Pages

kejuruteraan bio-perubatan @ bio-medical engineering UTM

Wednesday, August 12, 2015

Assalamualaikum

First of all nak ucap tahniah untuk adik2 yang bakal menyambung pelajaran samada universiti awam atau luar negara. Akak yang dah tahun 4 ni rasa macam baru semalam je jadi pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan bio-perubatan huehue


Sekarang pun dah tahun empat kat UTM ni.Alhamdulillah so far okay. Almaklumlah banyak juga onak duri dan cubaan melanda diri ni haha


Mesti korang nak tahu kan apa tu kursus ni? Tamak habis jurutera nak medical nak kemain lagi semua sebat haha kalau sedara mara tanya dorang ingat korang doktor je hahah


so basically kursus ni melibatkan anatomi manusia of course, and kita apply kan pengetahuan kite dlm bidang kejuruteraan untuk selesaikan masalah perubatan. Haa macam tulah lebih kurang secara bahasa mudah dan simple nye.


Aku rasa kursus aku ni lebih pada electrical sebab subjek electrical memang sangat banyak. Mechanical, programming tu pn ade. Kalau relate dengan biologi pun dua tiga empat subjek je. Yang lain2 ada tu pun yang macam basic body system yang korang kena faham lah. The rest ialah electrical and mathematics memang kena strong, SERIOUSLY.


for example kite akan belajar pasal teori mechanical yang akan kita apply dalam implant technology. Macam bila nak buat hip implant, kite kena tahu berapa banyak berat, force dan sebagainya boleh ditampung oleh implant tu supaya functioning well dalam badan. and jenis besi implant yang digunakan yang takkan induce toxicity dalam badan kite, etc. banyak lah juga untuk dipelajari 4 tahun ni adik2.


Environment eh? Fakulti kita baru je sebenarnya dibina kat luar UTM tu. Aku antara first batch yang mula study kat fakulti luar. Fakulti memang besar tapi memandangkan fakulti baru so mesti lah ada kurang juga sikit2. Tapi lecturer semua baik2. Korang tanya rajin je lecturer nak jawab taw. Cuma aku awal2 dulu malas sikit la. Noob pun ye gak tak reti nak pergi cari lecturer. Huhu da akhir2 ni baru rasa keinsafan tu muncul.


Haaaa kalau ada nak tanya apa2 tanyalah kat komen. Nanti ada masa aku reply entry lain pulak.

Okayyy byeeeee2


UPDATED 2023:


now, kursus kejuruteraan bio-perubatan ni bukan lagi di bawah fakulti biosains dan kejuruteraan perubatan. Sekarang kursus ni dibawah Faculty of Electrical Engineering, under department of biomedical engineering and health sciences. Hopefully korang enjoy masuk sini nanti okay? :)




32 comments :

  1. first time dengar kos ni.. best tak belajar kos ni? berapa tahun? ^_^

    ReplyDelete
  2. @nusana nosa 91 : best :) 4 tahun blajar.

    ReplyDelete
  3. Dulu saya dapat UTM jugak. Kalau saya accept offer mesti akak jadi senior saya :P

    ReplyDelete
  4. Hii DJ :) thank you for the supportive comments dekat blog, love you too :)

    ReplyDelete
  5. salam, akak. saya lepasan asasi sains uitm. sekarang tgh tunggu result upu 8hb. saya agak interested jugak lah dgn course ni and i put this course as my 3rd choice on my upu application. nak tanya, pointer kalau nak ambil result ni kena brp? im a little bit worried kott2 kalau tak dpt course ni since im much more interested with this course besides other courses that i applied.

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. hi :) macam zaman akak dulu overall pointer 3.89 nak dapat course ni. tapi sekarang tak tahulah sebab tu 4 tahun lepas kan. dengar2 macam requirement dia akan naik lagi. kenapa awak tak letak as 1st choice for this course? anyway all the best,doa bnyak2 okay :)

      Delete
  6. I found a bunch of good articles on this subject here. Thanks!

    ReplyDelete
  7. Kos ni kat utm banyak buat research ke? Memang selalu buat research ke selama 4 thun? Susah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak buat research. Tp degree basically banyak pergi kelas and assignments jee. 4th year nnti baru kite akan buat final year project research kite sndiri.

      Delete
  8. Salam kak, saya nak tanya beberapa soalan. kak tahu tak course ni kat utm kod apa kat upu? Sebab saya cari tak jumpa yg utm punya kat upu. Kak kerja sebagai biomedical engineer ka sekarang? Kerja dia macam mana susah tak nak cari kerja kak. Terima kasih kak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf laaa sangat2 baru akak baca komen ni. hahah reply jela yee maybe helpful for other new-incoming students nanti. kod tak ingat apaa sbb da lama sangat akak tak ingat. sekarang akak further fast track PhD biomedical engineering. In terms of kerja insyaAllah ade je kerja but mostly career prospect will be as service engineer and sales engineer.

      Delete
  9. Assalamualaikum, utk further in this course apa requirement dia, maksudnya kalau ambik matrikulasi kejuruteraan boleh mohon course ni ye? Tq, tanya bagi pihak anak akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. boleh kak, takde masalah untuk mohon course ni. matrik sains or engineering dua2 boleh apply. CGPA should be above 3.80 kalau tak silap saya.

      Delete
  10. Salam kak....anak saya dpt course ni.bru dpt over.prospek pekerjaan utk course ni apa ya.keja kat hospital ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hi, antara prospek kerja untuk course ni akan jadi service engineer medical equipment, ada yg jadi biomedical engineer yg handle medical equipment di hospital, sales engineer, medical product specialist, boleh juga jadi design engineer untuk human bones dan sebagainya.

      Delete
  11. Hai salam Ms, maaf menganggu hehe, wahhh sy ada baca Ms punya previous comment yg Ms further phd in biomed, sy lepasan asasi utm, bole sy tau, lps Ms habis sambung degree , pihak utm ada tawarkan Ms utk Master ke? Sy sbrnya berminat nk jd lecturer di utm, ada tak fast track yg Ms bole cadangkan? Tqsm Ms for giving ur time to read this, I truly appreciate it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zulai, after saya habis degree, pihak UTM terus tawarkan PhD fast track which is you kena dapatkan first class degree to enroll into PhD fast track program. I wish you all the best and let me know if you have any further questions. Sorry lambat reply btw hehe

      Delete
  12. As salam kak nk tanya deg saya dpt course ni then if master saya nk smbung in medical imaging boleh ke ? Bagi akak mana better supposely saya stay in this kind of bidang in master or ikut minat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam hi dear, boleh je klu nk further master in medical imaging asalkan memenuhi admission requirement course tu. if you minat untuk jadi lecturer, it is better untuk stay dalam sama bidang dari degree ke PhD. hopefully jawapan akak membantu. anyway all the best!

      Delete
  13. Saya nak buat projek inovasi antara pihak hospital dan bio medical engineering UTM. Berminat tak? Kindly send e-mail bbhsajb@gmail.com. Thanks. By the way I am a Dr.

    ReplyDelete
  14. Haii akak sya nak tnya course kejuteraan bioperubatan dgn sains bioperubatan ada beza ke?? dengan kalau kita smbung course ni kita boleh apply kerja apa?? huhu sbb sya taktau nk letak mna satu course as 1st choice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anis, kejuruteraan bioperubatan more to engineering courses involving math, electrical, mechanical, etc. and career jadi jurutera atau any yg related with engineering technology, machine development while sains bioperubatan more to life sciences or physiology which relevant to healthcare, this one more to working in lab environment.

      Delete
  15. salam...ank sy baru dpt buat dgree diutm.. sebelum ni diploma di polytech dlm biomedic... sy nak tanya sukataan pelajaran diutm boleh ke dibawa oleh pelajar polytech...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, insyaAllah boleh je student polytech bawa course ni, before ni saya ade classmate dari polytech juga. cuma kalau transfer kredit tu setahu saya tak boleh. Nanti boleh tanya di pejabat fakulti ya.

      Delete
  16. asslm kak, saya nk tanye course ni kalau waktu LAB class biase buat ape? more to medic or machine, and kenapa program tu tulis falucty of electric engineering? lg satu program ni ramai lelaki atau perempuan? saje nk tahu. Thank youu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, lab dulu more to electrical, programming mcm tu which is more to engineering punya syllabus. skrg course biomedical engineering ni masuk under faculty of electrical engineering. mostly student perempuan yang banyak masuk program ni.

      Delete
  17. Salam, anak saya baru nak masuk sem 2 course ni kt UTM juga. Saya harap bidang ini akan memberi peluang lebih pekerjaan. Dan dengar pun macam tough juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tahniah puan dan anak. so far previous graduate banyak kerja as a field service engineer and sales engineer. ada juga yang jadi biomedical engineer di hospital2 kerajaan and swasta. InsyaAllah anak puan boleh bawa course ni :)

      Delete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs