Pages

Tempat makan menarik di Johor Bahru (Part 1)

Friday, October 30, 2015

Assalam and hi



so basically this is my point of views. I do not know about the others. setiap orang ada pendapat masing2 kan. maka kita start dengan Taman Universiti Skudai dulu sebab aku kan student UTM. tempat aku banyak makan area sini jela hahaha



untuk sekitar Taman Universiti Skudai, aku rasa tempat makan paling best sekali kat kedai Jalan Kebudayaan, Taman Universiti (berdekatan Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4). yang sederet dengan Ateh corner tapi hujung ke dalam. *korang faham tak aku explain? haha* aku rasa situ sedap gila. geng2 aku pun suka makan situ. senang cerita tu tempat wajib kitorang makan laa. hahahaha makan berapa kali pun tak bosan. aku paling suka nasi goreng seafood and tomyam dia. perghh tomyam tu sedap gile kot. banyak isi, sedap pun sedap. sekarang aku tengok banyak kedai buat tomyam lagi banyak serai dari isi dia. ini boleh mendatangkan kemarahan bila kau jadi keje nak asingkan serai dari tomyam tu. urghh aku pernah makan camni. rasa nak marah kot hahaha




next makan kat Ungku Impian. haaa yang ni bila datang sini aku suka betul minum Mango Juice dia. pekat, likat, rasa kaya dengan mangga dalam mulut aku hahaha. camnilah betul buat air mangga. tak macam aku beli mangga kt fesko haritu. da lah mahal lepas tu campur dengan kordial. ini lagi sekali boleh buat marah hahaha lepastu servis dia pun cepat. kat sini aku suka makan nasi putih ayam masak manis dia, terbaik okay. hahaha




kalau nak makan nasi lemak yang sedap, makan kat kedai nasi lemak yang dekat dengan kedai cermin mata Nice, lepas tu ada al-ikhsan dekat2 situ, aku tak tahu la pulak nama kedai tu, tapi takpe nanti aku tambah nama dia ha. nasi lemak situ memang sedap. nasi banyak. lepas tu boleh pilih nak sambal sotong ke, sambal udang ke, sambal kerang ke. harga pun okay lah not bad. hahaha



kalau untuk makan tengahari pula, aku suka makan kat kedai makjah, deret dengan kedai alat tulis rainbow. lauk pauk dia semua best2, aku suka sambal tomato dia alahai sedapnya. sambil taip pun teringat2 hahaha 



lagi satu kedai aku nak cakap aku tak tahu nama dia apa, tapi dekat dengan petronas dengan kawasan2 yang banyak baiki kereta apa semua tu. haa situ kalau aku datang, aku cari lauk masak tempoyak dia. sedapnya tak terkata hahaha lauk pauk dia pun pelbagai untuk makan tengahari. aku tak sure malam buka ke tak kedai ni.



hahah okay tu jela yang paling aku minat kat area taman universiti skudai ni. okayyy tooodleeessss

1 comment :

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs