Pages

Persediaan majlis bertunang

Wednesday, January 6, 2021

 Assalamualaikum


haa kali ni nak menulis dalam Bahasa ibunda lah, lama tak menulis blog ni yang panjang-panjang. marilah kite throwback cerita lamaaaa duluuuuu masa aku bertunang. so basically aku and suami bertunang pada 7 Julai 2018. aku rasa proses nak bertunang aku sangat-sangat lah dipermudahkan ye. rasa macam smooth je semua, Alhamdulillah. Suami aku balik dari Germany bulan 2 terus masuk kerja bulan 3 then kitorang terus decide nak tunang raya tu taknak tangguh-tangguh, and alang-alang tu ayah aku boleh buat open house raya sekali. 


teringat lagi sebelum nak tunang tu, mak mertua aku pula call aku betul ke serious nak kat anak dia hahah ayah aku chill je tak call suami aku mana aciii hahah ayah aku punye chill tu malam sebelum nak tunang baru nak tanya aku serious ke nak tunang. apuuuu ayah ni pun esok nak tunang dah kot baru nak heart to heart session hahah khemah dah terbina dah kat depan rumah tuuu hahaha


so kalau tanya apa aku prepare, rasa takde la prepare besar-besar sangat:


mekap tunang-sendiri pastu ade lah juga si elly touch up kan sebab tertebal pulak kening aku buat hahah

pelamin- DIY sendiri, just sewa barang je dari instagram. yang aku sewa ni masa tu murah amat baru RM200, gigih bawak dari JB balik mersing hahah

barang hantaran-sendiri gubah. hantaran pun yang simple-simple je. cuma kos nak beli bahan gubah tu yang banyak. tapi okay je sebab boleh repeat pakai masa kahwin nanti and sampai ke adik-adik boleh pakai dulang tuu. jimat adik-adik aku nak kahwin nanti hahah

khemah sewa sebuah je untuk jamu orang makan. lauk ayah aku upah orang masak je untuk 150 orang makan tak silap. and ayah aku pun tambah lauk sikit, ibu yang masakkan. 

bunga tangan-buat sendiri, beli kat kaison lepas tu terus combinekan gitu je hahah

baju tunang-beli baju kurung RM150 yang ada manik-manik simple tu, boleh ulang pakai lagi so takde la rasa membazir.

gambar-adik ipar aku ambilkan and kamera sesiapa yang ada. hahah



Suami aku pula just prepare barang hantaran dia and dua bentuk cincin merisik dan tunang. masa ni zaman emas tengah murahhhh wehh. sila lah beli dari awal ye barang kemas ni, jimat duit korang, harga emas makin naik sobs. 


tu jelaa rasanya preparation tunang aku. Bagi aku cukup simple dah kot sebab aku memang da combine buat untuk open house raya alang-alang. so takdelah rasa membazir ke apa jamu orang makan insyaAllah murah rezeki.


masa proses pertunangan tu, Pak ngah aku jadi wakil aku tukang bercakap. selalu diorang bincang pasal tarikh bila nak buat majlis, lepas tu bincang hantaran, bincang emas nak serba satu ke serba berdiri ke apa tu, aku pun tak ingat dah hahah lepas tu settle habis bincang terus panggil aku untuk sarung cincin tunang. then bergambar, tetamu menjamu selera lepas tu bersurai. nak raya sambunglah raya makan kuih raya hehe


okay nak share gambar masa bertunang tu.



Family suami aku.


Ayah, Pak ngah and arwah cik amir.


dah jadi tunangan orang masa ni hihi


thank you korang datang tolong apa yang patut.


Thank youu kak tati datang memeriahkan majlis


hantaran aku yang warna merah silver tu, hantaran suami warna kuning cair. hantaran ku terasa kerdil ye di sebelah hantaran suami ku, mak mertua aku pandai gubah hahaha


ayah and ibu


dengan bakal mak mertua masa ni hihi


dengan tunang sayaaa yang sekarang ni da jadi suamipun tapi aku lambat update blog hahah

aku di hari pertunangan cewahhh hahahah


Okayy tu jelaa nak share, byeee.


No comments :

Post a Comment

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs