Pages

MH370 has been confirmed ended in southern Indian Ocean

Tuesday, March 25, 2014

Assalamualaikum.


malam tadi kita menerima khabar sedih daripada perdana menteri kita, Datuk seri Najib Razak bahawa pesawat MH370 telah disahkan berakhir di Indian ocean. hmm sedih kot bila dengar. even tak kenal sesiapa pun dalam pesawat itu, tapi tetap rasa sedih. bayangkan ibu yang menanti anaknya, anak yang menanti bapanya, rakan-rakan dan ahli keluarga yang menanti, mesti diorang lagi sebak dan sedih. yela, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


sungguh daripada Allah kami datang, dan kepada Allah kami kembali. kau takkan tahu bila ajal kau akan tiba. kau takkan tahu bila malaikat izrail bersedia nak mencabut nyawa. Allahu, semoga penumpang-penumpang MH370 ditempatkan bersama orang yang beriman. salam takziah untuk ahli keluarga mangsa. sabar, semua ini kehendak Allah.



ahh, tiba-tiba aku teringat pula mengenai arwah adik aku. sekurang-kurangnya aku bersyukur sebab masa tu aku dah bersedia untuk menerima bahawa dia akan pergi just tak tahu bila je. tapi bagaimana dengan ahli keluarga penumpang? mesti mereka terkejut menerima berita ni secara mendadak. terkejut bila orang yang tersayang yang mungkin pada hari sebelumnya riang gelak ketawa bersama tapi pada hari keesokannya pergi buat selamanya.




semoga kita semua ingat yang dunia ni dah makin tua, fitnah akhir zaman pun semakin ada, maksiat berleluasa, semoga kita lebih mendekati diri kita kepada-Nya. ini ingatan untuk diri sendiri supaya tidak alpa. semoga kita lebih menghargai setiap yang ada di sekeliling kita. ucapkan sayang, ucapkan penghargaan sebelum semua itu hilang buat selama-lamanya sebab kita tidak tahu bagaimana susunan perjalanan yang telah Allah rancangkan untuk kita.


aku juga banyak lagi khilafnya.



Al-Fatihah.

No comments :

Post a Comment

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs