Pages

Seribu Kali Cinta

Friday, December 24, 2010

Salam ;)
okay , before that aku nak bagi dulu sinopsis pasal cerita ni . even cerita ni dah habis , aku peduli apa . haha;D

SINOPSIS ;

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yang peramah dan mesra melayan kanak-kanak.
Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.
Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.
Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun, Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.
Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.


COMMENTS ;
Oke , aku baru je tengok cerita ni beberapa episode sebenarnya .
Aku rasa semalam episode terakhir aku tengok .
Cerita tu happy ending  ;)
Hmm,not bad .
Best gila wehh , even aku tak tengok cerita dari awal .
Tapi kan , kalau fikir2 balik , ada
Ke lelaki yang sabar macam tu ?
Yela , everyday ,
Bangun pagi je kau dengar isteri kau menjerit tak kenal kau .
 haha sedih kott macam tu , dituduh pencuri laa , tu la ni la .
Alangkah bahagianya hidup dapat suami macam tu .
Sabar and semakin lama sayang kan kau even kau sakit hehe;P
Kau lupa ingatan pun takpelah , sebab kau akan rasa pengalaman jatuh cinta everyday .
And cinta kau pun macam tak pernah lupus je .
Kenangan pahit pun kau dapat lupakan kan3 ?
Finally , si Mia tu ingat balik segala yang berlaku sebelum ni .
Mm , rasanya yang kenangan pahit Mia ni tak ingat kott .
Biarlahh ! haha;DD
Tapi , apa2 pun cerita ni memang best !
I LIKE ! <3

PEN-OFF

No comments :

Post a Comment

komen biar bijak :) hee

Made With Love By The Dutch Lady Designs