Pages

Showing posts with label teknologi terkini. Show all posts
Showing posts with label teknologi terkini. Show all posts

mungkin tiada lagi kesesatan.

Monday, July 2, 2012

Assalamualaikum and hello :)


ehh kebelakangan nih rajin pulak aku blogging ek . demam apakah ini?
haha gasak lerrr . aku rasa ni akibat lama sangat duduk rumah cuti , naik bosan . haha tulahhhh , nenek ajak keje kat kedai tak nak , konon nak bermanja lebih dengan parents sebelum sambung degree . hahah:P



okay , back to the topic .



korang pernah tak nak jalan pi rumah saudara-mara selalu aje sesat ? padahal macam dah pergi banyak kali , tapi asyik sesat aje . haha masa ayah eyja nak hantar eyja pergi uitm puncak alam dulu , sampai kena upah teksi bayar RM50 semata-mata nak tunjuk jalan pi sana . padahal kereta semua ada dah . cuma jalan aje tak tahu =='



lepas tu nak pergi lagi sekali pun macam bercinta sebab sesat aje kerja . maka ayah eyja membuat keputusan beli GPS . what is GPS ? haha GPS atau nama panjangnya Global Positioning System ialah sistem pengemudi satelit yang akan menunjukkan arah jalan pada pemandu . ni apa yang eyja faham dan ringkaskan ajela. selebihnya nak tahu , silalah google . haha



so , ayah belilah GPS jenama Garmin memandangkan dia pun selalu jugak out-station . sedikit sebanyak membantu jugalah untuk sampai ke destinasi yang nak dituju. so far , GPS Garmin ni memang cool and okay . Alhamdulillah laa setakat ni semua tempat yang nak pergi ,semuanya selamat and berjaya sampai . and biasa nya GPS ni akan tunjukkan peta jalan yang paling mudah untuk kita sampai cepat . yang eyja paling kagum , boleh pulak GPS ni siap tunjuk depan jalan tu ada seekor anjing tengah duduk tepi jalan ==' . betapa dahsyatnya teknologi sekarang . haha



eyja rasa alat GPS garmin ni memang sesuai lahh untuk orang yang susah nak ingat jalan sebab contoh kalau kita dah pernah pergi tempat tu sekali , kita boleh save terus tempat tu . so bila nak pergi next time terus ikut jalan sama aje . hehe maka kalau nak pergi rumah bakal mentua , boleh lah terus save alamat diorang supaya mudah nak pergi lagi sekali semata nak ambil hati . konon nak jadi menantu yang baik . #eh



GPS garmin ni sentiasa update sistem dia so kalau ada jalan baru , depa akan masukkan dalam sistem . so far memang good GPS laa . harga dia tak sure sebab ayah beli time tu ada promosi . haha saja suggest and share benda yang okay kan .daripada bazir duit minyak asyik sesat aje , beli GPS Garmin sekali boleh kurang kesesatan dan pembaziran minyak .


main singer vasquez sound : she is really a good singer. hee  #iklan


hahah and sikit masa lagi aku boleh jadi duta GPS jenama Garmin ni . kahkahkah . nak tahu info lebih lanjut , BACA SINI >>>>>


p/s : ehh kalau kesesatan daripada norma-norma kehidupan , GPS GARMIN ni tak boleh tolong . maaf . kekeke:P


PEN-OFF








Kagum dengan kanak-kanak sekarang =='

Sunday, July 1, 2012

Assalamualaikum and hello :)


harini hari ahad kah? okay , soalan BIJAK habis =='
abaikan abaikan . *budak ni takde idea tu nak buat intro,kahkahkah*


apa itu definisi bagi kanak-kanak? or children ? kekeke kanak-kanak ialah sebiji bola ==' .okay silap . ibarat sebiji bola. kita tendang dia ke depan , dia ikut . tendang kekiri pun dia ikut . kalau kita salah bagi bola kat pihak lawan,maka masalah akan berlaku , kebarangkalian pihak lawan menjaringkan gol adalah mudah . hahah cehh mentang2 tengah musim EURO 2012 kan , mengada habis kan nak perbandingan pun dengan bola . hahah



ampa sokong sapa ? SPAIN kah ? ITALY kah ? aku nak sokong SPAIN ! yeahhh! #eh tetibe padahal tak follow ponggg. kahkahkah:D



suatu contoh paling dekat sekali ialah adik aku khalisya . umur dia baru je 3 tahun lebih . perghh ! cara dia main handphone touch screen sony mama aku memang aku rasa tak boleh blah ! ciskek . siap main edit2 gambar lagi , mana gua tak panas je tengok . hahah



lepas tu dia boleh bukak laptop dengan mudahnya semata nak tengok video lagu korea . padahal kitorang tak pernah ajar pun . maybe dia selalu curi tengok kitorang bukak laptop camna kan . shut down pun tahu lagi . untuk budak umur 3 tahun lebih tahu benda2 camni , aku rasa kagum jugak Y___Y



mana aku tak kagum ? zaman aku dulu umo 3 tahun , perghh laptop , handphone touch screen ni semua even handphone 3310 boleh baling anjing tu pon aku tak kenal .mungkin yang aku kenal telefon rumah yang segi empat tuh . lepas tu pegang telefon tu kena marah , takot aku telefon bomba ke polis ke apa . haha



khalisya ni tak boleh blah siap buat ala2 hipnosis dengan mama aku nak mintak ipad . MINTAK IPAD TAHU! kepala aku berasap je dengar . hahah budak2 sekarang dah bijak ekk . dulu permainan aku apa je , ting ting , ceper , batu seremban , main polis and thief . hamboihamboi . bila menang and pandai main , kira dah jaguh habis laa time tu .



lepas tu bila bercakap word yang dia gunakan semua nak ayat macam buku aje . haha ujikaji lahh , nak cari maklumat lah . aku rasa time kecik dulu aku tak tahu pun apa benda ujikaji maklumat semua tu . paling tak boleh blah ada sekali khalisya cakap kat aku camni , "jangan risau kakak eyja,mama akan buat yang terbaik" . hahh ! ni budak ke orang tua ni? mulut memang pesen orang tua adik aku nih =='



budak sekarang main psp,blackberry , laptop semua . alahai , mencik betul ! time exam nak mintak yang grand aje . aku ingat dulu time kecik2 masa umur 6 tahun kalau result exam baik mama aku belikan sepit rambut je . masa tu dapat sepit ke cekak rambut , gembira nya ibarat kera mendapat bunga #eh bantai aje aku ni =='



ada sisi positif and negatif nya . kalau kita pandai mendidik budak guna benda2 tu buat belajar , okay jugak kan ? contoh game angry bird tu boleh belajar pasal projectile motion , jadi pintar physics pulak . alaa , rasanya sekarang dah banyak e-learning kan , kena pandai guide lah . asal depa tak leka sudah lahh :)




PEN-OFF



compact and daring :)

Thursday, June 28, 2012

Assalamualaikum and hello :)


hehe harini tiba2 rasa nak blog . selalu aku bukannya istiqamah nak blog hari berturut-turut , lepas tu failed pulak tu buat introduction . rasa nak lempang diri sejak dari sekolah lagi sebab selalu failed buat intro. mencik ! Y___Y



okay okay ,
sekarang nih aku tengok teknologi semakin berleluasa. ahh gasak ayat aku sesuai ke tak . hahah aku ni suka jugak tengok handphone2 terkini . time dulu2 handphone bukan main besar gedabak , siap boleh baling anjing gamaknya kalau kena kejar . tapi sayang jugak kan kau nak bagi anjing jamah handphone kau . hahah:P



handphone 1st aku dapat time form 1 sebab dapat upsr 5A kan .time tu handphone hitam putih je , rasa macam bergaya ahh pakai phone kan. lepas tu tengok mak aku tukar pakai phone kamera , aku pujuk mak aku nak jugak . haha handphone lipat ada kamera , memory phone je ada and nak transfer guna infrared. kahkahkah.



bila zaman bluetooth pulak , aku dapat handphone bluetooth time form 4 konon hadiah PMR 8A. tapi sebab aku stay asrama , maka handphone aku jahanam dikerjakan adik kesayangan aku. toce toce *ciskek* =='



bila nak masuk asasi , aku macam kena kejutan budaya sebab semua dah main pakai handphone touch-screen semua , android lah apa lah. haha tapi ada jugak yang saiz besar . besar2 sangat pun aku rasa susah pulak aku nak bawak kemana-mana .



maka ,aku terjumpa HANDPHONE SAMSUNG MINI 2 . perghhh , daring and sexy boleh tak ! hahah sebab warna dia ada warna kuning and aku rasa handphone tu tersangatlah comelnye sebab handphone tu even kecik , tapi compact wohh feature dalam dia . boleh letak dalam poket je . takyah susah2 nak letak dalam beg ke apa memandangkan kes ragut sekarang dah banyak. lepas tu aku pulak pesen suka nak tangkap gambar , camera pun lawa maa. the display sharper and larger , sedap mata memandang .memang smartphone yang best lahh .



kalau aku ada rezeki , aku nak grab SAMSUNG MINI 2 , boleh bawak pi mana2 . hehe :P


mungkin kalau aku dapat samsung mini 2 , reaksi aku akan jadi macam kim jong kook nih . haha:P



PEN-OFF
Made With Love By The Dutch Lady Designs