Pages

Idea hadiah perkahwinan 2019

Friday, June 21, 2019

Assalamualaikum.


hi, lama dah bersawang tak update blog ni. hahah sekarang ni eyja kat Germany, buat research attachment kat sini. so far everything is fine. tapi nantilah cerita pasal germany hahah. so sekarang ni tengah musim kenduri kahwin kan. kawan rapat eyja tahun ni ramai gila yang bakal menamatkan zaman bujang.


so yang nak ke kenduri ni mula lah terfikir nak bagi hadiah apa ehh. so kat sini eyja nak share dengan korang hadiah yang maybe boleh diberi untuk perkahwinan kawan2 ke, adik beradik atau saudara mara.


ini antara hadiah yang eyja pernah bagi kat member eyja nak kahwin:

1. Photobook

Ini eyja bagi pada kawan eyja, elly untuk one of hadiah perkahwinan dia. kebetulan kitorang buat prewedding session photo sama2 so eyja ada copy gambar prewedding dia. so eyja terfikir why not eyja bagi photobook compilekan gambar2 tu. Eyja pun memang suka benda2 nak edit camtu hahah. So eyja buat kat PHOTOBOOK MALAYSIA through SHOPBACK. Nak tahu shopback tu apa tekan SINI>>





2. Cadar/Toto/Comforter

Ni pun eyja suka bagi sebab rasa macam cantik je cadar boleh buat tukar2. Kadang2 eyja cari je kat lazada, quality pun okayy


3. Baju tidur

Yang ni eyja suka bagi kat kawan yang rapat2 sebab tahuuu diorang malu nak beli sendiri. hahah and usually diorang memang akan sangat appreciate bila dapat hadiah ni hahaha


4. Set pinggan/mangkuk/sudu/gelas/pisau

Ini common orang bagi kann. practical jugak sebenarnya sebab orang baru nak membina rumah tangga gittew banyak barang takde lagi.


5. Hairdryer

Ini eyja bagi sebab ada kawan eyja cakap penting hairdryer baru lepas kahwin ni. tak tahulahh kenapa ye.


6. Spice jar

Yang ni pun cool, eyja suka kalau dapat ni bole asing2 letak spice, garam, gula semua tuuu. takdelah tercari2 sangat.


7. Gift card IKEA/ any other gift cards.

Ni pun cool kalau dapat, biar newlyweds sendiri decide diorang nak beli barang apa untuk keperluan rumah diorang nanti.


Rasanya itu jela kot so far yang eyja rasa nice untuk bagi. Kalau next time ade lagi eyja update.



Byee~

2 comments :

  1. Asslm..Maaf kak tnya..ada x fb@emel utk hubungi kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. U can contact me at eyjalukman@gmail.com

      Delete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs