Pages

mama pergi buat selamanya.

Friday, May 20, 2016

Assalamualaikum


9 April 2016.


Sekarang dah genap satu bulan sebelas hari mama pergi meninggalkan kami sekeluarga. masih terbayang lagi wajah kaku mama tatkala aku melangkah ke dalam bilik jenazah Hospital Sultan Ismail. lulur hati bila melihat mama yang aku sayang, yang aku kasihi sudah terbujur kaku, pucat mukanya namun kelihatan tenang. If I remember those moments, it really broke my heart into pieces. How can I deny as this is what Allah had planned.



mama baru balik satu minggu dari Mekah. Alhamdulillah sepanjang dia kat sana sihat je, aku tengok video2 yang dia record kat handphone pun memang dia ceria tak ada tanda2 sakit pun. bila sampai Malaysia dia dah semput batuk2 sebab perubahan cuaca berlaku kan. makcik pakcik ayah aku pun semua hilang suara balik Malaysia. mama pun tak cakap banyak sebab dia semput kan. tapi lepas tu dia macam dah okay sikit dah mula hantar cica pergi balik sekolah. Last jumpa dia bercakap pun masa nenek buat makan2. masa tu dia memang tak sihat sangat.



aku ingat lagi dua hari sebelum mama jatuh sakit iaitu hari Selasa, dia ada telefon tanya bila nak balik rumah. Masa tu aku ada kerja nak uruskan so aku cakap dengan dia aku balik hari Khamis. cuti dah sebenarnya masa tu tapi sebab aku nak buat FYP aku sikit, aku tangguhkan balik. ya Allah, dalam hati bila fikir balik rasa macam kalau aku tahu mama nak pergi, aku balik rumah cepat2. tapi aku tak boleh fikir macam tu sebab itu macam menidakkan qada' dan qadar Allah, berapa kali jugaklah datang fikiran macam tu, ya Allah maafkan aku :'(



sebelum mama pergi umrah, aku ada mimpi gigi semua patah. masa tu macam rasa tak sedap hati tapi aku abaikan je sebab takut tipu daya syaitan kan. huhu call mama rabu malam (30/3/2016), rasa tak sedap hati dah sebab mama selalu cakap I LOVE YOU sebelum letak call tapi ni dia macam blu2 je kat call, aku ingat mama mungkin mamai mengantuk. pastu hari Khamis (31/3/2016), aku nak balik rumah call ayah, tiba2 ayah cakap bagus lah ija balik cepat mama sakit ni.



sampai je hospital Mersing, terus pergi kat mama. masa tu memang menangis laju turun air mata ni bila mama macam tak kenal orang, mata dia terkebil2 tengok je kita bercakap. Ya Allah sedih gila masa tu macam kenapa mama jadi macam tu tiba2 :'( ayah cakap dari malam semalam lagi dia dah pelik sampai kunci diri dia sendiri kat luar rumah, macam orang lupa gitu.

siapa sangka gambar ini jadi gambar terakhir kita sekeluarga :'(



lepastu mama dimasukkan Hospital Sultan Ismail sebab nak buat CT Scan, dr cakap mama ada jangkitan kuman dalam otak. masa tu rasa nak nangis je tengok mama tak bangun2, ya Allah menangis jangan cakap la, dah naik bengkak mata aku ni, masa tu heartbroken gila tengok keadaan mama. asyik nangis je time jaga dia.



lepas tu dia macam dah sedar nampak macam sihat sikit, tapi still tak bercakap and tak respon pada orang. kalau orang bercakap, dia macam baby je mata terkebil2 tengok orang. tapi dr kata, keadaan mama makin positif. kitorang sekeluarga pun macam gembira lah. lepastu tiba2 Jumaat (8/4/16), mama demam teruk. before tu pun ada demam2, tapi tak teruk sangat. yang kali ni sampai dah kena masukkan tiub oksigen. tapi malam tu giliran yan and khaleeda yang jaga mama so aku macam okay jela adik2 nak jaga sebab esoknya diorang nak balik dah.



pagi Sabtu (9/4/16) pukul 7.55 am, yan call ayah cakap mama tak bernafas doktor tengah sibuk tengokkan dia. yan suruh ayah datang hospital cepat2. tapi selang 10 minit lepastu, aku angkat call dengar yan menangis di hujung talian cakap "ija, mama dah meninggal dunia ja". Ya Allah masa tu memang menangis rasa mcam dunia ni jadi kabur. Ya Allah, Kau dah ambil mama aku sayang. Ya Allah aku tak sempat nak gembirakan mama. Ya Allah aku tak sempat nak tunjukkan mama ijazah aku. but what can I do when He decides to take back His belonging. Only zikr can make my heart at ease.



muka mama sangat tenang, macam tidur je. masa aku sampai kaki sebelah dia still rasa suam. ya Allah masa tu memang rasa nak nangis je, aku cium and peluk jenazah mama banyak kali, nak nangis pun aku tahan je. lepas ni aku dah tak dapat nak peluk badan mama, tak dapat nak cium dia setiap kali jumpa. tak dapat nak berebut2 cium dia dengan Khalisya.  all I can do right now is reciting Al-fatihah for her. she is indeed the best mother in my world. no one can ever replace her. Alhamdulillah, kami adik beradik dan ayah dapat mandikan arwah mama. mama cantik sangat. tak jemu nak tengok. Terima kasih Allah kerana Engkau beri aku peluang untuk jaga mama di akhir usia nya. semoga ada pahala buatku dan semoga mama meredhai hidupku Ya Allah.



'Ya Allah, tempatkan lah mama aku di dalam syurga-Mu, Luaskan dan terangkan kuburnya, permudahkanlah segala urusan mama. jangan biarkan dosa kami menjadi penghalang mama untuk masuk ke syurga-Mu Ya Allah. semoga mama ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga kami dapat bersua kelak. Amiin Ya Rabbal Al-amin".


4 comments :

  1. sedih sangat baca ni. al-fatihah untuk mama eyja :(((

    ReplyDelete
  2. sorry, eventho ni post lama tapi demi Allah subhanallah sebak teramat sangat. eyja (saya) nangis masa baca. semoga eyja (awak) terus kuat dan tabah. eyja (saya) tak berani cakap banyak sebab eyja (saya) yakin, eyja (saya) takkan sekuat eyja (awak) kalau kehilangan Cinta Hati. eyja (saya) sedekahkan al-Fatihah buat mama eyja (awak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama panggilan sama :) thank you eyja. insyaAllah.

      Delete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs