Pages

continue

Wednesday, December 15, 2010

SALAM :)

 oke , macam aku pernah story before this , aku nak story pasal latest activity aku .
nampak tak gambar atas tu ?
haa , ni kat pantai mersing .
sejak aku datang selepas habis exam haritu ,
aku asyik tengok ramai je orang kat pantai .
so ,
aku , ayah , yan and eyda gi la tengok apa orang buat kan .
rupa2 nya , diorang tangkap kerang .
and tengok laut tu macam ala2 kering tapi berlumpur wehh .
tengok lah yan and eyda . da macam apa dah nak selamatkan kaki .
haha;D

 see , lumpur tak lumpur kaki aku dibuatnya .
haha ,
mula2 aku rasa macam geli je nak main wehh , nak join dorang tangkap kerang ni ,
tapi , da alang2 berlumpur, biar lumpur terus . ye tak ?
hehh;p

 haa , ni la kerang first aku tangkap .
wehh , agak susah laa nak tangkap sebab kaki kau penuh lumpur dengan ada possibility kaki kau nak
berdarah sebab pijak mende yang kita tak nampak dalam lumpur tu kan .
kaki aku memang da bergaris2 lawa laa akibat pijak lumpur ,
rasanya dalam lumpur tu ada banyak siput2 tajam tu kott .
tapi , rasa suatu kepuasan bila kau dpt tangkap kerang tu wehh .
pinggang sakit jugak laa terbongkok2 .
haha;DD
TETAPI ,

hasilnya lumayan jugak wehh .
tengok ayah aku ,
berseri2 muka dapat hasil lumayan masa hari 1st menangkap .
haha , satu plastik besar tu jugak wehh .
best laa even kaki kau or tangan kau terluka sikit2 ke .
tapi , hati gumbira wehh .
hmm , kita yang biasa ni pun dah gembira ,
just imagine kalau nelayan2 tu dapat hasil tangkapan banyak , lagi gembira kan ?
yela , sara anak bini .
cuba bayangkan juga bila diorang tak dapat hasil tangkapan sebegini banyak ?
hmm , mesti sedih .
kais pagi makan pagi , kais petang makan petang juga lah jawabnya .

renung2 kan lah ehh ;)


okay , tutup cerita tangkap kerang tu .
sekarang aku nak cerita pasal adik aku , aiman baru je dimasukkan 
hospital sultanah aminah semalam (selasa) .
da lama jugak adek aku sakit . hampir sebulan lebih kott .
macam ala2 nak lumpuh .
susah nak gerak gitu .
mula2 ingat macam kena terlanggar BENDA ke ,
tapi bila gi hospital , alih2 kena gi HSA terus .
harini , ayah aku cakap doktor suspect adik aku kena arthritis .
aku harap dia cepat sembuh .
arthritis tu macam sakit2 sendi .
doktor kata budak2 jarang kena .
tapi sekarang ni tunggu pengesahan dari doktor ,
kalau betul , adik aku akan dihantar ke hospital selayang .
aku terkejut bila ayah aku kata boleh jadi lumpuh .
aku taknak adik aku camtu . 
huhu;(
Ya Allah ,sembuhkan lah adik aku dari penyakitnya .
mudah-mudahan dia dapat jalani kehidupan biasa semula .
amin ...

memandangkan mama aku takde sebab jaga adik aku kat hospital,
so , aku jadilah kakak mithali kat rumah .
urus rumah semua .
pagi tadi , buat nasi goreng untuk adik2 aku .
even agak tawar jugak ,
tapi takpela .
tu je yang aku termampu buat .
esok improve lagi .
hujung minggu ni insyaAllah kitorang semua tengok aiman HSA .
okela , berleter panjang lak aku ni .
haha;D

PEN-OFF

No comments :

Post a Comment

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs