Pages

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 *RANDOM

Monday, March 7, 2011

assalamualaikum w.b.t ;)


hello everyone .
haih , apasal la lately nihh aku macam tak ada mood je .
ahh , abaikan =.="




semalam aku tengok suratkhabar mingguan .
ada iklan untuk permohonan kursus perguruan .
yang penting syarat asas nye ;

  • warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran.DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
    -Bahasa Melayu , Sejarah , satu mata pelajaran lain , serta lulus Bahasa Inggeris .
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (nanti rujuk di e-panduan permohonan)

dia ada tawarkan Program Ijazah Sarjana Muda PerguruanProgram Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara , Program Kembar Bahasa Perancis , Program Kembar Bahasa Jerman .


Cara permohonan ;

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang  Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.

Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.[jangan lebih okay]

Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

diingatkan disini , 
Tarikh tutup permohonan pada 21 MAC 2011


apa yang penting ,
so korang akan dapat info yang lebih untuk permohonan ni .
so , siapa yang nak jadi guru tu boleh la pergi ke BSN sekarng untuk beli no. pin sebelum buat permohonan :)


apa yang aku minat kat permohonan ni adalah ;

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanKolej Persediaan KPM
2-4 semester (mengikut kolej pengajian)
Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia,Biologi, Pendidikan Khas)Universiti Terkemuka Luar negara (UK, Australia atau New Zealand)
6-7 semester (mengikut kolej pengajian)
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh KPM
2 semester
Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) :
a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
b. Taylor's University, Subang Jaya, Selangor
c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak.


interesting kan ? 
Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.

Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. [aduhh , macam mana laa sejarah aku nanti ? harap2 cemerlang T___T ]


parents aku pun menggalakkan aku untuk mohon kursus perguruan nihh .
ayah kata insyaAllah ada peluang pekerjaan sebab bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ,
so , keluar2 je insyaAllah jadi cikgu laa .
tapi , aku pun tak pasti apa yang aku minat sebenar nya .
actually aku minat jgak dengan art design .
sebab tu lahh aku and dayana bukak blog http://ddbshop.blogspot.com/
jenguk lah nanti ehh ;)

haa ,
oren @ hanafi rosman pun cakap dengan aku ,

confuse tu mmg slalu sgt bila nk buat cmni .
lg2 benda ni tntg masa depan kita kan.
eyja fikir la betul2 benda eyja minat so time masuk blaja nnt xde la tension sgt . kalo eyja amek benda yang x minat or kurang minat, tu yg wat tambah tension time blaja nnt.bagi tahu eyja ni berdasarkan pengalaman member2 yg tgh mengalami masalah camtu. cewahh. haha. dah mcm kaunselor plak kan.

so , aku kenalah fikir masak2 .
sokongan daripada family and kawan2 memang amat diperlukan .
lepas ni akan pergi ke real life yang lagi mencabar daripada hostel . so kenalah bijak memilih kan ?
apa pendapat korang ?


p/s ; kalau tarikh tutup 21 MAC , so that means result SPM mestilah keluar before tarih tu kan ? takkanlah 23 MAC pulak .
ahh , aku dah tak nak jadi ahli nujum okehh T___T

p/s ; semalam tengok Qila kat PLKN . diorang balik next week 13 MAC . ahh , Qila dahh kurus ! aku ? GEMUK ! haha;D [ye , ini memang perkara yang sering dirisaukan kaum hawa]

sayang , kau dah kurus ! mana aci ! HAHA

PEN-OFF

7 comments :

  1. dj dj dj :),

    aku pun minat IT taw,
    and graphic design, tp org kte nk blaja tu bek tayah ms0k aliran sains -_-' kte ni mcm tpkse blaja n smbung bnde2 tak minat + BYK MEMBACA!

    ReplyDelete
  2. dayana , taw takpe .
    tu laa , aq dah pening dahh ni .
    kwn aq yg oren tu dy mmg minat art ,
    so siap dpt dekan lg kt U .
    kira nmpak lahh dy minat benda tu sngt2 .

    ReplyDelete
  3. teruskan minat anda...wat kptsn yg terbaik..:)

    ReplyDelete
  4. weeee nasib baik awak ingatkan saya. kalau tak rasa macam dah tak ingat nak mohon KPLSPM ni.

    ehem xsabaq nak jadi cikgu nih. haha berangan padahal result SPM pun belum keluar T_T

    ReplyDelete
  5. bobie ; thanks ;)
    alia ; hee , nseb baik kita dah ingatkan . haha jom mohon , mana tao bole jumpa nnti . haha

    ReplyDelete
  6. baru tadi my abg col gtau psal borang maktab nie..spm mmg dh confirm keluar 23mac..kira yg nie kita isi apa yg ptut jerr..nnt dorg rujuk kt lembaga peperiksaan laa..
    follow ur blog.. :))

    ReplyDelete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs