Pages

sharing is caring ;)

Saturday, January 8, 2011

s a l a m a n d h e l l o e v e r y o n e ;)

I've blogwalking,blogwalking and blogwalking just now ;)
and aku nak cakap ni ,
aku suka pergi blog seorang hamba Allah ni .
baca cerita2 and post dia buat kat situ .
Subhanallah , post2 dia banyak yang menyedarkan aku .
so ,
aku just nak share jela apa yang aku baca memandangkan kawan aku hadapi
problem ni kann . haha;DD
kalau rajin , jenguklah tempat hamba Allah ni ;)

actually umur aku pun 18 tak masuk lagi kan ,
rasa tak layak pula nak share , tapi share jela .

berikut adalah 10 petanda si dia jodoh kita ;) i just make it simple . selebihnya jenguklah tempat hamba Allah ni ;)

1. bersahaja
kekasih kita itu sentiasa bersikap bersahaja.cuba perhatikan cara dia dari semua aspek dari segi percakapan , perlakuan,pemakaian dan sebagainya . adakah kekok atau tidak .kalau  nampak tak selesa dan  pelik je tu ,sah dia sedang berlakon .kadang2 kita boleh tahu  taw seseorang tu berlakon atau tidak .tetapi , apabila dia tampil bersahaja dan  tidak dibuat-buat ,kalau kentut pun selamba je [ni melampau laa tu,haha;p] insyaAllah dialah  jodoh yang sesuai untuk kita ;)

2. Senang Bersama
walaupun kita selalu bersamanya , bak kata orang twenty-four-seven berkepit lah , SMS , haha , kita tidak merasa bosan even sikit dan ciput pun . malah , semakin hari semakin sayang [ macam  iklan fair and lovely tu;p] kita sentiasa tenang dan dia jadi pengubat duka kita .bila berjauhan , terasa sedikit tekanan kerana terasa kehilangannya bila berjauhan [ohh , ni dah macam kawan aku dah , kan zaf,dayana ?, haha;D]

3.Terima kita seadanya
dia tidak kisah akan masa silam kita . yang penting siapa kita sekarang .dia juga sedia berkongsi kisah silam nya . dia juga tidak kisah jika kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya , kerana baginya kita adalah milik dia kini ;) dia tidak kisah bagaimana and siapa kita ni .

4. Sentiasa jujur
dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama .kejujuran yang dipamerkan menarik hati kita . kejujuran bukan lah suatu perkara yang boleh dilakonkan. Tak semua orang boleh bersikap jujur yang memang jujur gile lahh[bukan lurus oke] .kejujuran yang disulami kesetiaan membuahkan percintaan sejati . maka dia lah jodoh kita sebaik-baiknya ;)

5. percaya mempercayai 
everyone has their own secrets right ? kadangkala rahsia ni mahu dikongsi untuk mengurangkan beban yang ditanggung .apabila kita mempunyai rahsia , adakah kita ingin kongsi and rasa rahsia kita tu selamat di tangannya ? Bagi mereka yang ada jodoh , sifat saling mempercayai ini lahir dari hati nurani mereka .mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia ini kepada kekasih berbanding teman2 rapat .[ tapi kadangkala dia tidak beritahu rahsia sebab mungkin dia ada sebab tersendiri]

6. Tampilkan kelemahan
nobody is perfect in this world .tipu belaka seyh  kalau ada orang yang mengaku dia tu tersangatlah sempurna dari segala aspek .pasti di kalangan kita mempunyai kelemahan tertentu .Bagi yang ready mahu jadi teman kita , dia tidak terlalu menyembunyikan kelemahannya dan sedia untuk beritahu kita kelemahannya .Sudah tentu bukan mudah untuk akui kelemahan di hadapan kekasih. malah tak segan pulak tu mempamerkan kelemahannya .contohnya , apabila dia memang tak reti jaga hati , dia akui kelemahan dia tu [hehe ni aku tengok sorang kawan aku ni] .so , apabila kita saling menerima kelemahan dan kekurangan masing2 , maka , kita insyaAllah ditakdirkan hidup bersama .[tapi , kalau boleh kelemahan tu perbaiki laa sikit ehh :)]

7. Senang bekerjasama
Kita saling bekerjasama antara satu sama lain. Lakukan perkara yang sama walau perkara tu remeh atau sukar .dia ikhlas membantu kita untuk meringankan beban yang kita tanggung. Kita juga dapat lalui nya bersama dengan dia .Jika tak ada kerjasama , sukar kehidupan kita nanti kerana 100% tanggungjawab akan terletak di bahu kita .just imagine nanti kalau tak ada kerjasama , tak ke susah pening payah nak fikir balik kampong mana time raya . haha;D

8. memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh , mereka mestilah faham  perangai pasangannya. Kita sakit bawa pergi klinik , kita menangis jadi penghibur, kita susah dia bantu, kita leter  macam bertih jagung pun dia sanggup dengar,layan je [ni aku suka , haha;D]. Sentiasa bersama kita dalam apa jua situasi. Dia juga sedia alami pasang surut dalam percintaan. Senang kata memahami tu penting ;)

9. Kata hati
Dengar kata hati . kadangkala Allah kurniakan manusia deria keenam supaya kita dapat tahu dan faham perasaan pasangan, kita dapat baca fikiran dia dan dengar reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Jika yakin , tanya lah diri . Adakah dia ni ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buat pilihan. Serahkan segala-galanya pada Allah yang maha esa . [tapi,kadangkala kata hati tu boleh membinasakan diri kita;)]

10. Solat istikharah dan  tawakkal
 jodoh ,pertemuan , ajal maut  terletak di tangan Allah . manusia hanya merancang di pentas dunia manakala skrip ditulis oleh Yang Maha Esa.adakala mimpi menjadi mainan tidur .tetapi apabila kita lakukan solat istikharah ,dan mohon diberi petunjuk , insyaAllah kita akan dapat petunjuk dari-Nya , asalkan kita tidak pernah berhenti dari berusaha dan bertawakkal ;) jika pilihan kita , buatlah pilihan sebaiknya. jika tidak , tolak lah secara baik .semua yang kita lakukan untuk dapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat .

ingatlah , nikmat di dunia hanya sementara , nikmat di akhirat kekal selama nya ;)


p/s ;doakan eyja lulus ujian esok ;)



2 comments :

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs