Pages

Part 1 : 10th Feb 2009,a new life begin in SAMURA

Friday, February 10, 2012

Assalamualaikum and hello .


harini 10 Februari 2012 .
kenapa tiba2 aku nak bercerita pasal tarikh ni ?
haha actually 3 tahun lepas pada tarikh yang sama , cuma tahun saja yang berbeza,
aku telah mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Sains Muar ataupun lebih dikenali sebagai SAMURA .Samurai ponggg boleh ==' hihi

 ehh salah gambar pulak . haha:P



masa aku dapat tahu tu ,aku dapat tahu dari cikgu linda , mama bestfriends aku , aqilah :)
time tu macam speechless jugak . pergi kat cikgu linda then dia peluk aku cakap tahniah dapat sains muar and kebetulan afiqah pun sama tempat dengan aku .qila pulak dapat Sekolah Tun Fatimah . Adhihah pulak dapat Seri Puteri,cyberjaya .aervina dapat kolej Tunku Kursiah , Hanif dapat sains alam shah (ASIS) .emm yang lain2 dapat MRSM , just aku tak sure mrsm apa yang diorang dapat .



balik rumah tu habaq kat ayah dapat tawaran SBP .
dalam hati tu macam berbelah bahagi jugak lah nak pergi ke tak .ayah aku pulak memang berharap sangat aku pergi asrama , siap brainwash aku bagai semua .
ayah brainwash,sepanjang tu jugaklah aku menangis . haha takut kena buli punya pasal .kalau duduk kat dato' yunos best , enjoy je belajar,tak payah pening nak buat benda lain .


but then aku buat keputusan pergi jugak demi ayah tercinta . mama pulak memang support je ayah aku ==' aku pulak takda orang nak backup . haha
so tibalah 10/2/2009 tu . satu family aku ikut .memang sesak lah kereta tu , tapi hantar aku punya pasal , aci redah jela kann . haha aku awal2 da gosok baju semua sebab aku rasa takut tak sempat nak gosok baju,mana tahu ada aktiviti ke.sekali tepat jangkaan aku ,ada orientasi minggu yang memenatkan .


aku and afiqah mula2 nak target dapat masuk rumah merah sebab kak afiqah ada kat situ .
sekali semua tak jadi . tapi nasib sebenarnya sangat menyebelahi aku bila aku dapat tahu rupa2 nya aku satu dorm dengan kak nabila,anak sepupu ayah aku . haha kecik sungguh dunia .actually aku pon tak kenal kak nabila lagi time tu,so kira 1st time kenal lah ni . hee :)


so , haritu lah aku berpindah masuk ke dorm budiman dua . lega tak terkata sebab locker kat dorm aku time tu da besi . so takdelah dapat locker kayu macam dorm lain . hehe :P
orang yang sambut aku dalam dorm tu kak aleen ,kesian dia sampai demam pakai koyok lagi kat kepala nak sambut form 4 datang . 1st time aku tengok kak aleen , dia memang peramah sangat , so aku da rasa selesa sikit lah.takdelah stress fikir "ish,habislah malam2 kena buli dengan senior ke hape". haha:D


sebelah katil aku time tu takde orang lagi . dua katil bawah aku je yang da full . so nampak kan memang aku #foreveralone saja . haha:P hari pendaftaran tu memang ramailah orang . semua datang dari pelbagai negeri untuk mencari ilmu dan pengalaman di SAMURA .
eh tapi naseb baik takde pulak yang menangis2 laa tu jugak hentak kaki nak balik rumah kan? hik3 :P
pengetua kata SAMURA merupakan sekolah nombor satu di negeri Johor .
lepastu kan SAMURA juga merupakan satu2 nya sekolah yang mempunyai tanah perkuburan di hadapan nya dengan tujuan menginsafkan para pelajar . woooooo scary ! =='



senior aku time tu 6 orang je , junior 10 orang , 
tapi kitorang takdelah membuli senior .ishh , tak baik prasangka . haha senior aku kak laila as ketua dorm yg tegas tapi comel ,kak syaza yang sangat penyayang,kak iman yang sempoi,kak aleen yang sporting,kak zati yang ayu and kak nabila yang baik hati :) 


junior pulak time tu ain ,i-leap and fatihah (batu pahat),aurora(simpang renggam),misliah and mira (muar,cis ni dekat je,haha:P),nadiah (kelantan) ,and hazirah (JB).hada pulak masuk sebulan kemudian sebagai second intake (melaka). 



sepanjang seminggu after pendaftaran tu minggu orientasi .
hmm jangan cerita penatnya , lenguh gila kot kaki . penat berjalan ke atau pun duduk je dalam dewan pun aku tak tahu . tido pun tak cukup so for the 1st time in my life time ceramah aku boleh tertidur , ehh hilang kredibiliti aku sebagai pelajar cemerlang , apa ni? haha:P lepastu makan , minum ,tido and setiap apa yang aku buat mesti madah nak menangis saja , bajet homesick lah kan . haha :P


so after orientasi bermula nya kehidupan aku sebagai seorang pelajar sekolah berasrama penuh , belajar untuk mengurus diri,berdikari , mematuhi peraturan yang telah ditetapkan *eceh ==' .siapa yang tak pernah belajar cuci baju guna tangan ,kat sini lah tempatnya . haha tapi jangan risau , SAMURA ada menyediakan mesin basuh yang cukup untuk para pelajar , just pelajar jelah kena bijak untuk cari peluang dapat turn membasuh tu :)




kat samura memang fizikal and mental tu kena fit lah . yelah , kalau kita tak kuat semangat kan , cabaran apa2 pun rasa susah je . tak cukup tido , rindu family,tak bebas,tak dapat catch up apa yang cikgu ajar , result menjunam , perghh , memang tu lah 1st time aku rasa macam kecewa sangat dengan result . tapi tengok senior2 dulu dah boleh adapt with the environment,takkan aku nak mengalah kan ?



oke , lagi satu ,time form 4 lah kita ada banyak aktiviti untuk kumpul mata bagi rumah sukan masing2 . tak macam form 5 nanti penuh dengan kelas tambahan pulak .and lagi satu form 4 kita kena pandai cari peluang nak join apa2 aktiviti , kalau tak alamatnya kecundang lah di tahun hadapan . haha so aku dapat lah pengalaman baru masuk drama team rumah and sekolah . macam pelik je masa audition drama aku boleh dapat watak sebagai ibu remy . tapi tak berlakon pun last2 . haha:P 


kebanyakan dalam drama aku just jadi prop je . kadang2 ada lah terberlakon sekali, haha tapi seronok lah bila kita tengok effort kita berminggu2 nak menyempurnakan drama tu dengan prop,lakonan perfect semua then terbayar dengan kemenangan . masa tu memang bersorak macam apa . haha:D so dalam banyak2 drama yang aku join time dengan budi dulu masa competition drama for english week bagi aku adalah yang paling menyeronokkan . KENAPA ? sebab aku menari dalam drama tu . haha hello bukan senang okay nak menari ,and aku pun bukan lah penari . tapi Alhamdulillah lah kitorang puas dengan hasil kerja kitorang even dapat number two . eh tapi senang cerita aku sangat rindukan pasukan drama :') 


sebenarnya banyak lagi benda aku nak cerita pasal SAMURA tapi terlalu banyak sampai aku rasa aku nak stop dulu eh ? hehe takpe , ni aku jadikan part 1 . part 2 nanti aku sambung , just tak tahu bila nak sambung nya :P 

 time ni hari sukan sekolah menengah sains muar tahun 2009 :) semua riang ria bersorak sebab nak menang punya pasal . merit woii ! haha:D
gentar tak gentar dengan rumah BUDI heyy !


 ni masa lawatan hari terbuka ASPURA . time ni lahh semua warga aspuri akan ke aspura untuk melihat kawasan pegangan warga aspura *lehh,macam samura gangster pulak ==' haha so of course lah warga aspura kena buat keceriaan yang terbaik punya :) ada hadiah jugak untuk dorm yang tercantik .


 ni masa kat dalam dorm budiman dua aspura . kemas kan dorm diorang ? :) eh ayu pulak aku tengok dorm aku semua pakai baju kurung . haha:D kira pujian jugak untuk diorang sebab dorm diorang boleh jadi sekemas dorm aspuri :)

 oh ni pada malam hari terbuka aspura . actually aku pun bukan ingat sangat nama warga budiman dua aspura ,ada confuse sikit kadang2. tengok muka tahulah . hehe ni senior je yang banyak dalam gambar ni .aku rembat kat CD yang diorang pernah jual time sekolah dulu. haha:D


 ni kelas gigih batch 27 tapi tak clear sangat :)

 bila balik dari outing tengok pintu ni je rasa lemah longlai . haha taknak balik asrama punya pasal :P

 oh ni masa nak pulang bermalam . haha sila gelak muka form 4 , naif sungguh :P

alahai , nampak sangat budak2 nye lagi tu . haha:D


siapa warga samura yang tak kenal burger UA,anda loser tahu . hik3:P sedap wehh , lepas tu malam2 tak boleh stay up,kenyang punya pasal . haha



p/s : actually main point for this post aku just nak cakap aku bangga jadi warga SAMURA pada tarikh 10 Februari 2009,#3tahunlepas . hihi ;P
p/s : kenapa post ni macam aku promote SAMURA je? hehe :)
PEN-OFF











7 comments :

  1. i'm not ex sesma. hoho. rindu kan zaman sekolah lu.. alahai.. please stop the time xD

    ReplyDelete
  2. Sound nice! Im going there next week! And kind of nervous huhuhu T.T btw....we cant bring phone right...

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck dear :) Enjoy your life there. try to create memories as much as possible .

      Delete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs