Pages

The end of my Ph.D journey in Biomedical Engineering

Thursday, October 6, 2022

Assalamualaikum everyone.


Let’s keep one of the most valuable experiences in my life here, anyway it is quite late *read: very* for me to update here because I had my convocation session in last May hahahahah


In the Name of God for Mankind.

Finally I have completed my Ph.D journey. Alhamdulillah for all the favors and tests throughout the journey! wehhh tak sangka dah habis PhD tauuu T______T




Thank you so much for the awards given, SKBSK. Indeed it was a tough journey and sometimes a bit lonely, full of bumpy roads *crying*. But I am so glad I found the best supporters throughout the journey. The struggle is real but so are the blessings. 







This would be impossible without the guidance of my amazing supervisor, Dr Syafiqah, thank you for all the knowledge and advice :) Thank you to my family for all the support and love (especially ayah and my husband for always being my best cheerleaders, and nagging too hahahah), my labmates who always helping me whenever I stuck on research to find the solution and all my precious friendssss (especially elly and shuhaaa for always being there, discussing our research walaupun macam ayam itik discuss tak faham pape sebab bidang lain-lain hahaha). and also big thanks to Tan Sri Ainuddin Wahid Scholarship for sponsoring my Ph.D studies and to all people who may indirectly involved in my journey. Let me share some of photos during my convocation day.






















I believe if my late mama was here, she will be the happiest person ever to see my achievement (there was a time when I got 4.00 during my undergrad, she cried a bucket wehh hahahah) haihhh I miss her so muchh, may Allah reunite us together in a beautiful place insyaAllah.



Dr. Siti Khadijah Binti Lukman

Doctor of Philosophy Biomedical Engineering


Pengalaman bersalin musim covid 2021: Part 2

Wednesday, March 9, 2022

 Assalamualaikum hiii,


Berkesempatan juga eyja nak menaip untuk part 2 nih. okay without any delay jom baca next stories


31/3/2021

Kitorang sampai kat hospital pukul 6 pagi, so suami eyja pun drop kan eyja kat depan tempat nak masuk tu, rasanya nama PAC kot. so macam biasa lah nurse akan saring tanya kita ada contact rapat dengan pesakit covid ke apa. Please lah masa ni tolong lah jujur ye sebab kalau awak tipu, awak akan membahayakan semua ibu-ibu dalam tu tau termasuklah frontliners #pesanankhidmatmasyarakat. masa ni eyja memang dah sakit contraction tahap menggigil dah, pastu nurse boleh tanya "sakit sangat ke?". padahal before tu da habaq mai dahh eyja sakit. then baru dia ambil kerusi roda tolak eyja masuk dalam. masa ni memang dah tak jumpa suami tauu huhu nasib bersalaman nak turun tadi.


 nurse pasang CTG dalam setengah jam macam tu kot, then dia datang tengok contraction eyja kuat, dia check rupanya bukaan dah 4 cm. nurse kata macam cepat je bukaan awak ni, so terus nurse suruh naik kawasan tempat menunggu labour room tu. masa ni eyja duduk je pejam mata baca zikir nabi yunus tu banyak kali. Tarik nafas hembus banyak kali menahan sakit, memang takde nak tengok orang sangat pun. pastu pukul 9 pagi nurse suruh baring kat katil sebab nak check bukaan lagi sekali. tengok2 eyja dah 6 cm dah bukaan so dia suruh rest dulu kat katil. 


then dalam pukul 9 lebih almost 10 pagi kot, air ketuban eyja dah pecah. uishh gabra tauu tak sangka banyak gitu air ketuban pecah memang lencun habis hahah eyja ingat air ketuban tu macam sikit2 je. terus jerit panggil and doktor check dah masuk 7 cm bukaan eyja. so terus lah diorang tolak eyja masuk labour room. Masa ni rasa lama sangat masa berlalu tauu, maybe da sakit sangat kot so rasa macam tak sabar cepat lah habis. rasa diorang check seluk tu da berapa kali dah macam tak kisah dah sebab sakit contraction tu lagi kuat. cehh tapi tu pun eyja ada termarah juga macam Doktor HO kot dia seluk pastu duk terkial-kial nak agak dah berapa cm, eyja cakap "apa lama sangat check ni?". hahaha sorry ye doktor, saya tengah sakit so jadi annoyed kena seluk lama2 hahah.


then macam ada pakar kot check lagi tengok dah start bukaan 8 cm, dalam hati ya Allah bila nak 10 cm ni. sebab selagi 10 cm tak boleh push tauu, nanti takut baby hentam kepala kat tempat nak keluar tu. oh ye diorang check swab test juga time ni, nasi eyja negatif. so masa tunggu ni memang mampu berzikir selawat syifa semua lah doa keluar. yang bagusnya ada nurse ni paksa eyja telefon suami tau. eyja masa tu taknak sebab rasa tak larat sangat, tapi nurse paksa suruh minta maaf hahah. so memang eyja call kejap jela bagi puas hati nurse tu hahaha eyja literally call cakap "awak, nak bersalin dah ni, sy minta maaf ye, okay bye" hahaha suami eyja tak sempat cakap apa pun lol. 


dalam pukul 10.50 macam tu bukaan dah 10 cm. so semua nurse and doktor dah ready. diorang jerit " pushhh pushhh ibuuuu". ingat tauu masa contraction paling kuat tuu kena push paling kuat sekali. bila takde contraction curi nafas rehat kejap then sambung balik pushh. tapi tengok tutorial orang ajar macam senang kannn, haaa hakikatnya eyja almost give up nak push dahhh huhuhu eyja ingat lagi eyja cakap eyja dah tak larat nak give up dah, pastu nurse kata jangan ibu, kepala baby dah nampak dahh. doktor terpaksa gunting sikit nak bagi senang keluar. boleh dengar bunyi PRAPP gunting tu, tapi masa tu tak rasa sakit sebab gunting tu pun. nurse pun macam tolak-tolak around vagina kita tu bagi senang baby keluar. rasa nak nangis tauu bila tengok ramai yang cheers untuk kita pushhh. eyja rasa ada lah dlm 6-7 orang kot dalam labour room tu, ke lebih lagi. 


then 11.15 pagi keluarlah permata hati mama and daddy, baby girl mama Hasya Inara. masa ni memang tak sedar apa dah macam mamai masa nurse tunjuk baby tuu. eyja takde memori tengok muka baby, nurse tunjuk kemaluan dia je bagi confirm baby girl. diorang nak bawa rushing keluar sebab rupanya baby dah terberak and dia tak nangis sangat. maybe sebab faktor eyja lama sangat teran kot. so baby kena bawa NICU untuk bagi oxygen. ni semua husband yang inform sebabnya eyja tak jumpa baby langsung pun lepas bersalin. Esok nya baru boleh jumpa sebab eyja tumpah darah masa bersalin, HB drop banyak juga. 


bukan setakat baby, suami pun eyja jumpa esok nya juga. Ingatkan suami boleh naik jenguk, rupanya tidakk ye puan-puan. so kita memang berseorangan sakit lepas battle nak keluarkan baby tu. Allahu dugaan betul bersalin masa musim covid ni. memang kena independent buat sendiri. masa ni rasa sedih sangat sebab bila da stabil baru nurse akan bawa keluar dari labour room untuk warded. eyja tengok orang lain semua ada baby masing-masing kat tepi. eyja pula baby pun takde huhuhu sebak rasa tau. call husband lepas tu pun nangis kata sakittt, sedihh semua lahh emosi keluar. 


and Alhamdulillah rezeki sangat sebab eyja dapat bilik dua orang which is more privacy. senang nak pergi toilet tak perlu berebut huhu eyja ingat suami yang minta tapi tak rupanya. memang rezeki ku lah. esoknya first time jumpa baby, auto air mata jatuh oiii. nangis yang macam sebak dada tuu hahah apa-apapun dah selamat semuanya. and sekarang sedar tak sedar almost nak setahun dah eyja bersalin hahah baru habis mengarang kat blog. banyak je lagi cerita lain tapi nantilah dulu sambung hahah


okayy byee



Pengalaman bersalin musim covid 2021 Part 1

Wednesday, September 22, 2021

 Assalamualaikum


harini da almost 5 bulan lebih eyja bersalin . wahh tak sangka cepat betul masa berlalu tauu. rasa macam baru je bersalin dok push struggle nak keluarkan baby. hahah eyja bersalin pada 31/3/2021 di hospital kerajaan. sepatutnya eyja bersalin pada 9/4/2021 tapi baby nak keluar awal pula hihi


so just nak imbau semula pengalaman bersalin anak first ni buat kenangan, lagi2 pula bersalin time musim covid ni. honestly lega sebab rasa macam well prepared la juga barang-barang untuk bersalin. Ini semua sebab suamiku dah dok bising dua bulan awal suruh packing barang siap-siap. nanti nak bersalin terus capai beg and GO je. tapi isterinya ini sangatlah relax, sebulan sebelum baru kemas semua but consider awal jugak lah kan? :P


29/3/2021 

eyja pergi hospital pukul 8 malam, just walk in je kat saringan depan. masa ni takde langsung pun rasa contraction tu cuma dah keluar darah sikit macam period. memang sikit sangat tapi sebab nurse remind repeatedly darah keluar je terus pergi hospital, maka eyja pergilah juga ke hospital. Sampai kat hospital diorang check CTG and then proceed Dr check ada bukaan atau tak. 

Masa ni first time rasa feeling diseluk bukaan tuu sakit oiii. ahhahaha first seluk tu macam HO kot yang check, dia check pada eyja okay la lembut je walaupun still sakit hahahaha. Pastu MO dia nak double confirm betul ke tak dia check tu, haaa yang tu sakit wehh sebab dia bercampur dengan sakit hati dia tak warning pun nak seluk tetibe terus tangannya seluk. jerit kuat terus sis :'( terus whatsapp suami eyja mengadu sakitnya kena seluk tuu nak nangis rasa mental breakdown jap. hahahah masa tu fikir eiii napa eyja yang kena rasa sakit ni, suami boleh relax je hahahaha so Dr pun suruh la balik sebab tiada bukaan lagi.


30/3/2021


hari eyja berlalu seperti biasa sampai lah lepas maghrib, darah tetibe keluar banyak and disertai rasa contraction, tapi masa ni takde rasa sangat contraction tu. dia macam rasa tak rasa, faham tak. hahah so eyja macam decide okay kite pergi hospital. sampai kat hospital check CTG semua elok, sampai lah part seluk Dr check bukaan dah 2cm. Dr tanya eyja ada rasa sakit tak, eyja kata takde rasa sakit pun. so Dr decided suruh eyja balik rumah dulu rehat kat rumah je memandangkan hospital akan warded only bila bukaan dah 3cm. Dr kata ni anak first so maybe nak tunggu bukaan tu lama boleh jadi seminggu, better rehat kat rumah lagi selesa. eyja pun setuju jelah and gerak balik pukul 1.30 pagi 31/3/2021.


31/3/2021


Elok je sampai kat rumah pukul 2, eyja boleh katakan eyja tenang selama 30 minit je kat rumah. Tetiba datang contraction yang kuat gila, sumpah kuat wehhh tak tahu nak describe. pastu rasa macam nak berak yang berak keras tu, masa tu teringat si umi junior eyja ada cakap kalau rasa nak berak tu memang nak dekat bersalin dah. 

eyja tahan jela memikirkan baru je sampai kat rumah and kesian fikir suami eyja penat tak tidur lagi. so eyja macam tidur yang tak lena asyik terbangun-bangun bila rasa contraction tu datang. suami kata eyja dok mengerang sakit setiap kurang setengah jam tapi eyja rasa macam selang sejam lebih je hahaha :P ishh tapi memang sakit gila serius oii eyja dok ulang sebut Allah banyak kali, suami pun tidur tak lena juga akhirnya sebab asyik usap eyja. 

eyja dari position baring, duduk, tertonggeng semua ada dahh tahan sakit tu. pastu pukul 5 pagi bangun rasa nak kencing tengah2 contraction tu and pergilah toilet. Sekali mak aihh bloody show berketul weh. terus kejut suami kena terus pergi hospital ni. Kang bersalin kat rumah niaya pula.

da la eyja duduk rumah apartment tau, imagine nak jalan pergi lift pastu turun tu ya Allah sakit gila. ada sekali sampai eyja terduduk, tapi gagahkan semangat juga sebab suami bukan larat nak angkat pun hahaha suami eyja mampu bagi semangat je "you can do it baby, jalan slow-slow eh, fikir baby tu". then korang imagine ehh da sampai bawah, EH SUAMI TERTINGGAL KUNCI KERETA pulak. Allahu sis, sabar jela hahahahahahah 

then sepanjang perjalanan eyja memang baca je zikir, doa pastu masa ni memang minta ampun dengan Allah. huhu rasa sakit tak tertanggung sepanjang hidup tauu. pastu geram lagi sebab tanya suami berapa minit lagi nak sampai, dia kata "nak dekat dah sayang, lagi 5 minit je". Hakikatnya aku tertengok kat waze tu lagi 15 minit sis hahahaha


ehh macam panjang pulaa post ni. eyja sambung Part 2 la ehh boleh tak, masa mencemburui lahh. nanti korang jemput baca ehh. nanti da siap post Part 2 eyja letak kat bawah. okay byee


Assalamualaikum.



Made With Love By The Dutch Lady Designs