alamak , rindunya pada blog . ehem
so , bulan Mei telahpun tiba meninggalkan bulan April yang telah berlalu.
semoga bulan Mei ni bertambah baik dari bulan sebelumnya :)
so , aku memulakan bulan Mei aku dengan menjadi sukarelawan pendaftaran pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (SABAPA) untuk Alumni Sekolah Menengah Sains Muar. eheh cerita ni dah kepam jugak ni tapi aku nak pi cita gak. haha Pada mulanya aku tak join pun program ni memandangkan tak ada geng nak join .but then , suddenly I got call from izreen ajak pergi sekali program tu. without waste any time,aku join lahh program tu.pujuk2 jugaklah parents mula2 tu,kalau tak pujuk mesti den tak dapek nak poie. haha
so 1 Mei ,pagi2 lagi aku dah bertolak ke Kluang sebab berjanji untuk jumpa izreen di sana. Bila dah lama tak jumpa,banyaklah cerita yang dibualkan. lepak2 dulu di Kluang bus station then barulah kami bertolak ke batu pahat. so disebabkan kami sampai agak awal,kami jalan2 dulu di BP mall,yelaa cuci2 mata kan. pukul 4.30 petang Cikgu Zainudin ambil kami di hadapan BP mall beserta dengan adik2 batch 28 bertolak ke SABAPA.
so , these are some informations about SABAPA and Majlis Perasmian SABAPA :)
- Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 2 Mei 2012.
- Pengetua mentor buat masa ini ialah Tuan Hj. Samian Bin Sawiyo,Pengetua Kanan Sek. Men. Sains Muar.
- Kos membina SABAPA bernilai kira-kira 46 juta dan dapat menampung sehingga 900 orang pelajar.
- SABAPA ialah Sekolah Berasrama Penuh yang ke-64 di Malaysia.
- Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dan pada pendapat saya suasana untuk belajar sangat kondusif.
- Terdapat kemudahan video conference bernilai RM23000.00 yang terdapat di 4 buah SBP iaitu Sekolah Tun Fatimah (STF),Sekolah Seri Puteri,Sek. Men. Sains Sultan Muzaphar Shah dan Sek. Men. Sains Batu Pahat.
- Pelajar Tingkatan satu yang didaftarkan merupakan batch pertama Sek. Men. Sains Batu Pahat.
so , pada malam sebelum pendaftaran tu,kami sebagai fasilitator ini membuat persiapan-persiapan terakhir untuk menyambut adik-adik tingkatan satu. Susun meja,buka pembalut plastik perabot dan sebagainya.
even lain batch,tapi atas nama satu SAMURA,kami berjaya melaksanakan semua persiapan terakhir. aihh rindu pulak zaman sekolah dulu. haha:D
Pada hari pendaftaran , terdapat ramai pelajar beserta ibu bapa menghadirkan diri untuk mendaftar *kenapa ayat seperti karangan BM semasa SPM? hihi :P so aku bertugas untuk menyambut ibu bapa dan pelajar serta pendaftaran pelajar di asrama . Semasa pendaftaran di asrama,keadaan agak kelam kabut tetapi dapat dilakukan dengan baik. Bila tengok reaksi ibu bapa,tiba2 aku teringat pulak reaksi parents aku time daftarkan aku dulu.mesti risau habis kan nak hantar anak masuk asrama,tanya itu tanya ini. sekolah okay ke tak,katil bawah ke atas , iron ade ke takde , biaselah mana ada parents tak concern pasal anak dia kan,ye dak? haha:D
Memandangkan mereka ni 1st batch dan baru tingkatan 1 pulak tu,aku kesian gak tengok mereka sebab mereka tiada kakak2 dan abang2 untuk membimbing mereka dengan life di asrama. memanglah seronok jadi 1st batch tapi sebab mereka agak kecil lagi,aku risau juga takut2 mereka tidak pandai mengurus diri sedangkan masa aku masuk ke SM Sains Muar masa form 4 dulu pun aku macam tak reti urus segala benda,yelaa keje menangis je. haha:D somehow aku bersyukur jugak ada senior dah time aku masuk dulu.
so hopefully they can get adapt to the environment quickly :)
so kalau nak tengok camna SABAPA tu , meh tekan SINI>>>>>>>>>>>>>>>>
kat page SABAPA tu ada gambar2 sekolah nya. 1st impression aku pada SABAPA, "wow! what a great school they have! untunglah :)" hahaha:D
so aku nak ucap thanks banyak2 kat cikgu Zainuddin sebab ambil and hantar kitorang,cikgu Azman and ayahanda Tuan Samian :) and thanks banyak2 pada izreen and family sebab bagi menumpang kat rumah sehari before balik mersing . Mersing mana ada bas poie batu pahat . adoi,nak balik mersing da petang2 dari BP pun cam bahaya sebab jalan nak pi mersing tu hutan2 je. haha
so aku harap aku dapat join lagi program2 camni next time.and Alhamdulillah untuk pointer keseluruhan aku hihi :)
PEN-OFF
nak join boleh? hehe
ReplyDeletelecturer saya pun samura jugak.. mungkin kenalan anda..hewhew
@M fizan : haha boleh je klu nak :) ohh yeke? samura batch berapa eh?
ReplyDeletesbp baru yehh??
ReplyDelete@sitot : haah , SBP baru ni. tu kna tolong sket. haha
ReplyDelete