Pages

death

Saturday, June 30, 2012

Assalamualaikum and hello :)


sebelum tu , marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada rakan eyja ,arwah Nur Irsyad bin jonid yang telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Jun 2012 yang lalu . Al-Fatihah~



actually saja eyja nak berkongsi mengenai kematian . kalau ada sesiapa yang tahu , adik eyja ,Zahid Aiman baru je meninggal dunia pada akhir tahun 2011 yang lalu . bila diimbau balik , rasa sayu sangat hati . tambah pula bila dengar kawan pula yang meninggal , lagilah rasa sebak hati .



ajal maut , jodoh pertemuan semua terletak di tangan Tuhan . yes , kita semua tahu tentang tu . tapi ada segelintir yang tak sedar kita akan mati pada bila-bila masa je . tak kira umur ,kalau dah sampai ajal , memang tak akan lewat walau sesaat pun . dulu time kecik2 pernah terfikir "alaaa , aku kecik lagi. takkanlah mati awal ". tapi yelah budak kecil lagi mana ada akai ye dak ?



lepas tu bila fikir balik , Allah boleh tarik nyawa kita bila2 masa sahaja . tapi kita ni sendiri kena sentiasa bersedia . dah cukup ke segala amalan yang ada, dah cukup ke kita berbakti pada parents . fikir2 balik , sepanjang parents aku besarkan aku , TERLALU BANYAK jasa parents . memang tak boleh nak balas seumur hidup . aku harap , sepanjang aku hidup ni , aku jadi anak yang menyenangkan hati orang tuanya .



aku bersyukur sebab sebelum arwah adik aku meninggal , kami sekeluarga puas jaga dia . maknanya takda lah rasa menyesal kan sebab awal2 dah belajar bersedia kan . tapi cuba kalau orang yang menghadapi dugaan ahli keluarga mati mengejut? pagi2 gurau senda semua , tiba petang orangnya dah takde . mesti lagi terkejut kan , lagi pulak kita ni jenis yang kurang kekuatan . apa-apapun segalanya ketentuan ilahi . La Tahzan ...



semoga semua orang yang aku sayang sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah SWT . InsyaAllah Amin. and sedar tak sedar masa pantas je dah berlalu . tahu2 dah nak bulan puasa balik . semoga kita semua mati dalam keadaan yang baik dan dalam keadaan beriman kepada Allah SWT :)


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

(Surah Ali-imran :185)



p/s : muhasabah diri sendiri balik . selagi ada masa , selagi tu berusaha untuk tetap berada di landasan yang benar dan lurus :)

 dah lama ambil wallpaper ni tapi tak sure nak kredit pada siapa . lupa Y___Y



PEN-OFF

4 comments :

  1. setuju ngn entry nie. oh sori nk tnye. adek meninggal sebab ape ek?

    ReplyDelete
  2. mati itu pasti..innalillah .. takziah di atas kematian adik eyja, dan kawan eyja..
    bersabarlah duhai hati.. :)

    ReplyDelete
  3. takziah eyja,
    semua yg berlaku ada hikmahnya.

    ReplyDelete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs