Pages

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH

Wednesday, April 13, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera ;)


Ceritakan segala segala kenangan pahit manis anda bersama ayah tersayang

eyja ingat lagi rasanya masa tu mama eyja nak melahirkan adik eyja yang khaleeda tu ,
so masa tu ayah kenalah jaga eyja dengan ian . itulah kali pertama eyja tengok ayah memasak untuk kami . ayah masak nasi goreng belacan tapi sedap taw . sekarang bila suruh ayah masak lagi , mesti dia bagi alasan macam-macam . haha;D

ayah memang seorang bapa yang baik untuk kami adik-beradik . sebenarnya ayah yang beria-iya nak hantar eyja masuk ke sekolah berasrama penuh . mula-mula macam tak nak tapi bila fikir balik , apa salahnya eyja gembirakan hati ayah ,tunaikan impian dia . memang banyak juga berhabis untuk masuk ke SBP tapi eyja sedih eyja tak balas jasa ayah secukupnya dalam SPM,I just get 7a . Masa tu memang nak menangis tapi ayah cakap SPM ni bukan pengakhiran . kat depan tu banyak lagi peluang , eyja just kena rebut je untuk berjaya . 

Bila eyja kena asthma tak kisah lah time kecik ke besar ke , lagi-lagi bila tengah malam , eyja selalu tahan taw selagi mana yang eyja boleh . sebab eyja tahu mesti akan susahkan ayah . da laa esok pagi-pagi dia nak pergi kerja . tapi bila dah tak tahan sangat , eyja pergi jugak cakap dengan ayah . kalau tak cakap eyja pulak yang maut . ayah sanggup hantar eyja even dia memang penat gile plus mengantuk kan , kesian ayah . sorry ayah selalu kejutkan pagi-pagi just nak suruh hantar pergi hospital . huhu T____T

paling best sekali bila ayah bayarkan eyja untuk ambil lesen kereta dan motor . laa ni lesen tu bukannya murah , mahal wohh tapi ayah sanggup semata-mata taknak anak dara dia ni bosan duduk kat rumah je . Alhamdulillah lulus kedua-duanya . haha terima kasih ayah . eyja sayang ayah ;) [tak pernah cakap dengan ayah yang eyja sayang dia , ego kah ?]


 Apakah cara terbaik mendidik anak kita di zaman yang penuh mencabar ini ? 

susahnya soalan ni sebab eyja belum lagi berumahtangga . haha;D tapi , eyja rasa cara didikan sekarang berbeza dengan cara didikan orang dahulu . parents orang dulu memang tegas dalam semua perkara .tapi parents sekarang memang memberi kebebasan kepada anak-anak sepenuhnya untuk pilih jalan hidup . eyja rasa apa-apa pun didikan agama yang paling utama dalam mendidik anak-anak .Ketegasan juga harus ada supaya anak-anak tak leka . Thanks kepada parents eyja sebab ada kedua-dua elemen ini dalam medidik eyja ;)

hensem tak beliau ? haha

 PEN-OFF

6 comments :

  1. singgah lah blog dekcik..
    bce ngah penuh hayati..

    http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

    ReplyDelete
  2. betoi tu. didikan agama yg pnting..
    agk sbuk.. xdpt nk join segmen sbg ben lgi..

    ReplyDelete
  3. salam singgah!
    begitulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah..mmg tiada tandingnya!

    ReplyDelete
  4. tade yang lebih tacing dari kisah Ayah dan Mama.

    Nadh sayang ayah nadh jugak.. ;)
    Salam singgah salam ziarah dari nadh..
    kita jadi anak soleh solehah untuk Ayah ye. yang mendoakan kebahagiaan depa dunia dan akhirat..

    Nadh datang melawat ni.. ;)
    kisah anak Ayah Budak Nakal

    ReplyDelete
  5. segmen ni bagus, tapi sebak nak buat... sayang papa lulu...semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati...

    ReplyDelete
  6. salam...

    kasih ayah smpai ke syurga...tiada duanyer...

    ReplyDelete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs