Pages

Sehari Bersama Mahasiswa di Bukit Cherakah

Monday, February 20, 2012

Assalamualaikum and hello :)


yaa , hobi aku sememang nya adalah menulis cerita2 lapuk yang dah lama berlaku tapi nak jugak aku letak dalam blog nih . haha

pada 11 Februari yang lalu , aku bersama cycling club's members telah melakukan aktiviti Sehari Bersama Mahasiswa di Bukit Cerakah disertai oleh adik2 dari Sek. Men. Bandar Maharani *kalau tak silap .


dalam program tu,aku telah dipilih untuk menjadi salah seorang fasilitator kumpulan . haa jawabnya memang aku pon join kena main sekali lah kan . tapi takpe,seronok kot dapat main explorace,lama kot tak main . haha


aku merupakan fasilitator kumpulan 8 yang diberi nama octagon sebab group ke 8 dan motto hidup ialah octagon the great . ohsemm kan :D seronok jugak weh jadi fasilitator ni , kena jaga kumpulan semua , lepastu control diorang tapi aku pun tak reti nak jaga sangat , aku rasa macam aku pulak pemain sebab paling aktif nak menang ==' haha then dapat pengalaman baru nak berinteraksi dengan orang . bukan senang taw nak berinteraksi dengan orang yang kita baru kenal .


ahli kumpulan aku hazirah , imas , rabiatul,arif,Dira dan Epa . oh , hanya satu je kumbang dalam kumpulan aku ni . haha:D


gambar member octagon tak ada sebab time tu handphone aku takda bateri . so , tak dapat nak tunjuk muka depa :( aku dapat tunjuk gambar apa yang depa buat sepanjang aktiviti jela . 


checkpoint 4 tu permainan straw kelimbo . amboi , patutnya patutnya fasi tak main , tapi kena tarik main sekali . haaha kat straw tu dorang ada letak serbuk cili,kari atau kunyit . maka nasib aku tak baik dapat kunyit,perghh memang tertelan kunyit aku T_T then kena menari kelimbo yang macam lalau bawah palang then kena bend badan . memang tak sesuai untuk penghidap osteoporosis . haha:D


checkpoint 5 kena baling tin . tapi sebab arif tak lepas ,maka kenalah masukkan tangan dalam kotak apa ntah untuk cari klu . tapi dalam kotak tu ada telur lah ,pasir daun semua ado . haha checkpoint 1 pulak game asingkan kacang . haaa kacang ni ajk dah tabur kat atas satu bulatan pasir , then sorang tutup mata and lain bagi arahan untuk ambil kacang tuh . rabi yang kena tutup mata time game ni .


checkpoint 2 pulak main baling belon air . lepas tu tangkap pulak tanpa gunakan tangan . haa satu belon pun kitorang tak dapat hiheihiokkhokk *gelak keldai:P  aku manalah reti nak sambut belon , memang sume belon pecah lah kan . and aku lah orang 1st pecahkan belon tu . haha:D


checkpoint last iaitu checkpoint number 1 pulak ada game kena isi air dalam botol menggunakan span . tapi before tu kena lari dulu gi taman haiwan and hafal nama2 haiwan secara saintifik . haaaa susah kau , bagi masa 15 minit je . jalan pergi 5minit,hafal 5 minit,jalan balik pun 5 minit , amboi ! tapi nasib baik dapat jawab . haha psittachiformes tu burung kakak tua . gallus gallus domesticus tu ayam . amboi nama glamor bonar . haha:D


maka cerita selebihnya adalah gambar aku bersama sebahagian fasilitator lain .
nak tulis banyak2 pun den banyak tutorial malam ni . esok quiz lagi >.<

mirul,asyaari and aervina.

aku,ina and najmi . tinni ohh menara nih , gayat kot =='

main buaian , budak2 sangat . haha

haa ni lah menaranya . tangga dia curam kot . nak turun ke naik kena slow2 je .

depan taman iklim sederhana empat musim . even tutup , dapat gambar pun boleh . haha

di jambatan gantung taman bukit cerakah :) tapi macam da nak uzur je aku tengok jambatan tu . 

di taman bunga :) dengan amirul and aervina .

semua khusyuk makan aiskrim sebab miss juli belanja . hihi thanks miss ;)

tak dapat gi oversea dapat bergambar kat papan tanda pun boleh . haha:D

keciknya rumah . aku nak masuk pon tak boleh . feeling macam alice in wonderland pun ado . haha:D

haha try nak check sama ketinggian ke tidak dengan mirul . rupanya dia lagi tinggi . aku ingat kan tinggi sama . haha maaflah mirul , aku tak berniat nak kata rendah :P

diyana,najmi and asyaari :)

kat tepi tasik . haha

 melompat ke bintang . gagaga sekali masuk tasik , ke tasik lah jawabnya . haha:D


haha gambar candid tak boleh blahh . aku nak terjatuh dari buaian tu oii . da lah naik bertiga . aku yang duduk tengah memang himpit ke ina dah tak balance lah buai tu . tu muka buruk benor . haha:D


tapi yang paling best dan aku rasa kelakar sekali bila part aku nasihatkan adik2 sekolah tu suruh belajar rajin2 , get a good result in SPM,jaga diri semua tu macam tak sesuai je bunyinya . yela,dulu aku pon tak rajin mana time spm , lepas tu nak nasihatkan orang pulak . tapi papepun aku belajar dari kesilapan aku sendiri and nasihat kat orang lain pulak . maybe tu lah rasanya fasilitator2 yang pernah datang sekolah aku dulu ek . haha:D 


aku pun dapat jugak kenal kawan baru macam lin and faiznur . anyway , all the photos are credited to amirul asyraf :)


ada masa aku nak join lagi aktiviti2 macam ni .mama aku kata dia nak try daftarkan aku untuk volunteer Majlis Kanser Negara (MAKNA) sebab boleh tolong2 orang . bestnyaa , tak sabar nak join kalau berpeluang :)


p/s : nak kuiz esok , doakan oke :) and good luck jugak pada aimi untuk test muet esok :)

PEN-OFF

4 comments :

  1. Nice........

    ReplyDelete
  2. seronoknya! haha mesti tak nak balik kan?

    ReplyDelete
  3. mohon tlg kim slm kat mahasiswa len na...

    kawan2..
    kot2 la ad yg single lg.. ;p

    ReplyDelete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs