Pages

Jam G-Shock Pelengkap Gaya

Tuesday, October 27, 2015

Assalamualaikum and hiiii!



Sekarang ni pelbagai aksesori yang dijual kat luar sana tu. Rantai, anting-anting, bangle, jam tangan and so on. Mana satu yang korang rasa paling popular? mana satu yang korang wajib pakai? 






Untuk eyja, jam tangan adalah jawapannya! Kenapa? Mari kita tengok.






Dulu jam ni just digunakan sekadar nak tahu masa je. kalau ada exam, nak tengok habis exam pukul berapa. Kalau tengah lecture, nak tahu lagi berapa minit lecture nak habis. Kalau nak pergi dating, nak tengok berapa minit partner kita bersiap hahaha



Tapi sekarang, jam mula mendapat perhatian dan boleh dikatakan menjadi aksesori wajib tawww baik untuk lelaki mahupun perempuan. Sekarang ni kalau tengok kat pasaran macam2 jenis jam ada, lepas tu rekaan pun pelbagai dan menarik, nampak moden seiring dengan trend fesyen terkini.




Jam ni pun boleh tonjolkan penampilan kita. Seutas jam tangan tu boleh buatkan imej kita menarik and bergaya. Untuk eyja, kalau takde jam kat tangan ni rasa macam kurang keyakinan je. bila ada jam pula haaaa jalan pun yakin je, orang pun boleh nampak kita ni professional macam ada imej yang sering menjaga masa *gitu kan* hahahah lagi nak yakin, kenalah dapatkan koleksi jam tangan yang terbaru kat pasaran. Barulah ada style!







Haaa, tambah pula sekarang ni teknologi makin canggih. Beli online pula memang sangat mudah sebab dengan ‘klik klik klik’, TADAAAAA! jam tangan yang terbaru akan sampai kat depan pintu pagar rumah korang, trust me babe because this is my hobby hahaha :P





Lagi best bila jam tangan tu daripada koleksi jam tangan G-Shock terbaru! Jenama ni siapa je tak kenal oii. Pelbagai rekaan terkini dan trendy serta style yang ditawarkan, pasaran pun meluas pula tu. Selalu kalau tengok orang pakai jam ni, rasa macam tertarik je nak tengok, rasa macam orang tu jadi centre of attraction!




Banyak website online shopping di Malaysia ni yang menawarkan koleksi daripada jenama popular ini dengan pilihan yang cukup meluas. Apa yang menarik tentang jenama hebat ini adalah seleksi jam tangan terbaru online mereka hadir dengan pilihan rekaan yang cukup stylish. Ini membolehkan kita menggayakan jam tangan terkini online daripada G-Shock sepanjang hari! Aishh memang mudah lah nak dapat jam tangan G-shock ni melalui online, semudah ABC! 



p/s: Tengok Kemal pakai G-shock jealous jeee sebab tibe-tibe dia nampak hensem *kbai* hahahah

1 comment :

  1. hehe.. bagi lelaki selalunya jam.. tapi ikut masing2 la kan..

    ReplyDelete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs