Pages

Resipi butter chicken beginner

Wednesday, June 29, 2016

Assalamualaikum.

Hiiii

Hahah sekarang ni memandangkan jadi penganggur tetap di rumah, ija ambil kesempatan untuk belajar memasak sepuas-puasnya. Yelaa, selama ni duduk asrama tak pernah ada peluang nak masak betul2. 



Dulu2 arwah mama selalu suruh belajar memasak. Try juga nak belajar tapi arwah mama tangkas betul dalam memasak. Tak dapat nak catch up betul2. Huhu sekarang takde dah mama nak ajar eyja memasak. Terpaksalah google or youtube je. Hewhew


So eyja rasa excited juga lah nak share resipi butter chicken ni yang dah diolah ikut suka hati eyja sendiri janji sedap di mulut hahah kuantiti dia boleh buat buka and sahur.

Bahan-bahan (4 orang makan):
1 bawang besar
2 bawang merah
4 ulas bawang putih
1 slice cheese cheddar
Daun kari
Serbuk kari
Tepung gandum
2 Cili merah
3 Cili padi 
Butter 3/4
Susu cair 1/2 cawan
Susu pekat 1 sudu
Garam
1 Telur


Cara-caranya:
1. Pecahkan telur dalam satu mangkuk and satu mangkuk lagi letak tepung gandum, garam, serbuk kari, serbuk kunyit. 

2. Gaulkan ayam dengan telur dulu. Kemudian barulah tepung gandum, serbuk kari dan garam rata-rata. Eyja tambah serbuk kunyit sikit biar kekuningan. Garam jangan banyak sangat nanti masin pula.



3. Gorengkan ayam tadi dekat kuali or non-stick pan dalam minyak panas. Mana2 boleh.

4. Okay sekarang move cara buat butter:
●cairkan butter. Pastikan api kecil je sebab takut hangus pula butter. Guna marjerin pun boleh je. Tapi rasanya guna butter is much better.


●tumiskan bawang putih, bawang besar, bawang merah and daun kari sampai diorang hidup segan mati tak mahu, macam layu2 sikit la. cili padi tu optional kalau rasa taknak pedas tak perlu letak.


●masukkan 1 sudu besar susu pekat manis and 1/2 cawan susu cair. Ada orang guna fresh milk. Ikut la memana. And kacaukan. 
●lepas tu masukkan cheese and kacau bagi dia sampai cair 100%. Masukkan garam secukup rasa. 
● masukkan ayam yang dah digoreng tadi dengan cili merah.
●siap untuk dihidang!



Senang je memasak ni rupanya. Huhu sekarang dah faham dah feeling mak2 nak dok fikir masakkan apa untuk family sebab itu apa yang eyja alami sekarang. Hahah 😅
Ma, rindu lah masakan mama huhu 😢

No comments :

Post a Comment

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs