Pages

Ramadhan lalu

Thursday, August 2, 2012

Assalamualaikum and hello.



 masih ingat dengan jelas lagi saat ramadhan lalu dengan arwah aiman.


saat aku berborak rancak dengan teman-teman , tiba2 telefon ku berdering dan tertera nama ayah aku kat skrin telefon tu . dalam hati pelik jugak kenapa tiba2 ayah call malam2 buta ni . dalam hati mulalah rasa debar .



bila aku angkat , aku dengar suara ayah seakan-akan baru lepas menangis. aku dengar butir bicara ayah. ayah suruh aku pulang ke johor dengan kadar segera sebab doktor memaklumkan keadaan aiman semakin tenat. aiman penghidap kanser lymphoma. doktor pakar pun cakap tak pernah jumpa sakit kanser macam aiman. so,memandangkan hari dah lewat malam , aku bercadang untuk pulang ke johor keesokan harinya .




dalam hati aku rasa terharu sebab kawan-kawan aku sanggup hantar sampai ke klang sentral. padahal lagi baiklah dorang study kat kolej. huu thank korang sanggup buang masa hantar aku,tunggu sampai aku naik bas pastu balik kolej balik :'(




then aku sampai larkin , aku tunggu ayah aku amek bawak pi hospital sultan ismail. sampai2 je aku terus tanya khabar aiman . badan aiman semua bengkak2 kehitaman , tapi aiman ni sakit2 pun Alhamdulillah selera makan dia okay . mama pun da tak larang dah dia nak makan apa . semua makanan yang dia nak , semua mama bagi .





masa tu aiman buang air besar pun dah warna hitam . orang dulu2 kata , kalau najis warna hitam tu maknanya ajal nak dekat dah ,Wallahu'alam . mana lah aku tak sedih dengar macam tu kan. so aku cakap dengan mama try persuade nurse kat situ bagi aku stay kat hospital sekali memandangkan keesokan harinya aku dah kena balik puncak alam. terima kasih kat nurse tu sebab bagi permission aku duduk kat situ tapi kena senyap2 jela .



so malam tu aku dapat lah luangkan masa dengan aiman. cerita pasal aku belajar kat asasi, cerita pasal uitm puncak alam tu cantik. aiman kata dia nak pergi bila dia dah sihat . tapi keinginan dia tu tak sampai pun . lepas tu aku bacakan buku cerita untuk dia . then da tengah malam tidur la memandangkan esok nak bangun sahur .




time bangun sahur tu aiman pun bangun jugak . dia nak rasa sahur sama-sama even dia tak boleh nak puasa pun .kalau dia boleh puasa , dia dah puasa dah . aiman umur 6 tahun lagi dah puasa penuh. n kalau nak pegang aiman tu pun kena hati-hati sebab dia senang rasa sakit . before nak balik tu aku peluk dia slow2, aku cium dia . aku cakap aku sayang dia. 




sedihnya bila mengenangkan balik sekarang ni dia dah takde dah kat depan aku :'( kadang-kadang tengok video tu hanya Allah je tahu . macam tak sangka aiman yang aktif, petah bercakap , lepas tu sakit setahun teruk macam tu terus dah takde . duduk kat rumah ni terbayang dia sakit2 nak pergi tandas , lepas tu terbayang gelak ketawa dia bercerita , dia menari ikut girls generation, lepas tu sakit2 pun tetap usaha nak solat . Ya Allah....




dalam perjalanan ayah aku nak hantar aku balik larkin tu , ayah aku dah pesan awal2,kalau apa2 jadi kat aiman , ayah aku takkan panggil aku dah sebab jauh kan . and lagipun aku dah jumpa aiman semua . tapi Alhamdulillah Allah panjangkan umur aiman lebih 2 bulan lepas tu . sempat nak beraya dengan dia semua . sempat aku habis final , sempat aku jaga dia kejap kat hospital satu hari .



sekarang ni time berbuka ke bersahur ke , mesti satu keluarga teringat kat aiman .yela , 1st ramadhan tanpa arwah aiman kan, tu terasa kehilangan tu. lepas tu menangis . lepas tu okay balik , lepas tu menangis lagi ,pastu okay. lagi2 ayah and mama . aku menangis senyap2 jela . kadang2 je bila dengar mama cite sal aiman , aku menangis depan mama.



Al-Fatihah untuk adikku arwah Zahid Aiman Bin Lukman~



PEN-OFF

16 comments :

  1. banyak bersabar ye..
    sampai salam saya
    kt aiman.

    ReplyDelete
  2. air mata zufar mengalir...
    maaf, harap bersabar...
    :'(

    ReplyDelete
  3. ='( sedih. sabar ye kak dj.
    al-fatihah untuk arwah aiman. ='(

    ReplyDelete
  4. @khairul : huhu cmna nk smpai slm kt aiman ? da tkde dah :(

    @zufar : insyaAllah , berusaha bersabar .

    @fitrah : thanks fitrah . sabar mmg sabar sbb da tkde kan :( cmna nk g blog fitrah ni?

    ReplyDelete
  5. al fatihah.. meruntun hati entri ni......
    tak mengapa. Allah lebih sayangkan dia :')

    ReplyDelete
  6. aaaa, termenangis plak bace post ni.
    :(. can't imagine klu sya kt tmpt awk. ... allah lagi syangkan dia, kan :)

    ReplyDelete
  7. saya pun xdpt nak bygkan kalo sy berada di tmpt awk...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, Salam Ramadhan...

    TAHNIAH! Anda terpilih sebagai salah seorang pemenang EqbalZack: Brisbane Giveaway.

    Sila rujuk entry di blog eqbalzack.com dan berikan maklumat menggunakan CONTACT form di blog tersebut sebelum 6 Ogos 2012 (Isnin).

    Terima kasih.

    -eqbalzack-

    ReplyDelete
  9. alfatihah.. takziah sis.. Allah lebih sayang kan dia... :') sabar ya sis..

    ReplyDelete
  10. sebak...

    moga kalian sume tabah..InshaAllah.

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah =( teringat pulak, Abg Ee pergi seminggu lepas raya. Masa tu Ee mmg takde smgt langsung, rasa takleh hidup dah. I love him <3

    ReplyDelete
  12. salam takziah . semoga roh dicucuri rahmat :)

    al-Fatihah

    ReplyDelete
  13. Salam takziah... Alfatihah buat arwah

    ReplyDelete
  14. zz bce sedih sgt.. =((
    moga roh adik eyja dicucuri rahmat..
    Alfatihah..

    ReplyDelete
  15. bergenang air mata baca post ni
    sayu sgt

    ReplyDelete
  16. Sedihnyer.Semoga akak dan keluarga tabah dan semoga roh adik akak tenang disisiNya..

    Btw,anda di tag di sini
    http://cintasiengineering.blogspot.com/2012/08/pmr-candidates-2013-2nd-giveaway-by.html

    ReplyDelete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs