so,tahniah untuk adik2 lahir tahun 1994 yang bakal menyambung pengajian Amboii semua mesti happy gile kan nak sambung belajar? Hehe tak kira lah korang bakal belajar di asasi ke,diploma ke ,matriks ke ,form 6 ke or lain-lain ke, yang penting korang belajar dan jangan main2. kalau tak belajar sama jeeeee #sentap segalanya di tangan anda . hewhewhew =='
Okay-okay , ini bukan siri motivasi atau siri membakar telinga yang akak nak cerita kat sini. Haha membakar semangat mungkin ,boleh gitu? :P maaf sebab post super-panjang.
kenapa saya suka Asasi UiTM Puncak Alam ?
Haa ni bukanlah tujuan untuk mempromosi atau sebagainya,ini sekadar pendapat penulis yang tak matured sangat ni. Hewhewhew:P
Sekarang mempersembahkan *drumroll* sebab kenapa saya suka study di Asasi UiTM Puncak Alam :
- Kawasan nya yang berbukit-bukau. Amboi bila pagi kau boleh feeling ala-ala oversea gitu. Ada kabus kan,so memang sejuk . Haha
- kat sini rumah macam ala2 apartment gitu. cuma takde dapur. so satu rumah ada 4 / 5 bilik.
- Bilik yang luas dan satu bilik ada dua orang . siap boleh nak buat pyjama party lagi dalam bilik. LOL Yang penting privacy tu banyak sikit lah.tapi tolong jangan buat bising. huhu
- Dewan kuliah yang banyak dan cool dan besar dan itu dan ini,haha. kau nak tidur kat belakang kerusi dalam dewan pun boleh *ni tak patut ! tolong jangan buat. kalau genius takpe lerrrrr. haha:P
- Makmal yang luas . nak lari-lari pun boleh *okay ni tipu. Haha bahaya wehh nak lari dalam makmal,nanti terlanggar pape bahan chemical pastu makmal terbakar,habis ! #OverPulak
- Mempunyai tangga yang tinggi dan mempunyai sebanyak 200++ anak tangga. Amboi,rajin pulak aku nak kira kan anak tangga tu. Haha mula2 macam nak menangis jugak tapi pastu chill-relax-cool je ,siap boleh lumba lari haha :P
- Berat badan malu-malu nak naik. Haha sebab? Yelaa,kau kan naik tangga 200++ tu hari2. So kalau kau makan kat atas and then turun bawah,kalori kau terbakar and vice versa. Haa Nampak tak gaya hidup sihat kat situ? :P
- Nak jogging pun best sebab ada jogging track ,sambil tu boleh camwhore. Haha:P
- Kafe banyak makanan dan boleh kata murah jugak laa compare kat luar. Haha
- Mcdonald hanya terletak di luar pintu pagar Universiti. *naik balik kalori . har har har
- Secret recipe pun dekat ja. Naik motor pun sampai . ni sesuai laa untuk yang rajin buat birthday party untuk best friend forever. haha teringat aku and qila rempit malam2 nak gi beli secret recipe.
- Lecturer and tutor pun sangat best dan sempoi. Selalu bagi latihan and ajar kitorang mana betul mana salah. Thanks lecturers and tutors ! :’)
- Kat sini kalau tak ikut peraturan kena saman dengan pak guard yang amat responsible dengan tugasnya. Haha ingat tak pakai formal tak kena saman ke? ==' saman tu macam denda lahh . Alhamdulillah tak pernah kena lagi :P
- Haa court futsal and basket ball pun dekat je dengan kolej kediaman. So kadang-kadang diorang ni buat game futsal and basketball. Cuma aku je tak rajin turun nak tengok . haha
- Ada pusat gymnasium yang sejuk . haha aku rasa kadang2 peluh macam tak keluar je even aku lari kat atas mesin tu laju2. Haha:P kat belakang blok R2 pun ada mini gym . nak lepak-lepak bolehlaa :)
- Kat minimart macam-macam ada . amboi,syurga untuk pengisi perut dengan makanan ringan memang wajib singgah laa.
- Selalu ada JALAN TAR,LOWYAT kat sini. Haha maksudnya ada orang buat PC fair laa,jual2 baju,tudung semua lahh. Amboi,memang borong sakan kau. Mana duit aku tak habis cepat T____T
- Mesin ATM banyak. Duit memang cepat habis. haha
- asasi ada elaun KPT . jadi orang kaya jugak,tapi sekejap. haha kalau boleh pandai2lah manage untuk berbelanja. sila lengkapkan borang2 elaun KPT tu eh baik2 :)
- Nak sewa kereta pun banyak . haha ni siapa yang ada lesen and memang tahu jalan nak cilok semua bolehlahh sewa okay :) dulu akak pernah naik 11 orang dalam viva ! percaya tak? haha:D
- Nak berkaraoke boleh pergi ke Giant Klang . haha kalau aku dulu asal tension belajar ja cabut pergi karaoke sampai 10 lagu. Ambil satu jam,nyanyi lah puas-puas sampai tercabut anak tekak kau. Haha sila ambil bas U90 dari uni :P *diyana n niza,jangan marah aku*
- Bas sentiasa ada. Iaitu rapid KL U90 dan T600. Biasa lau naik U90 ni kalau nak pi klang sentral or nak menghala ke KL. Cuma yang nak ke KL tu nanti sampai PKNS kena tukar bas U80. T600 tu aku guna untuk gi pasar lambak and econsave je. Secret recipe pun boleh. Haha amboi ajar sekali naik bas,baik tak kiteww? haha
- terdapat pelbagai kelab dan persatuan di sini. Ada kelab basikal yang super cool . pergi berbasikal di bukit cherakah and buat macam-macam aktiviti. Sumpah best ! hhaha *promote* keh3 :P
- Boleh buat trip kelas dan minta UiTM tanggung sebahagian perbelanjaan dengan syarat buatlah kertas kerja yang superb best. Tapi tak tahulah time korang nanti ada lagi ke tak macam ni.time akak dlu kelas kitorang trip pergi port Dickson. haha
- minggu haluan destini siswa uitm best jugak ,seminggu kalau tak silap. cuma tak best part dengar ceramah laa #confirmMestiTidoSekali. tak silap ada MDS ni seminggu. sila ready untuk bangun awal dan tidur lambat. biase nye kena pakai kasut sukan untuk elak melecet sebab jalan banyak sangat kan. haha senang2 ready physical and mental. jangan menangis nak balik pulak :P
- kalau asasi sains ada 4 subjek iaitu mathematics,biology,chemistry and physics. kalau asasi kejuruteraan diorang ambil computer *kot .yang pasti memang bukan biology.lupa nak tambah , ada 2 tambahan matapelajaran iaitu BEL and CTU . kira macam agama and English laa. english ni tujuan dia untuk persediaan kita ambil test MUET :) tengok macam sikit , tapi tunggu da belajar nanti,sikit tak sikit . hehe :P pembelajaran ada di dewan kuliah (DK) dan bilik tutorial serta makmal. time tutorial tu selalu yang macam latihan-latihan yang akan diberi oleh tutor lah. kalau boleh time tutorial ni fokus penuh and rajin tanye eh :) kalau kat makmal tu nanti buatlah experiment.biase nanti lecturer tu dia bahagikan lah group. depends on lecturer nak buat macam mana untuk bahagikan group korang. kalau tak datang melebihi sekali akan diberi warning ye #KalauDitangkap :)
- kalau tak nak belajar pun takpe,takde orang nak paksa or marah . tapi ingat ye , kalau tak belajar awak lah yang akan menyesal di kemudian hari :)
- jauh dari kesibukan kota . yelaa PALAM ni memang macam terpencil sikit , tapi bagus lah. kalau nak keluar pi KL pun fikir 2 3 kali sebab malas nak duduk dalam bas tunggu jammed. haha:D and kalau nak belajar pun suasana best,tenang,damai :)
- bangunan lawa-lawa. landskap cantik and cool :) again boleh buat photoshoot. haha:P
- ada 2/3 mesin basuh untuk setiap bangunan blok. guna duit syiling okay :) basuh tangan pun boleh sebab kat rumah ada tempat nak basuh baju :)
- 2 bilik air and 1 bilik mandi untuk setiap rumah. maka ,tiada lagi hari stress untuk menunggu orang habis mandi . haha:D cuma time MDS tu laa macam busy sikit.
- isnin dengan selasa kena pakai pakaian formal okay . perempuan baju kurung laa. lelaki biasenye pakai kemeja dengan tie cuma hari jumaat tu lelaki boleh je pakai baju melayu :) hari lain bebas tapi MESTILAH SOPAN dan TAK MENCOLOK MATA. please =='
- ada kolam ikan yang besar . haha kadang2 kitorang pi bagi makan ikan kat kolam ,ikan tu banyak sangat .
- time bulan puasa nanti boleh iftar (buka puasa) ramai-ramai. dengan housemate,dengan schoolmate ,dengan classmate,dengan BFF. amboi,banyak siri iftar aku . haha:P solat tarawih berjemaah kat RSU (ruang solat utama)
- sementara nak tunggu masuk lecture hall ke apa,ada bilik untuk mengulangkaji pelajaran . so , boleh laa dari membuang masa,gi revise sikit2 :)
- ada serangga ni famous dengan nama charlie. haha serangga ni bisa sikit so hati2 lah. kalau boleh malam tutup tingkap bilik :) *sebab ni pun loving kah? haha but u guys dont worry too much lahh sebab akak dah duduk setahun takde apapun. just be aware lah okay :) and jangan buat lawak antarabangsa taknak masuk palam sebab charlie. haha:D nak tahu apa charlie? tekan SINI>>
- paling major KAWAN :) classmates,housemates,roommates semua tu menjadikan life kita enjoy di sana ! yelaa,kalau tak pandai kawan,susahlaa nak buat semua kerja and tugasan yang diberi.nak study pun tak tenang :)
okaylahh , kalau ada lagi akan diupdate. ni yang terlintas kat kepala eden jaa buat masa ni . haha
p/s : kredit pada nur izzati adli , athirah , google and diri sendiri untuk gambar . haha :)
PEN-OFF

































.jpg)























