Pages

Phuket Destinasi Impianku

Monday, May 20, 2019

Kalau sebut Thailand, aku baru je pergi Krabi. So dalam next list aku nak pergi Phuket pulak. Phuket ni aku baca2 merupakan pulau terbesar di Thailand. Sebab pulau besar, maka no wonder la kalau Phuket ni banyak tempat-tempat yang menarik boleh diterokai. Antara tarikan ialah James Bond Island and Phi Phi Island, kat sini lah tempat james bond berlakon and jadi tumpuan untuk penggambaran filem. Masa pergi Krabi dulu, ade juga tour pergi dua tempat ni. Cantiknya ya ampuunnnnn, air dia warna biru kehijauan je tak jemu mata memandang okayy. Korang pergilah jenguk Traveloka flights to Phuket yang murah.  



No photo description available.

haaa bukan tu je, Phuket ni pun sebenarnya memang pakej lengkap lah sebab ada aura bandar
Georgetown, Penang tapi meriah jugak dengan bangunan ala Eropah. Pasar malam dia pun meriahhh,
lepastu feeling2 Bali juga sebab ada tarikan yang berusia abad lamanya. Memang destinasi yang unik
betullah Phuket ni. Kat mana semua tarikan ni? Haaaa meh sini nak cerita sikit.



Nai Harn Beach adalah salah satu daipada pantai cantik di Phuket, Thailand. Dikelilingi dengan hutan
dan pohon kehijauan, suhu air pula sederhana dalam sekitar 29 darjah Celsius, membolehkan korang
sekeluarga menyegarkan badan dengan pergi bermandi manda di air laut. Korang pun boleh je nak
plan snorkelling kat sini sebab dengar cerita banyak je kedai yang menyediakan perkhidmatan sewa
segala peralatan dekat dengan pantai tu. Haaa lagi satu,untuk pengetahuan korang, waktu
terbaik untuk bermandi-manda di sini adalah dari bulan November sehingga Mei kerana
ombaknya lebih tenang. Haaa takdelah dok stress takut nak mandi ke apa.



Kat pantai ni pun korang boleh sewa jetski untuk menikmati angin laut dengan cara yang lebih thrill
sepuas hati. Dah penat tuu boleh lah duduk santai tepi pantai tu sambil menikmati pemandangan
langit dan lautan yang membiru. Kalau rasa panas, boleh laa sewa payung ke tikar dari kedai-kedai
kat tepi pantai tuu. Next, nama tempatan bagi Karon View Point adalah ‘Khao Saam Haad’
yang bermaksud Bukit Tiga Pantai. Bukit ini dinamakan sedemikian kerana dari puncaknya,
korang dapat menikmati pemandangan 3 buah pantai, pantai yang terdekat dan terkecil iaitu
Pantai Kata Noi, pantai yang indah Koh Poo dan pantai yang terjauh dari pandangan, Pantai Karon.



Korang dapat menyaksikan pemandangan dari viewpoint ini sambil menikmati snek dan minuman
yang boleh didapati di gerai-gerai sekitar. Di Karon View Point ini juga terdapat sebuah gazebo besar
yang lengkap dengan tempat-tempat duduk untuk korang merelakskan badan dan menghirup udara
segar. Salah satu pantai yang terpanjang di Phuket, Pantai Karon, dikatakan antara salah satu pantai
yang paling sesuai untuk dilawati bersama keluarga. Penuh dengan ketenangan dan cukup bersih,
Pantai Karon adalah sebuah tempat menarik di Phuket yang sempurna untuk dijadikan tempat
berkelah sambil menikmati pemandangan yang menyejukkan mata. Haaa boleh laa cuci mata #eh
Di sekitar pantai ini juga terdapat banyak penginapan keluarga yang menarik, restoran-restoran,
gerai cenderamata dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan penting sewaktu bercuti.


gambar ni masa phi-phi island tour dulu2.


Sudah melancong ke luar negara, sepadat mana pun jadual korang, jangan sesekali melepaskan
peluang untuk melawat bangunan yang penuh dengan sejarah sesebuah tempat yang dilawati.
Kalau di Phuket ni, lokasinya adalah di Wat Chalong. Dikatakan sebagai tempat penyembahan Buddha
yang paling penting di Phuket, kompleks kuil yang dibina pada tahun 1837 ini dipenuhi dengan
bangunan-bangunan yang diberikan sentuhan warna keemasan. Salah satu bangunan di dalam kompleks
ini yang menjadi perhatian ramai adalah Chedi yang berketinggian 60 meter. Tinggi uolss.
Bangunan ini dikatakan menjadi tempat penyimpanan sebahagian tulang Buddha yang telah
didatangkan dari Sri Lanka pada tahun 1999. Di Traveloka ada cheap Qatar Airways flights so korang
boleh pergi bercuti dalam keadaan tenang sebab tak banyak duit poket korang hilang punnn. Hahah





Sepertimana bandar yang lain, Bandar Phuket ini padat dengan destinasi yang menarik daripada
tempat-tempat untuk mencuci mata dengan pemandangan bangunan peninggalan era yang telah
berlalu hinggalah kepada yang mencuci mata dan juga poketmuuu seperti di Night Market. Kalau korang
nak tahu, Bandar Phuket ini cukup kaya dengan bangunan lama bereka bentuk Eropah kerana statusnya
pada suatu ketika dahulu yang pernah menjadi Pusat Ekonomi Selatan Thailand.


Haaa so tunggu apa lagi, Jom lah ke Phuket. siapa nak join iols? penat dah ni cerita pasal Phuket. Jom lah
plan satu trip hahah


Byeee

No comments :

Post a Comment

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs