboiyot comel ! *sekadar selingan, haha:P


            haa , lagi aku dapat sambung belajar di uitm puncak alam,
            ambil asasi sains . kebetulan aku dapat jugak offer matrikulasi . even masa tu ayah nak suruh aku ambil matriks , tapi aku cakap juga dengan ayah aku nak ambil PALAM .
            aku explain apa yang patut , haha;D then ayah aku hantar jugak .
            time hantar aku tu pun mama and aiman tak ikut . sedih jugak lahh sebab aiman tak sempat nak tengok tempat aku belajar . dia kata dia nak masuk universiti ,nak jadi macam aku.
            tapi....takpelah .


            aku ingat lagi ayah aku terpaksa sewa teksi untuk tunjukkan kitorang jalan ke uitm puncak alam . haha:D yelaa , salah map tu jugak , tak berapa nak hebakk kan .
            buat confuse je , maka sewa teksi cara terbaik . pfft! *lepas ni dorang kena buat map yang betul2 tepat skala nya . kiki;P
            so,aku pun dapat lah roommate aku yang baik orangnya , nama aimi diyana :)
            thanks aimi sebab jadi roommate yang baik , kita ni je yang teruk kan? menyepah je keje . huhu T___T



            kehidupan di kampus sememangnya awesome ,ada ramai kawan2 yang best ,
            terutama nya budak kelas aku D1 , korang memang sempoi habis . best gile lah ! :D
            kawasan kolej pun lawa , ko imagine lah pagi2 ko bukak tingkap bilik , ko nampak kabus , mana nak dapat weh feeling ala2 oversea tu ? haha:D
            tapi bila time nak buat assignment ke kerja tu , amboi , liat bukan main !
            kerja2 tu pun tengah menjerit2 minta aku manjakan diorang .
            pfft! seram pulak kan kerja memanggil2 . haha:D




            honestly ,tak sabar nak jenguk tahun 2012 sebab aku mengharapkan tahun 2012 ni beri aku seribu kegembiraan :) tapi aku takdelah terfikir nak buat azam ke apa .
            mungkin jadi yang lebih baik ? *ya ya,tu memang azam aku every year pun -___-'



            ohh , aku juga nak cakap thanks beribu2 lemon pada mereka yang sentiasa ada di sisi aku tak kira susah atau senang ,korang memang terbaik dalam life aku . hanya Allah je balas jasa korang :)


            haa, lagi satu,penting nihhhh!
            korang jangan masuk tandas pada 31/12/2011 pada jam 11.59malam . sebab bila korang keluar je tandas,korang akan masuk ke tahun 2012 . haha *lawak facebook -___-'



            p/s : so apa azam korang ?
            p/s ; yeahh,parents aku nak hantar aku balik kolej , even kena balik awal sikit,takpelah . dapatlah pergi jalan2 sekali esok . hihi;P
            p/s : birthday aku awal tahun , tak dapek nak celebrate dengan family tersayang . wuuwwuuuu T__T

            PEN-OFF



            Made With Love By The Dutch Lady Designs