Pages

20/3/2014 result SPM- edisi #throwback 3 tahun lepas

Thursday, March 20, 2014

Assalamualaikum hi!


hihi aku dengar cerita esok result SPM diumumkan,,
mesti adik-adik nervous dup dap dup dap fikir apa lah result yang akan dapat esok.
alaaaa, relax chill cool je brader. esok result keluar then sepi macam tu je, hewhew



ahh, ini cerita throwback 3 tahun lepas, saja nak mengimbau aku ambil result dulu. aku ex pelajar sekolah menengah sains muar (SAMURA). ehh bangga taw sebab ni lah tempat aku belajar erti hidup sobs sobs. haha tempat bermula nya khadijah jadi seorang manusia kekeke :P


masa tu tumpang rumah zafirah. biase la time tu da lama tak jumpa member2 memang berbual panjang la dalam bilik , girlsssss kan, of course lahhh hahaha cerita pasal seeeeeepannnnnnnjangggg persekolahan memang panjangggg sampai setiap kali jumpa pun mesti nak ulang cite sama atau sambung cerita sebelumnya. segalanya #throwback semata-mata. kekeke

ni topeng apa kau pakai ni? muka mengantuk semacam je, haha #ootd baju outing


so esok pagi tu awal pagi aku dah terjaga nak dapat result lah kata ko.
kemain awal bangun. radio hotfm pulak time tu tengah hot chat pasal result.,wuwuwuw nervous bertambah. apa-apapun pagi tu da promise nak jumpa kumpul dengan kawan-kawan dulu, sama2 pergi ambil result. alohhh sweet sangat friendship kitorang kekeke



so da pergi depan brother hafiz dah ready nak ambil result dah, kawan-kawan yang ambil dulu semua result Alhamdulillah straight A's kebanyakannya, ada lah certains yang sangkut, and orang tu termasuklah akak ko yang tengah menaip ni huhu T____T masa ambil result tu ingat lagi brother kata "tahniah khadijah, awak dapat straight A+'s untuk subjek utama? *eh jap utama ke nama dia, ke subjek ape ehh? yang penting ada english,sejarah,math mode,bm,pendidikan islam* masa ayat 1st tu aku da menjerit sedikit kegembiraan, lepas tu bertukar nada setelah tahu aku sangkut 2 subjek iaitu physics and chemistry. wuwuwu T___T cikgu physics and chemistry dah lah baik, ingat lagi aku keluar dewan peperiksaan lepas paper chemistry, cikgu ada kat luar, lepas tu aku peluk dia sebab tak dapat jawab soalan. huhu




so, total result akak 5A+, 2A-, 2B+. huhu tapi papepun akak bersyukur sangat. entah kenapa. maybe sebab apa yang junior aku cakap kot. haha ade diorang kata camni "ehh kak dj dapat 7A, terernye kak dj! dalam dorm asyik tidur je tak stay up, kalau kak dj belajar kuat lagi,mesti kak dj dapat straight A's" , maka aku tak tahu adakah itu satu pujian atau perli? takpelah, i will take it as a compliment. ahahaha positifnye akuuuu :P



so begitulah cerita aku ambil result. ahh da ambil tu jangan nak kecewa bagai, kecewa memanglah ade sedikit, siapa yang taknak semua A kan. tapi nak buat camna, bagi aku Allah susun lebih indah perjalanan hidup aku. maybe aku tak dapat jadi doktor sebab aku tahu mental aku tak kuat nak hadapi cabaran, maybe aku tak dapat belajar kat oversea sebab aku ada masalah kesihatan yang maybe memudaratkan. maybe aku tak dapat IPG sebab aku tak cukup pandai dalam mengajar orang.



and now kat sinilah aku, di bumi Universiti Teknologi Malaysia tercinta dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perubatan atau bachelor of bio-medical engineering, Allahu Rabbi, mungkin ini yang terbaik untuk aku. moga aku lebih tabah dalam menempuh liku-liku. aku tahu aku tak kuat, tapi dengan ada-Mu Ya Allah, aku pasti dapat menghadapi segalanya :)



1 comment :

  1. Suka sangat baca blog awk =) Saya pun ada blog, jemput singgah dan follow blog awksweetgitu.blogspot.com =D

    Support each other =)

    ReplyDelete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs