Sunday, February 14, 2016

Of semester 7 result and the beginning of semester 8

Assalamualaikum w.b.t



hahaha masih tak tidur lagi ketika ini padahal esok kelas pukul 9am kot. relax je aku lepak2 tengok cerita apa semua.


anyway semester 7 dah pun melabuhkan tirai. kelas semester 8 pun dah nak start esok. so here is my result for semester 7. heheh ya Allah Alhamdulillah bersyukur sangat sebab tak sangka diri sendiri mampu capai result ni. sampai menangis kot peluk mama. mama pun join menangis. apa lah dua beranak nih hahaha sungguh tak sangka Allah nak bagi rezeki, merasa aku dapat 4.00. Ingatkan zaman degree ni takkan pernah dapat huhu.




so esok semester 8 which is my final semester pun dah nak start. semoga usaha lebih digandakan kali ni nak dapat first class degree and semoga mampu gembirakan hati ibu bapa. semoga dijauhkan dari anasir2 jahat dan semoga segala urusan dipermudahkan, insyaAllah. so #roadtograduation lah ye kita hahah bye bye!

Sunday, January 10, 2016

hello 23

Assalamualaikum w.b.t


pada 23 tahun yang lepas, tarikh 10 Januari bersamaan hari Ahad jugalah aku dilahirkan. Alhamdulillah harini, 10 Januari dan hari Ahad juga, Allah masih beri kesempatan untuk usia ku menginjak 23 tahun, masih bernafas di muka bumi ini jadi hambaNya.


23,
maafkan aku andai ada salah bicara, kasar perlakuannya sepanjang hidup ini.

23,
halalkan makanan/minuman/barang/ilmu yang diberi.

23,
semoga Allah panjangkan umur, berikan ketenangan dan kematangan dalam diri, dihadirkan orang-orang yang baik dalam hidup, diluaskan rezeki, diampunkan dosa-dosa dan ditambahkan iman.

23,
semoga tahun ini pemilik nama siti khadijah lukman lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


Amiin.



Friday, January 1, 2016

Nur Amirah diculik telah dijumpai.

Assalamualaikum.


tahun lepas, 2015 kecoh and viral di facebook berkenaan kes culik budak perempuan umur 14 tahun nama Nur Amirah. suspen jugak kot sebab siap viral lagi rakaman suara dia dengan kakak dia ke kakak angkat yang dia kena culik dengan van putih on the way nak balik rumah dia.


aku dengan kawan aku beriya bincang and kesiankan kat budak tu. yelaa, katanya nak kena jual kot, mestilah rasa macam simpati kat dia and keluarga dia. siap dah fikir selamat ke budak tu sebab viral kan meluas kat fb macam tu. huhu


tup tup di tahun baru 2016 ni dikhabarkan budak ni sebenarnya tak kena culik pun malah ditemui bersama seorang pemuda di stesen minyak Banting oleh pihak polis. kononnya dia nakkan kebebasan..... hmmm kebebasan ye.......



rasa nak marah pun ada, menyusahkan banyak pihak dik oi. huhu baru umur 14 tahun, da pandai buat cerita kelentong orang apa semua. kite kesian kat family, mak ayah awak. mesti diorang malu awak buat macam ni. awak baru 14 tahun, tak perlu nak kebebasan apa semua. bagi kite, kebebasan kat rumah la yang sebaiknya masa sekolah2 camni.



nanti da dewasa, barulah awak tahu apa itu kebebasan. tak nikmat mana pun dik kebebasan ni, apa-apa pun balik pada Allah, jangan ikut rasa hati, nanti mati. jangan ikut rasa nanti binasa.



tapi apa-apapun nak ucap syabas and tahniah kat rakyat Malaysia sebab menunjukkan anda masih prihatin!


tapi apa-apapun still ada pengajaran pula. perempuan jangan keluar sorang2 takut kena culik, bahaya jugak zaman sekarang ni, jenayah berleluasa, kita tak tahu apa jadi. so kenalah sentiasa berjaga-jaga ye.