Pages

mampukah aku ?

Tuesday, July 3, 2012

Assalamualaikum.


saja nak meluahkan isi hati di sini .



ehem , usai solat maghrib berjemaah dengan parents tadi , seperti biasa aku akan bersalam dengan parents and cium pipi mama . memang habit aku macam tu sebab aku rasa bahagia dapat cium mama aku .



and peliknya 2 hari berturut-turut ni , selesai je solat berjemaah and aku cium pipi mama aku tu, ayah aku bertanya soalan yang sama , "eyja sayang mama ke? kalau mama dengan ayah takde macam mana? eyja boleh ke jaga adik2?"



aku terdiam , tak mampu nak jawab apa-apa . dengan selamba aku bergurau konon2 menangis di hadapan parents aku . "wuuuwuuuuwuuu" begitulah gayanya . parents aku kata "mengadalah , melawak pulak"




sebab apa aku melawak ? sebab aku nak redakan rasa tak senang hati aku dengan soalan ayah . aku rasa sedih bila dengar soalan ayah tu . rasa sebak yang tak terucap.



mampukah aku terima semuanya? sebagai anak sulung,mampukah aku jaga adik-adik aku sebagaimana baiknya ayah dan mama menjaga kami semua? mampukah aku nak uruskan hal keluarga? mampukah aku nak mendidik adik-adik aku? aku tak dapat nak imagine semua tu . demi Allah , aku tak tahu sama ada aku kuat atau tak. *terdetik aku di dalam hati*




semoga Allah melindungi keluargaku dari segala kesulitan dan kesusahan . lindungilah mereka Ya Allah , merekalah kekuatanku di dunia ini . tiada siapa dapat menggantikan mereka :'( semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan untukku.





"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu..."

(Surah Al-Israa', ayat 23 dan 24)



"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’."

(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)



p/s : hargailah mereka selagi hidup di dunia ini .



PEN-OFF




3 comments :

  1. insyaAllah mampu . anak sulung jugak. peranan kita mmg berat (:

    ReplyDelete
  2. takpe dj.
    Allah lebih mengetahui kemampuan kita.

    Allah takkan j=uji dgn perkara yg kita tak mampu..

    ReplyDelete
  3. @miss klanika : kita takkan lahir jd ank sulung klu tk mmpu kn?


    @kak laila : thanks kak laila :) betul2 . klu Allah uji pn Dia nk tgk sjauh mna kita bertahan :)

    ReplyDelete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs