Assalamualaikum and hello :)
harini hari ahad kah? okay , soalan BIJAK habis =='
abaikan abaikan . *budak ni takde idea tu nak buat intro,kahkahkah*
apa itu definisi bagi kanak-kanak? or children ? kekeke kanak-kanak ialah sebiji bola ==' .okay silap . ibarat sebiji bola. kita tendang dia ke depan , dia ikut . tendang kekiri pun dia ikut . kalau kita salah bagi bola kat pihak lawan,maka masalah akan berlaku , kebarangkalian pihak lawan menjaringkan gol adalah mudah . hahah cehh mentang2 tengah musim EURO 2012 kan , mengada habis kan nak perbandingan pun dengan bola . hahah
ampa sokong sapa ? SPAIN kah ? ITALY kah ? aku nak sokong SPAIN ! yeahhh! #eh tetibe padahal tak follow ponggg. kahkahkah:D
suatu contoh paling dekat sekali ialah adik aku khalisya . umur dia baru je 3 tahun lebih . perghh ! cara dia main handphone touch screen sony mama aku memang aku rasa tak boleh blah ! ciskek . siap main edit2 gambar lagi , mana gua tak panas je tengok . hahah
lepas tu dia boleh bukak laptop dengan mudahnya semata nak tengok video lagu korea . padahal kitorang tak pernah ajar pun . maybe dia selalu curi tengok kitorang bukak laptop camna kan . shut down pun tahu lagi . untuk budak umur 3 tahun lebih tahu benda2 camni , aku rasa kagum jugak Y___Y
mana aku tak kagum ? zaman aku dulu umo 3 tahun , perghh laptop , handphone touch screen ni semua even handphone 3310 boleh baling anjing tu pon aku tak kenal .mungkin yang aku kenal telefon rumah yang segi empat tuh . lepas tu pegang telefon tu kena marah , takot aku telefon bomba ke polis ke apa . haha
khalisya ni tak boleh blah siap buat ala2 hipnosis dengan mama aku nak mintak ipad . MINTAK IPAD TAHU! kepala aku berasap je dengar . hahah budak2 sekarang dah bijak ekk . dulu permainan aku apa je , ting ting , ceper , batu seremban , main polis and thief . hamboihamboi . bila menang and pandai main , kira dah jaguh habis laa time tu .
lepas tu bila bercakap word yang dia gunakan semua nak ayat macam buku aje . haha ujikaji lahh , nak cari maklumat lah . aku rasa time kecik dulu aku tak tahu pun apa benda ujikaji maklumat semua tu . paling tak boleh blah ada sekali khalisya cakap kat aku camni , "jangan risau kakak eyja,mama akan buat yang terbaik" . hahh ! ni budak ke orang tua ni? mulut memang pesen orang tua adik aku nih =='
budak sekarang main psp,blackberry , laptop semua . alahai , mencik betul ! time exam nak mintak yang grand aje . aku ingat dulu time kecik2 masa umur 6 tahun kalau result exam baik mama aku belikan sepit rambut je . masa tu dapat sepit ke cekak rambut , gembira nya ibarat kera mendapat bunga #eh bantai aje aku ni =='
ada sisi positif and negatif nya . kalau kita pandai mendidik budak guna benda2 tu buat belajar , okay jugak kan ? contoh game angry bird tu boleh belajar pasal projectile motion , jadi pintar physics pulak . alaa , rasanya sekarang dah banyak e-learning kan , kena pandai guide lah . asal depa tak leka sudah lahh :)
PEN-OFF
Kagum dengan kanak-kanak sekarang =='
Sunday, July 1, 2012
Labels ;
children
,
e-learning
,
kanak-kanak sekarang
,
luahan hati
,
teknologi terkini
hebat betul baru 3 tahun tu !! haha mase zaman kite2 3 tahun tu main teddy bear je reti =)
ReplyDeletebijak lah adik awak .
ReplyDeleteSaya pun kagum ngan sepupu saya . Baru je 3tahun dah terer main game . boleh kalahkan kakak dye lagi . klau kt henfon p0m sme . budak-2 skrg mmg dh serba canggih dh *Chewahhh . hihi
beza dulu dan sekaran. ehehe . budak makin moden :3
ReplyDeletehaha..memang..kita tak ajar pon die leh bukak laptop dengan sendirinya..bila mira celik je mata,tengok adik tengah main game kt laptop..nak marah kang nages pulak..ahh..biar ajelah..hehe
ReplyDelete