Pages

Pengalaman bersalin musim covid 2021: Part 2

Wednesday, March 9, 2022

 Assalamualaikum hiii,


Berkesempatan juga eyja nak menaip untuk part 2 nih. okay without any delay jom baca next stories


31/3/2021

Kitorang sampai kat hospital pukul 6 pagi, so suami eyja pun drop kan eyja kat depan tempat nak masuk tu, rasanya nama PAC kot. so macam biasa lah nurse akan saring tanya kita ada contact rapat dengan pesakit covid ke apa. Please lah masa ni tolong lah jujur ye sebab kalau awak tipu, awak akan membahayakan semua ibu-ibu dalam tu tau termasuklah frontliners #pesanankhidmatmasyarakat. masa ni eyja memang dah sakit contraction tahap menggigil dah, pastu nurse boleh tanya "sakit sangat ke?". padahal before tu da habaq mai dahh eyja sakit. then baru dia ambil kerusi roda tolak eyja masuk dalam. masa ni memang dah tak jumpa suami tauu huhu nasib bersalaman nak turun tadi.


 nurse pasang CTG dalam setengah jam macam tu kot, then dia datang tengok contraction eyja kuat, dia check rupanya bukaan dah 4 cm. nurse kata macam cepat je bukaan awak ni, so terus nurse suruh naik kawasan tempat menunggu labour room tu. masa ni eyja duduk je pejam mata baca zikir nabi yunus tu banyak kali. Tarik nafas hembus banyak kali menahan sakit, memang takde nak tengok orang sangat pun. pastu pukul 9 pagi nurse suruh baring kat katil sebab nak check bukaan lagi sekali. tengok2 eyja dah 6 cm dah bukaan so dia suruh rest dulu kat katil. 


then dalam pukul 9 lebih almost 10 pagi kot, air ketuban eyja dah pecah. uishh gabra tauu tak sangka banyak gitu air ketuban pecah memang lencun habis hahah eyja ingat air ketuban tu macam sikit2 je. terus jerit panggil and doktor check dah masuk 7 cm bukaan eyja. so terus lah diorang tolak eyja masuk labour room. Masa ni rasa lama sangat masa berlalu tauu, maybe da sakit sangat kot so rasa macam tak sabar cepat lah habis. rasa diorang check seluk tu da berapa kali dah macam tak kisah dah sebab sakit contraction tu lagi kuat. cehh tapi tu pun eyja ada termarah juga macam Doktor HO kot dia seluk pastu duk terkial-kial nak agak dah berapa cm, eyja cakap "apa lama sangat check ni?". hahaha sorry ye doktor, saya tengah sakit so jadi annoyed kena seluk lama2 hahah.


then macam ada pakar kot check lagi tengok dah start bukaan 8 cm, dalam hati ya Allah bila nak 10 cm ni. sebab selagi 10 cm tak boleh push tauu, nanti takut baby hentam kepala kat tempat nak keluar tu. oh ye diorang check swab test juga time ni, nasi eyja negatif. so masa tunggu ni memang mampu berzikir selawat syifa semua lah doa keluar. yang bagusnya ada nurse ni paksa eyja telefon suami tau. eyja masa tu taknak sebab rasa tak larat sangat, tapi nurse paksa suruh minta maaf hahah. so memang eyja call kejap jela bagi puas hati nurse tu hahaha eyja literally call cakap "awak, nak bersalin dah ni, sy minta maaf ye, okay bye" hahaha suami eyja tak sempat cakap apa pun lol. 


dalam pukul 10.50 macam tu bukaan dah 10 cm. so semua nurse and doktor dah ready. diorang jerit " pushhh pushhh ibuuuu". ingat tauu masa contraction paling kuat tuu kena push paling kuat sekali. bila takde contraction curi nafas rehat kejap then sambung balik pushh. tapi tengok tutorial orang ajar macam senang kannn, haaa hakikatnya eyja almost give up nak push dahhh huhuhu eyja ingat lagi eyja cakap eyja dah tak larat nak give up dah, pastu nurse kata jangan ibu, kepala baby dah nampak dahh. doktor terpaksa gunting sikit nak bagi senang keluar. boleh dengar bunyi PRAPP gunting tu, tapi masa tu tak rasa sakit sebab gunting tu pun. nurse pun macam tolak-tolak around vagina kita tu bagi senang baby keluar. rasa nak nangis tauu bila tengok ramai yang cheers untuk kita pushhh. eyja rasa ada lah dlm 6-7 orang kot dalam labour room tu, ke lebih lagi. 


then 11.15 pagi keluarlah permata hati mama and daddy, baby girl mama Hasya Inara. masa ni memang tak sedar apa dah macam mamai masa nurse tunjuk baby tuu. eyja takde memori tengok muka baby, nurse tunjuk kemaluan dia je bagi confirm baby girl. diorang nak bawa rushing keluar sebab rupanya baby dah terberak and dia tak nangis sangat. maybe sebab faktor eyja lama sangat teran kot. so baby kena bawa NICU untuk bagi oxygen. ni semua husband yang inform sebabnya eyja tak jumpa baby langsung pun lepas bersalin. Esok nya baru boleh jumpa sebab eyja tumpah darah masa bersalin, HB drop banyak juga. 


bukan setakat baby, suami pun eyja jumpa esok nya juga. Ingatkan suami boleh naik jenguk, rupanya tidakk ye puan-puan. so kita memang berseorangan sakit lepas battle nak keluarkan baby tu. Allahu dugaan betul bersalin masa musim covid ni. memang kena independent buat sendiri. masa ni rasa sedih sangat sebab bila da stabil baru nurse akan bawa keluar dari labour room untuk warded. eyja tengok orang lain semua ada baby masing-masing kat tepi. eyja pula baby pun takde huhuhu sebak rasa tau. call husband lepas tu pun nangis kata sakittt, sedihh semua lahh emosi keluar. 


and Alhamdulillah rezeki sangat sebab eyja dapat bilik dua orang which is more privacy. senang nak pergi toilet tak perlu berebut huhu eyja ingat suami yang minta tapi tak rupanya. memang rezeki ku lah. esoknya first time jumpa baby, auto air mata jatuh oiii. nangis yang macam sebak dada tuu hahah apa-apapun dah selamat semuanya. and sekarang sedar tak sedar almost nak setahun dah eyja bersalin hahah baru habis mengarang kat blog. banyak je lagi cerita lain tapi nantilah dulu sambung hahah


okayy byee



No comments :

Post a Comment

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs