Pages

Showing posts with label ibubapa. Show all posts
Showing posts with label ibubapa. Show all posts

jangan abaikan ibu bapa kita .

Friday, July 27, 2012

Assalamualaikum and hello :)



hah , macam dekat seminggu je aku tak update blog kan . niat di hati membuak-buak nak tulis blog , tapi , tapi tak mengizinkan *ececece*




korang pernah kan dengar radio sinar ? alaaa , tipulah tak pernah dengar . radio retro nombor satu kat Malaysia tu *suka hati aku je bagi rank* . pernah tak dengar iklan depa yang seorang ibu telefon merayu meminta anak-anak dia pulang rumah ? aku dengar adoi sedihnye .



mana tak runtun hati dengar suara sayu macam tu ,aku rasa aku macam nak pergi peluk serta-merta juga kalau betul ada makcik merayu macam tu .huhu



kita selalu tengok dalam drama dimana bila anak2 dah berjaya , mereka lupakan ibu bapa mereka . aku harap aku takkan jadi seperti golongan macam tu . kalau boleh aku nak berbakti cukup2 pada parents aku even aku tahu sebanyak mana aku berbakti takkan setanding dengan apa yang diorang dah curahkan untuk aku #SoTrue



sumber : google

so aku harap , kamu2 semua di luar sana termasuk tukang post ni jugak , tolonglah jangan sekali-kali mengabaikan ibu bapa . biar seburuk mana ibu bapa , mereka lah ibu bapa kita selama-lamanya, takde gantinya . selagi depa ada , sayangilah depa ,hormatilah depa. time puasa2 ni , jenguklah depa , depa tu nak sangat berbuka puasa dengan anak2 ramai2 *macam nenek kita*.




yang duduk jauh2 tu , telefon lah depa . dengar suara pun dah bole gembirakan hati mereka .tapi kalau jadi macam aku , hari2 telefon parents masa duduk palam dulu , mama aku cakap "ni dah kenapa telefon hari2? bazir duit je" . aku yang dengar ni sentap ==' haha




kalau parents dah meninggal dunia , sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka , jadilah anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka , berbuat baik kepada rakan-rakan mereka.



okaylah , tu pun peringatan untuk diri sendiri tu .



selamat berbuka puasa ye nanti kawan-kawan :) hehe


PEN-OFF

mampukah aku ?

Tuesday, July 3, 2012

Assalamualaikum.


saja nak meluahkan isi hati di sini .



ehem , usai solat maghrib berjemaah dengan parents tadi , seperti biasa aku akan bersalam dengan parents and cium pipi mama . memang habit aku macam tu sebab aku rasa bahagia dapat cium mama aku .



and peliknya 2 hari berturut-turut ni , selesai je solat berjemaah and aku cium pipi mama aku tu, ayah aku bertanya soalan yang sama , "eyja sayang mama ke? kalau mama dengan ayah takde macam mana? eyja boleh ke jaga adik2?"



aku terdiam , tak mampu nak jawab apa-apa . dengan selamba aku bergurau konon2 menangis di hadapan parents aku . "wuuuwuuuuwuuu" begitulah gayanya . parents aku kata "mengadalah , melawak pulak"




sebab apa aku melawak ? sebab aku nak redakan rasa tak senang hati aku dengan soalan ayah . aku rasa sedih bila dengar soalan ayah tu . rasa sebak yang tak terucap.



mampukah aku terima semuanya? sebagai anak sulung,mampukah aku jaga adik-adik aku sebagaimana baiknya ayah dan mama menjaga kami semua? mampukah aku nak uruskan hal keluarga? mampukah aku nak mendidik adik-adik aku? aku tak dapat nak imagine semua tu . demi Allah , aku tak tahu sama ada aku kuat atau tak. *terdetik aku di dalam hati*




semoga Allah melindungi keluargaku dari segala kesulitan dan kesusahan . lindungilah mereka Ya Allah , merekalah kekuatanku di dunia ini . tiada siapa dapat menggantikan mereka :'( semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan untukku.





"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu..."

(Surah Al-Israa', ayat 23 dan 24)



"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’."

(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)



p/s : hargailah mereka selagi hidup di dunia ini .



PEN-OFF




Made With Love By The Dutch Lady Designs