rasa macam rimas je dok rumah kan .
yelaa,keje hanya online dan melihat isu perkembangan semasa di samping buat aktiviti sebagai seorang anak yang taat . hewhewhew =='
buka tab,tutup tab. penat.
sumber : google
kanak-kanak. comelnya mereka.kalau boleh nak jadi macam mereka je,comel,gembira,innocent,hanya berada dalam dunia mereka je.
mereka tidak tahu apa-apa. masih lagi ibarat kain putih,bersih ,tiada kotor padanya. Mereka ni kalau dibentuk dari kecil dengan nilai-nilai yang baik,insyaAllah kelak dewasa
mereka lah yang akan berjaya mencorakkan negara pada masa hadapan .
takkan sejak dari kecil mereka sudah harus melihat semua yang berlaku ni?
kasihannya mereka.
tidak seharusnya mereka melihat perkara-perkara tu.takut kelak bila mereka dewasa,perkara-perkara sebegini menjadi suatu kebiasaan buat mereka. saat mereka menginjak dewasa,pasti mereka akan berfikir "orang besar dulu bole buat,takkan aku da besar tak boleh buat?"
kolotkah aku berfikiran sebegini?
semoga dewasa kelak kamu bakal menjadi seorang yang disegani dan dihormati .
dan bila suatu masa nanti,saat saya menutup mata ,saya masih lagi berada di tanah yang aman lagi damai :')
Ya Allah,perkenankanlah doa hamba-Mu yang penuh khilaf ini :'(
p/s : pada hari esok akan bertolak ke Sek. Men. Sains Batu Pahat (SABAPA) sebagai sukarelawan pendaftaran pelajar memandangkan SABAPA ni sekolah baru. semoga selamat perjalanan pergi dan balik .
PEN-OFF
