Assalamualaikum and hello .
hari ni hari jumaat bersamaan 18 november 2011 .
bila aku tengok tarikh nih , hati aku berbisik , ohh lagi dua hari cuti aku akan berakhir. *sigh
tik tok tik tok , masa sentiasa berjalan tanpa mempedulikan sekeliling nya . oh alangkah baik nya kalau aku boleh jadi jam . #apakah ? abaikan -___-'
nak happy ke nak sedih pun aku tak tahu .
one side aku rasa sedih sebab nak berpisah balik dari parents aku,adik adik aku,rumah,bilik,bantal busuk .
another side aku happy sebab dapat jumpa kawan balik , yela wehh kat mersing nih aku forever alone doe . mana ada kawan T___T
flashback again everything that had happened during the holidays ,it made me realize that anything can happen without our control . kehidupan ni mematangkan kita :') sesungguhnya Allah Maha mengetahui :)
seminggu lepas aku start semester break , adik aku zahid aiman kembali ke rahmatullah .
masa tu aku rasa macam tak boleh nak percaya .
sebelum muka arwah ditutup ,aku cium dia , aku peluk dia lama lama,macam taknak lepaskan sebab aku tahu kalau aku lepaskan,aku dah tak boleh jumpa dia lagi,tak boleh tengok dia lagi ,tak boleh usap kepala dia lagi,
tapi nasib baik aku tersedar aku kena terima hakikat arwah harus pergi .
benteng air mata saat tu pecah jua . hidup aku setakat ni tak pernah aku menangis sebanyak ini .
but then , aku sedapkan hati aku , bila aiman pergi , kesakitan dia dah hilang , dia tak perlu berdepan dengan hakikat kehidupan , dia tak perlu menangis lagi , dia juga akan menjadi saham parents aku di akhirat,InsyaAllah .sesungguhnya kasih sayang aku pada dia tak dapat menandingi kasih sayang Allah ,maka dia pergi dulu menghadap Ilahi , Al-Fatihah :'(
masa umur dia 3 tahun lebih .
ni masa dia dah kritikal jugak .
lepastu , life aku go on seperti biasa , yela kadang kadang tu rindu juga kat aiman .
tapi aku bersyukur sebab aku and family still dapat tengok keletah dia melalui video video yang mama aku ada record . so kerinduan tu terubat sedikit :') bersyukur betul aku dengan kehadiran teknologi sekarang .
next , aku dapat sambut raya haji dengan mak atuk and mostly aku dapat jumpa semua makcik and pakcik aku cuti kali ni . dah lama rasanya tak merasai saat saat raya haji nih .aku pun tak tahu di mana silapnya aku tak rasa feeling raya tuh --' tapi sedih sikit sebab pak long aku sakit,dah tak nak bercakap dengan orang dah . takpe,aku doakan kesihatan semua :)
lepas tu , kak long,cousin 1st aku sebelah mama aku pula kahwin .
lepas nih atok yunos ,nenek sarah,nenek ning and nenek ita dapat lah menimang cicit :P aku dah lama jadi makcik dah sebab abang pojie dah kahwin dulu sebelah ayah .hihi meriah jugak perkahwinan nya . aku takdelah penat mana , tolong yang ringan2 je sebab kendarat dah penuh . hehe
then 17 november (semalam) adik aku khaleeda dapat result UPSR .
Alhamdulillah , she got 5 A's .even mula mula mama and dia bajet nak prank aku konon tak dapat,
tapi firasat hati aku cepat menangkap yang nih semua tipuuuuuuu je . haha:D ada hati nak tipu eyja eh .
anyway congrates sayanggg ! sambung record akak . hehe SPM nanti pleaseeee jangan sambung record akak tuh T___T
and esok aku ada test MUET . tak baca apa apa lagi oi .
apa aku nak taram esok pun aku tak tahu . bukan nya boleh pakai dadu nak dapat jawapan weh . semuanya memerlukan critical thinking untuk mendapat jawapan yang awesome yang mampu membuatkan pemeriksa terpukau sekaligus memberi aku A dengan sewenang-wenang nya .
oh tidakkk,tidak sama sekali -___-"
takpe , usaha tangga kejayaan :)
and lusa nya , aku nak balik uitm puncak alam dah .
harap harap permulaan semester baru ni memberikan aku semangat baru untuk belajar ,
diri aku yang baru,bukan yang kureng rajin macam dulu tu . haha
and dapat keputusan yang lebih cemerlang berbanding semester satu,insyaAllah :)
p/s ; welcome a new life ! :)
Asslmkm Dj, alhamdulillah tabahnya kau! aku bangga dengan kau dj.. Apepun all the best esok MUET! ^_^ luv ya.
ReplyDeleteeyja :) keep going okay! ur friends are always there for u >.< ade muet eh! gud luck.. kite exm gak nieh. tpi final sem je la ^_^ pastu CUTI!
ReplyDeletetakziah :) sedih bile bace
ReplyDelete@ainnur ; thanks ain . aq hargai sngt2 ^^
ReplyDelete@najmi ; thanks najmi :') u're my friend rite ? haha InsyaAllah i'll keep going :)
@cik amyra ; terima kasih :')
Al-fatihah utk adik eyja.
ReplyDeleteTakziah...hmm banyakkan bersabar lah ya..ALLAH lebih sayangkan dia...
ReplyDelete