Pages

kejuruteraan bio-perubatan @ bio-medical engineering UTM

Wednesday, August 12, 2015

Assalamualaikum

First of all nak ucap tahniah untuk adik2 yang bakal menyambung pelajaran samada universiti awam atau luar negara. Akak yang dah tahun 4 ni rasa macam baru semalam je jadi pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan bio-perubatan huehue


Sekarang pun dah tahun empat kat UTM ni.Alhamdulillah so far okay. Almaklumlah banyak juga onak duri dan cubaan melanda diri ni haha


Mesti korang nak tahu kan apa tu kursus ni? Tamak habis jurutera nak medical nak kemain lagi semua sebat haha kalau sedara mara tanya dorang ingat korang doktor je hahah


so basically kursus ni melibatkan anatomi manusia of course, and kita apply kan pengetahuan kite dlm bidang kejuruteraan untuk selesaikan masalah perubatan. Haa macam tulah lebih kurang.


Aku rasa kursus aku ni lebih pada electrical sebab subjek elektrikal memang sangat banyak. Mechanical, programming tu pn ade. Kalau relate dengan biologi pun dua tiga subjek je. Yang lain2 ada tu pun yang macam basic body system yang korang kena faham lah. The rest ialah electrical and mathematics memang kena strong


Environment eh? Fakulti kita baru je sebenarnya dibina kat luar UTM tu. Aku antara first batch yang mula study kat fakulti luar. Fakulti memang besar tapi memandangkan fakulti baru so mesti lah ada kurang juga sikit2. Tapi lecturer semua baik2. Korang tanya rajin je lecturer nak jawab taw. Cuma aku awal2 dulu malas sikit la. Noob pun ye gak tak reti nak pergi cari lecturer. Huhu da akhir2 ni baru rasa keinsafan tu muncul.


Haaaa kalau ada nak tanya apa2 tanyalah kat komen. Nanti ada masa aku reply entry lain pulak.

Okayyy byeeeee2



11 comments :

  1. first time dengar kos ni.. best tak belajar kos ni? berapa tahun? ^_^

    ReplyDelete
  2. @nusana nosa 91 : best :) 4 tahun blajar.

    ReplyDelete
  3. Hai,assalamualaikum,

    saya jual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank...dn etc
    jemput lawat blog saya

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    dan ig saya

    @nurnasuha96_

    whatsapp : +60196117811

    ReplyDelete
  4. Dulu saya dapat UTM jugak. Kalau saya accept offer mesti akak jadi senior saya :P

    ReplyDelete
  5. Hii DJ :) thank you for the supportive comments dekat blog, love you too :)

    ReplyDelete
  6. salam, akak. saya lepasan asasi sains uitm. sekarang tgh tunggu result upu 8hb. saya agak interested jugak lah dgn course ni and i put this course as my 3rd choice on my upu application. nak tanya, pointer kalau nak ambil result ni kena brp? im a little bit worried kott2 kalau tak dpt course ni since im much more interested with this course besides other courses that i applied.

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. hi :) macam zaman akak dulu overall pointer 3.89 nak dapat course ni. tapi sekarang tak tahulah sebab tu 4 tahun lepas kan. dengar2 macam requirement dia akan naik lagi. kenapa awak tak letak as 1st choice for this course? anyway all the best,doa bnyak2 okay :)

      Delete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs