Pages

soal jawab agama *nak ilmu sila baca ;p

Thursday, March 10, 2011

Assalamualaikum w.b.t ;)


hello everyone !
sihatkah anda hari ini ?
actually just nak share something yang eyja baca masa kat sekolah dulu .
kat sekolah eyja dulu ada jual Al-Wasilah ,
macam apa ehh nak kata ?
ala2 majalah tapi dia kecik je .
yela ,
mudah untuk dibawa kemana-mana .
nak pergi kantin , kelas , tandas *eh,ni buku agama derr


well , 
eyja just nak share beberapa soal jawab agama yang terdapat di sini .
at least kita tambah pengetahuan sama2 kan ?
sharing is caring , ingat tu ;)

okehh ,
soalan pertama ,
apakah hukumnya seorang menangis di waktu sembahyang disebabkan keinsafannya terhadap segala dosa dosanya yang telah lalu ?

sekiranya tiada suara yang keluar [yang boleh membatalkan air sembahyang nya] maka menangis dalam sembahyang terutamanya solat fardhu , hukumnya MAKRUH. tetapi jika dilakukan selepas sembahyang [ketika berdoa] , tidak mengapa ;) *teringat pulak time sekolah . menangis sebab tension .



soalan kedua ,

Apakah batal sembahyang sekiranya kain telekung terselak hingga menampakkan jari kaki sedangkan ketika itu tinggal seorang diri dan tidak ada sesiapa pun melihatnya ?
BATAL kerana menutup aurat adalah antara syarat2 sah sembahyang. Sembahyang itu wajib dilakukan semula tanpa perlu membaharui wuduk .



soalan ketiga ,

Mana lebih afdal antara suami sembahyang bersama isteri di rumah atau suami berjemaah di masjid sedang isteri bersembahyang seorang di rumah?
Suami adalah lebih afdal berjemaah di masjid . Isteri pula afdal solat di rumah even seorang .Sekiranya perempuan itu RUPAWAN, maka hukum baginya bersolat di masjid adalah MAKRUH .



soalan keempat ni eyja ambil dari LINK ni sebab before ni ada jugak antara rakan2 eyja and eyja juga dapat note di muka buku [facebook] .

salam ustaz..saya mempunyai beberapa soalan..harap ustaz dpt membantu..saya pernah mendapat artikel dari facebook dan terdengar dari mulut kawan-kawan..adakah benar bahawa lelaki dan perempuan ini telahpun bertunang secara tidak rasmi apabila lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada perempuan yang disukai..lelaki itu baru menyatakan hasrat tetapi belum pun berjumpa dengan kedua ibu bapa perempuan itu..adakah dianggap bertunang?

Bagi wanita yang masih dara dan ia mempunyai wali mujbir (iaitu bapa atau datuk), penyataan hasrat untuk mengahwininya (iaitu peminangan) hendaklah dibuat kepada wali mujbirnya itu, yakni kepada bapanya atau datuknya (jika bapa tiada). Apabila wali mujbir itu menerima  barulah di antara mereka berdua (yakni gadis dan lelaki yang meminangnya) dikatakan mempunyai ikatan pertunangan. Adapun wanita janda atau wanita yang masih dara tetapi tidak mempunyai wali mujbir, peminangan boleh dibuat kepada dirinya sendiri atau kepada walinya namun hendaklah dengan persetujuannya. Ini kerana wanita yang telah menjadi janda, walinya tidak berhak mengahwinkannya kecuali dengan persetujuannya. Begitu juga dengan wanita dara yang tidak mempunyai wali mujbir (yakni wali yang ada adalah selain bapa dan datuk, iaitu abang, bapa saudara dan sebagainya), wali bukan mujbir itu tidak berhak mengahwininya tanpa persetujuannya. Berbeza dengan wanita dara yang mempunyai wali mujbir (bapa atau datuk), wali mujbirnya berhak mengahwinkannya sekalipun tanpa persetujuannya. Kerana itu, peminangan hendaklah dilakukan kepada wali mujbir, bukan kepada wanita itu. Maka jika seorang lelaki melamar seorang wanita yang masih dara, sekalipun wanita itu bersetuju menerimanya tidaklah persetujuan itu dianggap pertunangan sehinggalah wali mujbirnya turut sama bersetuju.

Wallahu a'lam.



soalan yang peminangan dulu pun confuse sebab yela takut jugak kalau kita ni dah jadi tunang orang tanpa sedar .
yela , orang muda kan ,
tak fikir apa2 pun .rasa ingin mencuba sentiasa ada .



PEN-OFF 

3 comments :

  1. bagus gak tulis pasal ni kan..bru laa paham..:)

    ReplyDelete
  2. DJ kena tag ngn kite , heee :P
    http://inikotakhatiku.blogspot.com/2011/03/contest-blog-simple-tapi-kemas.html

    ReplyDelete

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs